Thursday, 23 April 2015

APOM LENGGANG.

ASSALAMUALAIKUM...

INILAH ANTARA RESEPI SARAPAN PAGI YANG GEMAR DISEDIAKAN IBU-IBU DI KAMPUNG  SELAIN LEMPENG, CEKODOK, APOM DLL YANG CEPAT DAN MUDAH TAPI MENGALAS PERUT SEHINGGA MAKAN TENGAH HARI PULA.




RESEPI APOM LENGGANG

Siapa yang pernah makan apom lenggang masa kecil dulu pasti teringat akan kesedapan apom ni. Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja. Ada resepi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi. Untuk resepi apom lenggang di bawah ni Che' Nom gunakan nasi sejuk mengikut cara yang dibuat oleh orang-orang tua dahulu. Apabila bancuhan diperap, rasa yang enak dari beras dan tekstur yang lembut dan gebu akan terhasil.

Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 2 jam | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: minutes
Jumlah Hidangan : 15 biji
Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil yis
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
Bahan untuk kisar halus:
3/4 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Cara Penyediaan:

Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.
Tips:
Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalama, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya

TIPS BLOGGING MUDAH....

ASSALAMUALAIKUM...

SEBENARNYA PI TAK TAU APAPUN TENTANG ILMU BLOGGING NI...HEH..HEH...JADI TIADA ILMU BERAT YANG BOLEH DIKONGSIKAN PUN. KALAU NAK TAHU LEBIH MENDALAM TELUSURI BLOG INI:http://relakssminda.blogspot.com/

http://Relaks Minda/ BOLEH DIDAPATI ILMUNYA DI SINI. PAGEVIEW BLOG SETAKATINI JUGA SEDANG HAMPIRI 100 JUTA VIEWERS...TAK CAYA? NAK PASTIKANNYA TANYA JER GOOGLE.

KATA ANAK PI BLOGGING TAK PERLU TULIS PANJANG-PANJANG...BUKAN ADA YANG SUKA BACA KALAU BANYAK SANGAT YANG DITULIS. JADI PI IKUTLAH CARA TU. LAGIPUN PI TAK LARAT NAK MENAIP LAMA MENGGUNAKAN SEBELAH TANGAN SAJA...TAMBAHAN KURANG IDE DAN TAK BERAPA PANDAI NAK MENYUSUN AYAT.

TAPI BANYAK BLOG YG DISINGGAHI AMAT MENARIK PENGISIAN MEREKA DENGAN ARTIKEL PANJANG BERILMU YANG TIDAK DIJEMU DIBACA. JADI TIDAK PERLULAH IKUT CARA PI YANG MENULIS N3 PENDEK-PENDEK SAJA YA. KALAU IDEANYA MENARIK PASTI YANG MENZIARAHI BLOG KITA AKAN LAMA MENATAPNYA SAMBIL MENYELAK  MENCARI TAJUK YANG MEREKA MINATI DI BLOG LABELS.

FauziahSamad.com

PESAN FAUZIAH ABD.SAMAD, http://www.dapurkakjee.com/ TERBITKAN N3 SEHARI SATU PALING KURANG UNTUK MENGGALAKAN TRAFIK BLOG.BERTERUSAN. BLOG JEE JUGA SUDAH MELEBEHI 30 JUTA PAGEVIEW.

 SETAKAT SATU JER TENTULAH TIADA MASALAHKAN. YANG MASALAHNYA KALAU LAMPU ILHAM TIBA-TIBA TERPADAM, GELAP GELITA ALAM MAYA TANPA CAHAYA.

BUAT PI MUDAH SAJA...GODEK-GODEK GOOGLE CARI IDE ATAU LETAK JER GAMBAR-GAMBAR CANTIK YANG TERSIMPAN DALAM MINDA PC. BOLEH JUGA MELETAKAN TULISAN KAWAN-KAWAN KITA DENGAN IZIN MEREKA. ADA DI ANTARA KAWAN-KAWAN KITA YANG TIDAK TAHU MENGOPERASIKAN BLOG TAPI TETAP MAHU TULISAN MEREKA DIKONGSI RAMAI.

JANGAN HANYA MENERBITKAN TULISAN SENDIRI SEMATA. ITU PENDAPAT PI. MASING-MASING ADA PEGANGAN PRINSIP SENDIRI. MUNGKIN CARA PI SESUAI UNTUK PI YANG TIDAK BERAPA BERILMU DAN KURANG KEUPAYAAN TAPI TIDAK PADA BLOGGER LAIN. TERPULANGLAH KAN.

Wednesday, 22 April 2015

RENDANG AYAM HIJAU...

ASSALAMUALAIKUM...

TERLIUR TAK TENGOK RENDANG AYAM HIJAU NI? BIASANYA RENDANG WARNANYA MERAH ATAU COKLAT KEPERANGAN. YANG INI HIJAU PULA YA. DIMAKAN DENGAN NASI LEMAK, NASI BIASA ATAU ROTI SEDAP SANGAT NI. JOM CUBA RESEPI NI....

RENDANG AYAM HIJAU
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
1 paket (320ml) santan sawit KHALIS
4 cawan air
4 helai daun kunyit – dihiris kasar
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan dikisar halus:
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut
3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).
5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik. Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.
Sumber : Resepi Sheila Rusly

TILAWAH ALQURAN...

JOM NGAJI.

SAMBIL-SAMBIL SEMAK BACAAN QARI DAN QARIAH TURUT MENGAJI SEKALI...

tilawah


PIC GOOGLE IMAGE.

KEKAYAAN SEBENAR...

ASSALAMUALAIKUM..

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH.

Hai anak Adam berpadalah dengan apa yang ada, Jikalau seseorang itu merasa cukup dengan apa yang ada sesungguhnya ia sudah kaya.

Barang siapa yang redha dengan rezekinya yang sedikit sesungguhnya ia sangat yakin dengan kekuasaan Allah.

Jadilah seseorang yang bersyukur dengan nilmat Allah dan jangan ada sikap mendengki iri hati. Lakukanlah ibadah dengan penuh minat dan takwa nescaya akan mendapat nikmat kusyuk.

Kita perlu meninggalkan amalan keji juga mungkar untuk mendapatkan nikmat beribadah.

Zahir kasih sayang sekiranya seseorang itu melupakan umpat keji yang membawa keburukan.

Barang siapa yang sedikit percakapannya sempurnalah akalnya. Maksudnya sentiasa berhati-hati tatkala menuturkan sesuatu,





HARTA DUNIA

Harta yang diperolehi daripada jalan haram tidak boleh disedekahkan atau dijadikan amal ibadat. Pelbagai penipuan yang berlaku untuk memperolehi harta itu.
Hukumnya ternyata haram.

Jual beli mesti sohih agar pembelinya redha.

Harta yang ada mesti disucikan dengan zakat dan disuburkan dengan sedekah.


Monday, 20 April 2015

GUBAHAN BUAH-BUAHAN CANTIKNYA...

ASSALAMUALAIKUM...

HMM..BANYAKNYA BUAH...BUAH-BUAH NI BAIK UNTUK DIET KITA..PILIH MANA SAJA YANG DISUKAI..


BANYAKNYA BUAH-BUAH ANEKA JENIS YANG DISUSUN CANTIK MEMENUHI RUANG TAMU.


DIGUBAH BAK SEJAMBAK BUNGA PULA.


ANGGUR HIJAU MERAH TERANG DAN MERAH GELAP TAK PERLU DIGUBAH SANGAT TETAP CANTIK DIPANDANG DAN MENYEGARKAN TEKAK.






KERABU MANGGA.

ASSALAMUALAIKUM...

LA NI MANGGA SEDANG BERMUSIM KAN...SEDAPNYA KALAU DIPETIK DUA TIGA BIJI MANGGA YANG MASIH MUDA UNTUK DIJADIKAN KERABU. RICIS HALUS CAMPUR ITU INI DAH SIAP....BOLEH DIJADIKAN PENAMBAH HIDANGAN BERBUKA PUASA ATAU MAKAN MALAM NANTI..



RESEPI KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
● Mangga muda (2 biji)
● Daun kesum
● Bunga kantan (1 batang)
● Serai (1 batang)
● Kelapa parut goreng tanpa minyak (1 cawan)
● Bawang merah (3 ulas)
● Bawang besar (1 biji)
● Cili merah (1 biji)
● Cili padi (4 biji)
● Udang kering (2 sudu)
● Sos ikan (1 sudu)
● Jus limau nipis (1 sudu)
● Gula (secukup rasa)
● Garam (secukup rasa)

Caranya :
1. Potong mangga muda halus memanjang.
2. Campurkan mangga dengan garam dan air. Gaul sebati dan biar seketika untuk kurangkan rasa masam. Toskan airnya.
3. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.
4. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan udang kering. Masukkan air limau nipis dan tumbuk sebati.
5. Masukkan mangga ke dalam mangkuk, bersama bahan ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan dipotong, gula, garam dan sos ikan.
6. Gaul sebati dan hidang.

MyBloglist