Thursday, 24 April 2014

SELAMAT MALAM...MIMPI INDAH..

ASSALAMUALAIKUM..

SEBELUM TIDUR MAAFKANLAH KESALAHAN ORANG LAIN...


SETELAH BANGUN TIDUR..
N

Wednesday, 23 April 2014

RUMAH TRADISI PAHANG YANG KLASIK...

KUALA LIPIS 25 Julai - Masyarakat Melayu tradisional Pahang memang kaya dengan seni bina yang diwarisi sejak zaman silam.
Kebiasaannya seni bina yang kreatif dan imaginatif dijelmakan menerusi reka bentuk istana, rumah, surau, perahu, reban ayam dan peralatan tertentu yang digunakan dalam kehidupan harian.

Salah satu seni bina dikagumi dengan kehalusan reka bentuknya ialah rumah tradisional Melayu Pahang.

Keunikan rumah tradisional Pahang dibina tanpa menggunakan walaupun sebatang paku, apabila sejenis alat yang dinamakan tanggam diguna atau diperkuatkan bagi menyambung bahagian tertentu.

Sesuai dengan penempatan orang Melayu di persisiran sungai, kebanyakan rumah berkenaan masih boleh ditemui di kampung berdekatan Sungai Jelai, Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Pekan
.
Zaman telah berubah apabila nilai seni bina berciri moden kini lebih kontras dan mendominasi kehidupan masyarakat Melayu hari ini sehingga menenggelamkan bentuk kediaman tradisional yang sepatutnya dihargai oleh semua pihak.

Rumah tradisional Melayu Pahang yang juga dikenali dengan nama Rumah Serambi Pahang, biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya.
Pembahagian ruang rumah tersebut terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang.

Seni bina itu juga mengandungi ruang tertentu di bahagian hadapan iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang terdiri daripada ruang pentas dan 'perbalai.'

Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur, ia terdiri daripada ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.

Faktor cuaca banyak mempengaruhi seni bina rumah tradisional Pahang dan ia terbukti apabila reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir.

Reka bentuk yang lebih terbuka iaitu kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah, tingkap dan bumbung.

Bentuk berkenaan banyak diasosiasikan dengan pertembungan budaya dan pengaruh binaan Minangkabau, Aceh, Bugis, Jawa dan Siam selain mempamerkan hasil kemahiran tukang rumah tempatan.

Seni bina rumah Pahang juga dibina bercirikan reka bentuk seni bina Melayu 'Palladian,' berbumbung tradisional Melayu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan motif Barat seperti yang boleh dilihat di kediaman rasmi bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, iaitu rumah kelahiran Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Bukit Bius di sini yang dibina pada 1922.

Kediaman itu dilengkapi beberapa bilik yang dibina menggunakan kayu hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosakkan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.

Pada zaman awal, kayu menjadi tunjang kepada struktur rumah berkenaan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh serta daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.

Kebiasaannya, rumah tradisional Pahang diperkukuhkan oleh penggunaan kayu hutan yang dibelah dan dijadikan papan iaitu kayu meranti, merbau, cengal dan beberapa jenis kayu hutan lain yang mampu bertahan sehingga lebih satu abad.

Ciri binaan yang kreatif berunsurkan motif tumbuhan iaitu daun, bunga, dan haiwan terutama burung masih boleh dilihat pada ukiran di tingkap, pintu, dinding, bumbung dan rasuk.

Tanggam dibuat untuk mencantum bahagian rasuk dengan tiang, alang, lantai, anak tangga dan kekuda bumbung mempamerkan kesenian binaan kediaman tanpa menggunakan sebatang paku.

Rumah Melayu tradisional Pahang merupakan warisan seni bina yang cukup unik dan sangat bernilai.
Reka bentuknya dibina oleh tukang rumah yang menampakkan kemahiran dan kreatif dalam bidang seni bina zaman silam.

Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu Pahang melambangkan cara hidup masyarakat zaman silam di pesisiran sungai yang menjadi nadi sumber rezeki dan pengangkutan yang sangat penting pada zaman berkenaan.
Bagaimanapun, rumah Pahang atau dikenali rumah pusaka kini semakin dilupakan.

Jika ada pun, rumah tradisional itu akan dibiarkan usang, dimakan anai-anai dan bersemak samun, malah hampir ranap menyembah bumi apabila generasi masa kini lebih gemar membina rumah batu serba moden di kampung masing-masing.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

UKIRAN DAN GUBAHAN BUAH-BUAHAN...CANTIKNYA...

ASSALAMUALAIKUM
SENTUHAN SENI YANG KREATIF.


AKAN SANGAT DIPERLUKAN PADA MUSIM 
TERTENTU UNTUK MENYERI SESUATU MAJLIS
YANG DIADAKAN




Tuesday, 22 April 2014

SINGKONG/UBIKAYU DAN SEJARAHNYA YANG TERTULIS DI SINI...

ASSALAMUALAIKUM..
republish.

UBI KAYU/SINGKONG MEMANG DEKAT DENGAN BUDAYA HIDUP ORANG KITA. BANYAK TERDAPAT DI KAWASAN KAMPUNG SAMAADA DITANAM ATAU TUMBUH MELIAR. KALAU DITANAM TENTU MEMBERIKAN HASIL YANG LEBIH BAIK SETELAH 4 BULAN DICABUT PERDUNYA DARI DALAM TANAH..JIKA DIBIARKAN MELIAR CUMA BOLEH DIKUTIP DAUN PUCUKNYA UNTUK DIJADIKAN SAYURAN ATAU ULAM...

APA KEGUNAAN UBIKAYU NI YA...?
PELBAGAI..KALAU BANYAK SANGAT BOLEH DIPROSES JADIKAN TEPONG. UBIKAYU JUGA ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK SERBUK PERASA.

SETAKAT SEPERDU DUA YANG DITANAM TIDAKLAH SEBANYAK MANA HASILNYA. TAPI TENTU MENCUKUPI UNTUK DIBUANG KULIT; REBUS. MAKAN UBIKAYU REBUS DENGAN SAMBAL BILIS, KELAPA KUKUR ATAU IKAN MASIN MEMANG SEDAP.



BEGINI JUGA CARA MAKAN ORANG-ORANG KITA TIKA ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN DULU. UBIKAYU DIJADIKAN MAKANAN UTAMA KERNA SUSAH MENDAPAT BERAS. PESAWAH PADI PUN TAKUT NAK MENANAM PADI DI SAWAH SEBAB BIMBANGKAN ONAR SI JEPUN. JADI MAKAN SAJALAH UBIKAYU YANG BANYAK DI TANAM DI PERSEKITARAN RUMAH SEKADAR MENGALAS PERUT.

JEMU MAKAN UBIKAYU REBUS BOLEH PULA DITAPAIKAN. TAPAI UBI KAYU SETELAH DITABUR RAGI DAN DIPERAM SEMALAMAN BUKAN MAIN MANIS LAGI. JUSTERU KANDUNGAN GULA SEMULAJADINYA YANG TINGGI UBI KAYU TIDAK SERASI DENGAN MEREKA YANG DIABETIS.

Semua pic google...
TAPAI UBI

BOLEH JUGA DIGORENG TEBAL ATAU DIGORENG NIPIS SEBAGAI KEREPEK.

KEREPEK UBI

SELAIN ITU BANYAK LAGI KUIH-MUIH ENAK YANG BOLEH DIHASILKAN MENGGUNAKAN UBI KAYU DENGAN MEMARUTNYA TERLEBIH DAHULU.

LEPAT UBIKAYU

TALAM UBIKAYU

                                                BINGKA UBIKAYU

Monday, 21 April 2014

PUTERI MAYANG MENGURAI HEH...HEH..


CANTIK KAN...
TIKA REMAJA RAMAI
ANAK-ANAK GADIS YANG SUKA BERAMBUT PANJANG
BAK MAYANG MENGURAI
TAMPAK AYU DAN FEMININ SEKALI...
TAPI KALAU KEBETULAN BERTEMU SEKUMPULAN
GADIS BERAMBUT PANJANG MENGURAI BEGINI LEWAT DINIHARI
MAHU TAK CUKUP TANAH BERLARI HEH..HEH..

PULANGLAH LIYA..

Assalamualaikum....

Dumm!!! Berdentum pintu bilik ditutup. Amarahnya tidak terkawal. Entah kenapa saranan ibunya itu membuatkan hatinya naik baran. Bukan ibunya tidak mengenali lelaki yang pernah diperkenalkan kepadanya. Namun ibunya tetap menolak. Kata ibu, kalau benar-benar Azmi mahu mengahwini Liya, bekerjalah dahulu.

Buktikan dahulu kemampuan menanggung Liya, bukan sebaliknya pula. Tapi bagi Liya, dia tak kisah semua itu. Gajinya dah cukup besar. Sebagai seorang pegawai bank, Liya merasakan dia mampu untuk menanggung keluarga. Tak kisahlah kalau Azmi tidak bekerja pun.

“Liya, tanggungjawab suami ialah memberi nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga. Tanggungjawab suami juga memimpin isteri dan keluarga. Bukan perempuan yang perlu menanggung suami.

Bertanggungjawablah sebagai seorang lelaki. Jangan terlalu mengharapkan duit isteri. Suami adalah ketua keluarga dan sepatutnya dia menjadi contoh kepada keluarganya. Kalau dia sendiri tidak bekerja, contoh apakah yang hendak dia tunjukkan kepada anak-anak nanti?" kata ibu menasihati Liya.

Liya bungkam. Baginya, ibu tidak pernah untuk memahaminya. “Ibu tak pernah halang Liya berkahwin dengannya tapi dengan syarat, Azmi perlu ada pekerjaan terlebih dahulu," tegas ibu memberikan syaratnya.

Ternyata nasihat ibu, Liya tolak ke tepi. Jalan singkat diambil. Liya keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibunya. Kini, telah setahun Liya tidak menjenguk ibunya.

Hati ibu mana yang tidak resah, anak perempuan tunggalnya tidak lagi mahu menziarahinya. Kini, ibu tua itu tinggal bersendirian di rumah, apa lagi diri berstatus balu. Ada kala air mata menitis bila kerinduan melanda. Malah si ibu tidak pernah putus berdoa agar Liya kembali ke rumah.

Suatu hari ketika di surau seusai solat Isyak, seorang ustaz menegurnya. “Kakak nampak macam ada masalah. Sekiranya kakak memerlukan bantuan, beritahulah saya. Saya ada anak-anak tahfiz yang mungkin boleh membantu kakak untuk bersama-sama berdoa agar masalah kakak dapat diselesaikan. Sekolah tahfiz saya, nun di selekoh sana," ujar ustaz tersebut sopan.

“Tak apalah ustaz. Terima kasih atas bantuan ustaz," kata si ibu menolak kerana khuatir masalahnya akan diketahui orang. Ditakdirkan, si ibu pergi menziarahi adiknya yang hendak menunaikan umrah. Selesai majlis, adiknya bercerita. “ Zah, aku mimpi. Liya telefon aku, minta tolong doakan," kata adiknya.
Berderau darahnya. Sudah dua orang yang ditemui yang berhasrat untuk membantunya berdoa bersama-sama. Walhal, si ibu tidak menceritakan hal tersebut kepada sesiapa pun, hatta kepada adiknya sendiri! Hatinya runsing. Petunjuk apakah yang Allah hendak berikan kepadanya? Dia nekad berjumpa kaunselor dan mengadu akan halnya.

Sebak! Sukar untuk ibu meneruskan penceritaan masalah yang dihadapi. Senyap seketika. Lama dia menarik nafas untuk meneruskan kata-kata. Namun tidak berdaya. “Puan dah cuba meminta orang lain mendoakan untuk anak puan? Ada kalanya permintaan akan termakbul menerusi doa orang lain," ucap kaunselor menenangkan Azizah. Dia tersentak seketika. “Benar ustaz. Apa yang ustaz cakap tu mungkin betul," kata Azizah sambil menceritakan dua peristiwa yang dialaminya itu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my 

Sunday, 20 April 2014

KETAM TELOR MASIN...VERSI CHAH TINA.

ASSALAMUALAIKUM....

HARI MINGGU NI MASAK KETAM OK JUGA. SEDAP TU...TAPI KETAM JENIS RENJONG DARI LAUT RASANYA KURANG SEDIKIT MANISNYA. ELOK GUNAKAN KETAM NIPAH YANG SEGAR BERSEPIT MASIH HIDUP.

TAPI BAGAIMANA NAK MENYIANG KETAM YANG MASIH HIDUP DENGAN SEPITNYA YANG SENTIASA DIGERAKKAN UNTUK MENYEPIT TANGAN YANG MENYENTUH DIRINYA. SUSAH JUGA TU.

JAWABNYA KENA TUNGGU KETAM TU MATI DULU BARU BOLEH DIMASAK YA. LAMA JUGA AMBIL MASA TU. MAHU TIGA HARI. BEGITULAH CARA ANAK ANAK GENERASI BARU MEMASAK. PENUH LEMAH LEMBUT.

JIKALAU MENYIANG KETAM YANG MASIH HIDUP NAMPAK KEJAM SANGAT DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN PULA YA.

PANDAI-PANDAI MASING-MASINGLAH NAK HIDUP YA...ORANG DULU DENGAN CARA MEREKA MEMATIKAN SUMBER MAKANAN YANG HIDUP SEPERTI  IKAN, KETAM,  DENGAN KADAR SEGERA.

KALAU LUNAK SANGAT HATINYA SUSAH JUGA NAK SEMBELIH AYAM ATAU LEMBU. DAN KALAU TIADA PENYEMBELIH AYAM DAN LEMBU IKUT CARA ISLAM YANG HALAL SUDAHNYA TAK MAKAN AYAM DAN DAGINGLAH KITA YA..

JAUH PULA REWANGNYA DARI CERITA NAK MASAK KETAM YANG SEBENARNYA HENDAK DISAMPAIKAN.

RESEPI KETAM ISTIMEWA NI SUMBANGAN SEORANG RAKAN FB CHAH TINA..TERIMA KASIH YA.

Resepi ketam telur masin versi chah tina..
Ketam 2 ekor  
telur masin 4 biji  
bawang putih 6 ulas  
cili padi ikut suka  
daun kari  
mentega/butter  
sedikit garam  
lada sulah  
susu sejat  
cara-caranya..............
rebus telur masin ambil telur kuning saja dn hancurkn  
rebus ketam (kchah guna ketam nipah)  
kalau ketam biasa goreng je dulu  
panas kn kuali ,masuk butter/mentega,masukkm bwng putih,cili padi dan daun kari kemudian masukkan susu sejat n bila dh berbuih masulkn telur masin kacau baru masukkn ketam



Saturday, 19 April 2014

GELAK-GELAK SIKIT HUJUNG MINGGU...

ASSALAMUALAIKUM



KORANG BACA SETERUSNYA KAT BLOG KJEE http://www.dapurkakjee.com/ MESTI GELAK TERGULING-GULING.




MyBloglist