Showing posts with label PUISI BERIMA. Show all posts
Showing posts with label PUISI BERIMA. Show all posts

Wednesday, 12 August 2026

MEMILIH

 ASSALAMUALAIKUM



MEMILIH

.

Silap pilihan termangu-mangu,

gelut berfikir bertambah dungu.

.

Sibuk mencari wahana baru,

intai fungsinya pening keliru.

.

Mengusir  durja porak peranda,

menempuh sukar datang melanda.

.

Neraca minda menyusun rancang,

punah terhapus agenda pincang.

.

Biarkan saja apa berlaku,

menjadi batu diam terkaku.

.

Akibat bosan hendak memilih,

kekal di situ tidak beralih.

.

Akhir dipaksa beralih juga,

ralit berlena baru terjaga.

.

Apalah guna sudah terlambat,

mula berlari letih dihambat.


Tuesday, 14 April 2026

MANIPULASI ADIDAYA

 ASSALAMUALAIKUM



MANIPULASI ADIDAYA

.

Mengapa  biar manipulasi

penjajah kawal segenap sisi

.

Mereka  getus jenayah rata

rakyat jelata seksa derita

.

Hanya  mengikut jari telunjuk

akur lakukan apa ditunjuk

.

Sekian  lama sudah merdeka

masihlah jua seperti ungka

.

Merendah  diri tertunduk-tunduk

akhir dipijak hingga terduduk

.

Harta  warisan habis diambil

hantar semua walau kerambil

.

Menolong  bantu pihak tertentu

walau segala di sini catu

.

Meangagung-agungkan adidaya

tumpah semua yakin percaya

.

daulatnya  nusa tiada erti

menolak faham sepi mengerti

 

 

 

LARA

 

Berduka  lara meratap hiba

gara durjana meranjau reba

mengenang-ngenang simpang perenang

gelora gundah terpaksa renang

.

Suasananya  luar biasa

ganjil citera puisi prosa

mengamatinya tafsir terkilan

memandang langit merenung bulan

.

Bertanya-tanya  mana hujungnya

tangan menggapai memaut sanya

lemah terkulai diri tersadai

digempur ribut taufan membadai       

.

Terpana  fana terkapa-kapa

akhir halanya jalan terlupa

amalan fasik gelumang haram

lautan dosa menguak karam

.

Sekecil  zarah iman terbiar

dihembus sihir jauh meliar

digenggam cemas ratna kencana

hilang nilainya dura merana


Thursday, 5 February 2026

LARA

 ASSALAMUALAIKUM


LARA


Berduka lara meratap hiba
gara durjana meranjau reba
mengenang-ngenang simpang perenang
gelora gundah terpaksa renang
.
Suasananya luar biasa
ganjil aksara puisi prosa
mengamatinya tafsir terkilan
memandang langit merenung bulan
.
Bertanya-tanya mana hujungnya
tangan menggapai memaut sanya
lemah terkulai diri tersadai
digempur ribut taufan membadai
.
Terpana fana terkapa-kapa
akhir halanya jalan terlupa
amalan fasik gelumang haram
lautan dosa menguak karam
.
Sekecil zarah iman terbiar
dihembus sihir jauh meliar
digenggam cemas ratna kencana
hilang nilainya dura meran

Thursday, 23 January 2025

PELARIAN

ASSALAMUALAIKUM




PELARIAN
(Puisi Berima)

Mesti berlari sekuat hati
jauhkan diri langkah amati
.
Kalaulah masih tunggu di situ
nasib mudarat sudahlah tentu
.
Apa yang mampu semua bawa
demi teruskan hidup bernyawa
.
Menumpang kapal menukar arah
tinggal segala jadi sejarah
.
Pertaruh harap setinggi mercu
meriah rona semerah gincu
.
Bungkusan lusuh buang ke laut
tiang gaharu erat dipaut
.
Tanah yang hujung sampailah jua
ingin dihuni sehingga tua
.
Mungkinkah sudah jemu berlari
sukar meneka rentak menari  


PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
23/1/025

Saturday, 18 January 2025

HALAL

 ASSALAMUALAIKUM


 



HALAL

 

Rezeki  halal hidup pun berkah,

meraguinya gamat bertingkah.

.

Makanan  halal mendarah daging,

penjual ingkar kalut berlengging.

.

Pilih  semua kaitan halal,

tersangkut pula istilah dalal.

.

Logo  halal pun jadi polemik,

tersalah guna bibir mencemik.

.

Pentingkan  halal demi pengguna,

riuh bertekak di sini sana.

.

Perkara  halal syiarnya Islam,

ketara jua masih yang kelam.

.

Semata  halal hindarkan haram,

masih tak patuh bertambah geram.

.

Tafsiran  halal asyik telagah,

jelaskan maksud tidak semenggah.


Tuesday, 12 November 2024

RASUL JUNJUNGAN MULIA

ASSALAMUALAIKUM




RASUL JUNJUNGAN MULIA

Isnin minggu terawal
dua belas Rabiulawal
Muhammad (SAW) lahir akmal terkawal
Tahun Gajah wujudnya ehwal
.
Siti Aminah bonda sejati
bersabung nyawa ternanti-nanti 
di dalam lena terbuai mimpi
sinaran terang di malam sepi
seluruh alam tidak bertepi
lahir zuriat sempurna rapi

Ayahandanya Abdullah dulu berpulang
bondanya pula menyusul jelang
mengadap Allah tahun berselang
nabi piatu berulit walang
cinta kudus jauh menghilang
 .
Mengusik jiwa ceriteranya
pahit dan getir perjuangannya
mendakwah Islam keseluruhannya
utusan Allah maktub tugasnya
demi maslahat santun umatnya

 
Malidur Rasul ingatan umat
hari sejarah Nabi Muhammad (SAW)
jiwanya kamil menjunjung rahmat
risalah Allah berserta nikmat
anugerah-Nya semesta alam
cahaya Islam

Saturday, 8 July 2023

EMOSI

 ASSALAMUALAIKUM 

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


 

EMOSI


 

Barang siapa ikut emosi,

tentu sekali bergelut lesi.

.

Andai tak dapat kawal emosi,

tindakan pasti berbaur sangsi.

.

Kalau emosi memendam rasa,

jiwa  melara hidup terseksa.

.

Andai emosi betul caranya,

berseri pasti akan wajahnya.

.

Kalau emosi kacau melulu,

lafaz istighfar tenang selalu.

.

Urus emosi berpada-pada,

tindak bestari langkah waspada.

.

Jika emosi berubah-ubah,

masalah usah lagi ditambah.

.

Andai emosi meledak marah,

kawal segera sebelum parah.


Wednesday, 18 January 2023

GEMALA MINDA

 ASSALAMUALAIKUM

GEMALA MINDA
.



Gemala minda bukan sebarang
di puncak ubun bersinar terang
letaknya tinggi tidak di jurang
azimat sakti diri seorang
ilham melimpah lalu mengarang
Neraca aqli mencerna benar
menyisih letih menghindar tenar
kejora mata berpinar-pinar
ligat berfikir memesong nanar
langit gelita gentayang lunar
Bertenang hati santunan jiwa
bagai purnama serlah cahaya
seri perkerti perelok gaya
beriman soleh sifat aulia
insan beriman anggun mulia

MyBloglist