ASSALAMUAIKUM
SELAMAT HARI JURURAWAT
.
Kawan baikku, Zainab Long, memilih kerjaya sebagai jururawat sebaik tamat persekolahan. Hubungan ukhuwah kami terjalin erat hingga kini. Walau jarak memisahkan, beliau tetap sudi mengunjungiku.
Ketika aku berada dalam Akademi SPTA di Facebook, aku turut bersahabat dengan Salmah Amir, Seti Zaleha, Kamarsinah Sarkam dan Hamimah Ibrahim yang juga mantan jururawat. Aku sering merujuk kepada mereka apabila berdepan masalah kesihatan. Maklumlah, aku sendiri kurang sihat dan agak sukar untuk kerap menemui doktor.
Terima kasih sahabat-sahabatku yang sentiasa prihatin dan tidak pernah jemu membantu. Sempena Hari Jururawat, aku titipkan penghargaan buat semua jururawat yang melaksanakan tugas mulia dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang dalam merawat pesakit. Semoga segala pengorbanan kalian dikurniai rahmat serta ganjaran-Nya yang tidak terhingga.
.
12 Mei —
sahabat jururawat
penuh prihatin

Selamat hari jururawat buat yang berkaitan.
ReplyDeletetksh wp alhamdulillah
DeleteSemoga teman kakak semakin sukses dalam karir jururawatnya yaaa. ☺️❤️❤️
ReplyDeletetksh fanny insyaALLAH kawan2 kak tu semua pesara dah
DeleteSemalam pun dah ucap n belanja kat adik2 jururawat yang jaga dana kt centre hemodialisis
ReplyDeleteantara golongan yg byk menyumbang bakti kpd masyarakat
ReplyDelete