.
Hujung Ramadan amatlah kalut
banyak rencana perlu bergelut
sibuk memasak
masa terdesak
lupa sambalnya riuh melalut
.
Pergi tarawih selepas iftar
bertemu teman beka sebentar
selamba tanya
baju rayanya
jawabnya belum terketar-ketar
.
Usaha siap baju tempahan
rasa mengantuk tak daya tahan
tidur sekejap
niatnya kejap
terlepas sahur hai keletihan
.
Hajat sedia kuih berbalang
rai Aidilfitri bakal jelang
tanpa bertangguh
bersungguh-sungguh
ketuhar rosak sabarnya hilang
Baca berita terangguk-angguk
terlalu
banyak berlonggok-longgok
langkau
sahaja
mudahkan
kerja
merenung
lama tersengguk-sengguk
.
Tajuk yang panas bagai memikat
langkah
susuri pula disekat
bayarlah
dulu
barulah
lalu
hati
menyumpah dosa melekat
.
Hendak berkongsi namun berhelah
cara
begini tiasa olah
tiada
ikhlas
membelit
pulas
rusuh
ditipu diserang lelah
.
Sekadar tahu isu semasa
paparan
tular media massa
putaran
kisah
hanya
siasah
menelitinya
membuang masa
.png)
Siap sedia raya terkejut
ReplyDeletetksh wp heh heh mesti sedia tu
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeletePelan-pelan buat persiapan raya.
tksh amie ya siap pelan xkalut
Deletesemuanya terasa dekat dgn realiti kehidupan...
ReplyDeletetksh anies realiti kehidupan sukar nafikan
DeleteBaca puisi suri kalut, rasa nak sabar berhari raya 😄
ReplyDelete