Thursday, 4 December 2025

AKIKAH

 ASSALAMUALAIKUM




ni no saya 01111809988

Rembau

Kelmarin lepas zohor, aku tengah duduk kat kandang. Angin redup, kambing pun rileks tidur-tidur atas lantai kayu.
Tiba-tiba ada satu mesej masuk dekat WhatsApp.
“Assalamualaikum tuan, saya nak tanya sikit”
Aku baca. Mesej panjang
Tapi mesej tu bukan sekadar tanya harga kambing. Ia lebih dalam dari tu.
“Kalau saya umur 32 tahun, dan dulu masa kecik mak ayah saya tak sempat buatkan akikah sebab susah, sekarang ni masih wajib ke saya buat akikah tu?”
Aku tenung mesej tu lama. Sebab aku tahu, yang bertanya tu bukan sekadar nak tahu hukum.
Dia nak tahu, masih sempat ke dia nak buat sesuatu yang selama ni tertangguh?
Jadi aku jawab perlahan. Aku tak balas terus dengan hukum. Aku mulakan dengan cerita.
“Tuan, dulu Nabi SAW sebut, setiap anak tergadai dengan akikahnya. Tapi yang dimaksudkan itu adalah tanggungjawab ibu bapa ketika anak masih kecil. Bila kita dah besar, dah baligh, hukum akikah tu tak lagi wajib ke atas kita. Ia dah jadi sunat, tapi sunat yang sangat mulia kalau kita laksanakan.”
Aku sambung lagi
“Kalau tak mampu, tak berdosa. Bahkan kita tak dipersoalkan atas kemampuan yang kita tak ada. Tapi kalau kita ada rezeki sekarang, walau umur dah 30, 40, 50 tahun, dan kita nak buat akikah untuk diri sendiri, itu satu amalan yang sangat digalakkan.”
Pelanggan tu balas lambat sikit.
“Saya bukan orang senang, tuan. Tapi sejak kahwin ni, rezeki ada sikit. Rasa macam nak sempurnakan benda yang tertinggal.”
Masa tu aku terus rasa terharu.
Sebab dalam ramai yang datang beli kambing, jarang ada yang datang sebab nak tutup lompong dalam hidup dia.
Aku pun ajak dia datang kandang. Bukan semata-mata nak tengok kambing. Tapi nak dia rasa sendiri suasana.
Nak dia tahu, akikah bukan sekadar sembelih dan makan.
Ia satu bentuk syukur.
Satu bentuk penghormatan kepada diri sendiri.
Satu bentuk mengikat hati dengan sunnah Nabi SAW, walaupun dah terlewat berpuluh tahun.
Dia datang akhirnya.
Pilih seekor kambing putih. Sederhana saja, tapi tenang. Tak gaduh. Tak liar. Dan waktu dia pegang kepala kambing tu, dia bisik sesuatu.
Mungkin dia cakap pada kambing. Mungkin pada takdir.
Tapi aku percaya, syurga bukan untuk yang sempurna amalnya. Syurga juga untuk yang lambat, tapi tetap datang dengan hati.
Kalau kau umur 25, 35, atau 50 tahun, dan kau belum pernah buat akikah sebab mak ayah tak mampu dulu, ketahuilah, kau tak berdosa.
Tapi kalau sekarang Allah dah beri rezeki, buatlah
Bukan sebab wajib.
Tapi sebab ia satu penghormatan kepada diri
Dan insyaAllah, kambing yang kau sembelih itu, bukan sekadar darah yang mengalir.
Tapi tanda cinta, antara kau dengan Tuhan.

ok, kami ada 5 saiz untuk kambing akikah hidup. harga kami berubah setiap bulan ni harga semasa start 10/11/2025 (SAIZ/BERAT HIDUP/HARGA SEMASA) -M(15-20kg):RM580 - L (24–28kg): RM680 - XL (29–34kg): RM750 - 2XL (35–39kg): RM900 - 3XL (40–44kg): RM1000 - 4XL (45–49kg): RM1200 - 5XL (50–54kg): RM1300 - 6XL (55–60kg): RM1400 -servis sembelih lapah cincang rm100 -servis golek rm550 -servis masak kari/kurma rm200 #bawa balik hidup tambahan RM100 setiap ekor, untuk tampung kos makan dan pekerja #yang habis tunggu kambing masuk Kandang kami ada dua, di Sepang dan Rembau.

4 comments:

  1. berita baik ni utk mereka yg buat akikah dlm masa terdekat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies ya harganya pun berbaloi boleh tolong sembelih juga xlama raya haji boleh buat korban

      Delete
  2. terima kasih kak untuk kongsi kisah yg syahdu ini

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist