Tuesday, 25 November 2025

LALA

 ASSALAMUALAIKUM



LALA
.
Semalam hujan turun merata di seluruh negeri. Hari ini pula tular khabar tentang lambakan lala di pantai Parit 8, Sekinchan. Aku teruja mendengar kejadiannya. Lala, sejenis siput laut yang membiak dalam selut, biasanya hanya muncul pada musim tertentu. Dahulu, tanda kemunculannya harus diperhati betul-betul sebelum menangguknya. Menangguk lala memerlukan alatnya yang khas. Pernah juga aku turun menangguk; lala suatu ketika dulu. Rasanya memang enak dijadikan pelbagai lauk kegemaranku.
Namun menurut laporan media maya, kali ini lala tidak perlu lagi ditangguk. Melimpah ruah di tepi pantai, hanya perlu dikaut dengan tangan. Banyak sungguh rezeki yang dibawa laut selepas hujan untuk penduduk sekitar.
.
hujan menjujuh –
lambakan siput lala
limpah rezeki

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist