ASSALAMUALAIKUM
🔥 A M A R A H 🔥
Api amarah menyala
bakar ruang rumah damai
rentung jadi debu spora
Mengenang nasib diri
mana arah mahu lari?
Ada tapak jejak hilang
rabak hati hadap walang
Ribut barat mengganas
hembus keras daya lepas
hancur ranap musnah beralas
Ada desis resah gusar
tanya hati – di mana sabar?
Hanya pandang langit tinggi
hilang milik
tiada lagi

Kalau amarah dah menguasai hati, terkadang akal pikiran pun jadi tak tentu arah
ReplyDelete