ASSALAMUALAIKUM
CINTA 73KG
Genre: e-Book
Penulis: Syameen Khalili
Penerbit:
Nombor ISBN: (Sastera Kehidupan)
Bilangan Muka Surat: 279
Harga: RM10
Pengulas: Paridah Ishak
CINTA 73KG ialah sebuah e-book karya Syameen Khalili, seorang novelis prolifik yang telah menerbitkan empat novel sejak tahun 2018 hingga 2024. Penulis juga aktif dalam menghasilkan enovella, dengan sebanyak 15 judul diterbitkan dari tahun 2020 hingga 2024.
Dalam e-book ini, Syameen Khalili menggunakan latar bidang guaman sebagai asas penceritaan, menyelitkan elemen percintaan yang berlaku secara kebetulan antara watak-watak yang dipilih.
Fasya Sabrina, seorang peguam di sebuah firma guaman kecil, menghadapi masalah obesiti akibat gaya hidup yang sibuk dan pemakanan yang tidak teratur. Tambahan pula, dia sedang mengalami tekanan emosi selepas hubungan cintanya dengan Hanan terputus, yang kemudiannya memilih Zalieya—teman mereka sendiri—sebagai kekasih baru. Konflik cinta yang rumit antara watak-watak ini menjadi nadi cerita yang penuh warna.
Dalam usahanya menurunkan berat badan, Fasya mula melakukan larian kecil di taman dan di situlah dia bertemu Mastura. Perbualan santai mereka sambil menikmati air sejuk membuka ruang perubahan dalam hidup Fasya. Mastura menyarankan agar berselawat dan berdoa sebelum makan dan minum. Anehnya, sejak itu, Fasya mendapati dirinya berupaya membaca fikiran orang lain.
Penulis menyampaikan kisah ini secara kronologi tanpa menggunakan teknik imbas kembali yang kompleks, menjadikan penceritaan mudah difahami dan diikuti.
CINTA 73KG merupakan sebuah e-book yang menarik kerana jarang sekali penulis mengangkat dunia profesional guaman sebagai latar utama, sambil menggabungkan elemen cinta dan mistik untuk mengukuhkan karya ini.
nampak menarik dan santai
ReplyDeleteTksh mieza ya kreatif santai
Deletewahhhh.....tahniah buat penulis
ReplyDeleteNi kalau dapat diadaptasi ke drama TV ni mesti menarik 😆
ReplyDelete