Friday, 28 February 2025

JUADAH RAMADAN

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



JUADAH RAMADAN

Jiran-jiranku di kampung berasal dari negeri yang berlainan. Ketika Ramadan, mereka akan menyediakan juadah kegemaran masing-masing.

Imah, jiranku di sebelah kanan, berasal dari Selangor. Beliau gemar memasak pecal dan pelbagai hidangan lain. Aku berpeluang merasai keenakan masakannya apabila dia menghantarnya kepadaku menjelang waktu berbuka puasa.

Jiranku di sebelah kiri pula berasal dari Kelantan. Kak Idah sering menyediakan nasi kerabu, kuih lompat tikam, dan pelbagai kuih-muih manis. Ada sahaja rezeki untukku menikmati juadah masakannya.

Sementara itu, Kak Fauziah, jiranku di hadapan rumah, berasal dari Kedah sesekali akan membuat tepung bungkus. Beliau jarang memasak lauk-pauk kerana suaminya menyediakan lauk berbuka di masjid. Namun, sedikit daripada masakan itu akan dibawa pulang ke rumah. Kak Fauziah juga tidak lupa menghantar sedikit juadah kepadaku.

Sebagai tanda penghargaan, aku membalas setiap pemberian juadah daripada jiran-jiranku dengan kuih-muih yang kubeli. Terima kasih banyak, jiran-jiranku yang baik budi!

 

menu Ramadan –

juadah beraneka

rahmah budaya


6 comments:

  1. Waalaikumussalam.
    Alhamdulillah. Budaya yang baik eloklah diteruskan agar silaturrahim terus berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh amie budaya kita dulu la ni nmpaknya semakin hilang

      Delete
  2. teringat zaman kanak2 dulu arwah ma suruh gi antar juadah kpd jiran2. Lps tu dpt balasan drp mrka. last2 penuh meja masa iftar... indahnya memori berpuasa pd zaman dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu dulu2 kita saling berkingsi rezeki sikit2 sama2 rasa

      Delete
  3. Bersyukur sangat jika ada Jiran yg saling baik dan suka berbagi begini kan kak. Dulu ingat saat masih di Aceh, dengan tetangga kiri kanan pasti saking bertukar masakan juga.

    Yg di JKT ini belum pernah, sebab agak tertutup masing2 Jiran 😅. Jadi saya pun segan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny wah fanny asal Aceh ya sama saja budaya kita kan..kalau di bandar ni masing2 bersendiri

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist