Wednesday, 31 December 2025

HADIAH 2025

 ASSALAMUALAIKUM



 HADIAH 2025

.
Alhamdulillah, aku amat bersyukur ke hadrat-Nya atas kurnia yang mengizinkanku terus bernafas, meniti kehidupan dan menikmati rahmat yang melimpah hingga ke hari ini. Terlalu banyak nikmat untuk disenaraikan satu per satu.
Sepanjang tahun 2025, aku menerima rezeki berupa hadiah ilmu yang bermanfaat daripada Sifu Tabir Alam yang tidak jemu memberi bimbingan dalam menghasilkan karya kesusasteraan. Tanpa terduga, insan yang amat kukagumi ini sudi pula menziarahiku pada Aidilfitri lalu bersama Puan Isteri dan anak muda kesayangan, Tidak ketinggalan membawa penganan istimewa. Terima kasih, Sifu, atas budi dan kesudian. Kunjungan yang mengejutkan menitiskan air mata syahdu dan rasa terharu.
.
Rakan-rakan penulis seperti Hanna Sophia Hannafi dan Nizam Wahid turut mengunjungiku dengan membawa hadiah buku. Cikgu Nazim Mohd Subari, Cikgu Mustafa Siraj serta Akademi Sanggar Nurimas pula sudi mengirimkan buku karya masing-masing. Aku amat berterima kasih atas segala kesudian yang tidak terhingga nilainya.
.
Kenalanku di laman blog, iaitu Blogger Notie, Blogger Abe Kie dan Blogger Annies, turut mengirimkan pelbagai hadiah atas kemenangan segmen anjuran mereka kusertai. Alhamdulillah. Terima kasih banyak, sahabat-sahabat blogger.
Selamat menyambut tahun baharu 2026. Semoga tabirnya terbuka, menyerlahkan sinar kebahagiaan yang didambakan semua.
.
akhir Disember -
coretan tinta pena
apresiasi

 

 

MERONDA KAMPUNG

.

 

Aku baru saja belajar membawa motorsikal kepunyaan bapaku. Walaupun aku tidak begitu cekap menunggangnya, aku beranikan hati umtuk membawanya ke mana saja meronda kampungku. Aku singgah di rumah kawanku pada suatu petang. Mengajaknya mengikutiku. Aku merasa Fazilah telah menaiki motorsikal dan berada di belakangku. Aku pun menggerakkan motorsikal kerana injinnya tidak kumatikan. Meluncur sedehana kelajuannya di atas jalan kampung beraspal. Aku bertanyakan sesuatu pada kawanku itu. Tapi dia tidak membalasnya. Aku pula tertanya-tanya, kenapalah kawanku itu berdiam saja. Hendak menoleh memandangnya, aku bimbang akan terlanggar sesuatu kerana terlepas pandang. Setelah puas meronda, jalan akhirnya ialah berpatah-balik ke rumah Fazilah. Aku terkejut melihat kawanku itu tersengih di tangga rumahnya memandanhku.

“ Hang tak naik motor ka tadi. Aku ni puas bersembang dengan hang.” Fazilah tertawa.

 

.

 

motosikal bapa –

sepetang semi redup

luncuran sunyi

 


Tuesday, 30 December 2025

BUKU SOLO N ANTOLOGI 2025

 ASSALAMUALAIKUM

Salam Selasa moga berbahagia afiat tiasa.
Disember 2025 akan berakhir esok, PI kongsi di sini beberapa buku solo dan antologi karya kakpidah telah terbit tahun ini.

177. SYAIR PUSPA PENERBIT PUSPA 025
178. JAGAT BUMANTARA PENERBIT PUSPA 025
179, PELABUHAN SENJA PENERBIT SPTA 025
180. PUJANGGA PUISI PENERBIT SPTA 025
181. PENTARAKNA PENERBIT SPTA 025
182. ANEKDOT ABU NAWAS PENERBIT ASN 025
183. KATARSISPENERBIT SPTA 025
184. SEKUNTUM MAWAR PENERBIT SNE 025
185. ILHAMI HISHAM PENERBIT NUHA BOOK 025
186. UPSI PENERBIT SNE 025
187. PANCASERI PENERBIT SPTA 025
Terima kasih banyak penerbitnya Sifu Tabir Alam @ SPTA dan Nurimas SN @ SNE , PUSPA, NUHA BOOKS sudi terbitkan karya kakpidah seadanya. Alhamdulillah.





























Monday, 29 December 2025

TIKUS MAIN CATUR

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

CATUR

.

Tikus  main catur

susunan bidak

ikut suka

pilihan

.

Raja  letak tinggi

barisan askar

maharani

sendiri

.

Tunggang  kuda pantas

langgar segala

peraturan

biasa

.

Ubah  cara silam

sisih semua

kejayaan

utama

.

WAJAH

.

Talam  dua muka

peribahasa

kias kata

Melayu

.

Persisnya sesumpah

bertukar urna

pada tempat

berbeza

.

Kala  hujan limpah

melompat tinggi

jadi katak

gayanya

.

Maslahah  durjana

musibah kilik

mana saja

berada


Sunday, 28 December 2025

KARYA TERBITAN AKHBAR DAN MAJALAH 2025

 ASSALAMUALAIKUM


Salam Ahad moga dilimpahi rezeki tanpa had.
Disember 2025 semakin berhujung, PI kongsi di sini beberapa karya puisi pelbagai genre terbitan akhbat Suara Sarawak, majalah Dewan Budaya, Dewan Sastera DBP...sikit saja pun asal ada saja jadilah heh heh...
terima kasih banyak editor berkenaan sudi terbitkan karya PI seadanya. Alhamdulillah.





































Tuesday, 23 December 2025

NASI ARAB KAMBING

 ASSALAMUALAIKUM



Sebelum ni ramai PM aku tanya
“KJ, ada tak jual anak kambing untuk buat nasi arab?”
Mula-mula aku tak berani nak jawab.
Sebab benda ni sensitif sikit. Bukan semua orang faham nikmat daging anak kambing.
Tapi bila PM makin hari makin banyak, aku sedar satu benda, permintaan ni bukan sebab nak murah, tapi sebab nak sedap.
Jadi ya, aku buat juga.
Sekarang aku ada karkas anak kambing umur 1–3 bulan, harga RM100 sahaja.
Kepala ada.
Organ ada.
Tulang ada.
Isi jangan cakap, lembut sampai tak sempat kunyah lama.
Daging anak kambing ni lain dia punya rasa. Tak bau hamis. Tak liat. Tak lawan gigi.
Kalau orang tua makan, senyum. Kalau budak makan, tak meludah. Kalau orang yang “tak makan kambing” rasa, dia diam, lepas tu tambah.
Sebab apa lembut?
Sebab umur dia masih muda. Serat daging halus. Kolagen tinggi.
Sesuai sangat buat nasi arab, mandi, kabsa, atau sup slow cook. Jenis masakan yang perlukan daging menyerap rempah, bukan daging melawan periuk.
Aku jual ni bukan sebab nak kaya.
Tapi sebab aku tahu rasa dia. Dan aku tahu orang yang pernah makan, akan cari lagi.
Kalau sekali cuba, kau akan faham kenapa orang sanggup PM berkali-kali.
RESEPI NASI ARAB ANAK KAMBING (VERSI SENANG JADI)
Bahan-bahan
Bahan kambing
• 1 set karkas anak kambing (1–3 bulan)
• 2 biji bawang besar (hiris)
• 6 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• 1 batang kayu manis
• 3 biji buah pelaga
• 3 biji bunga cengkih
• 2 helai daun bay
• Garam secukup rasa
Rempah
• 2 sudu besar rempah nasi arab / mandi / kabsa
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1 sudu kecil jintan manis
• 1 sudu kecil jintan putih
• 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
Bahan nasi
• 3–4 cawan beras basmati
• Air rebusan kambing
• Sedikit kismis & badam (optional)
Cara Masak Kambing
1. Tumis bawang besar sampai perang.
2. Masukkan bawang putih & halia, tumis naik bau.
3. Masukkan semua rempah & rempah kering, kacau sampai pecah minyak.
4. Masukkan karkas anak kambing, gaul sampai daging bertukar warna.
5. Masukkan air secukupnya, kecilkan api.
6. Reneh 45 min – 1 jam (anak kambing cepat empuk).
7. Asingkan daging dan simpan air rebusan.
Tips
Kalau tekan tulang dengan sudu dan daging mudah lerai, itu tandanya jadi.
Cara Masak Nasi
1. Tumis sikit rempah (guna lebihan kuah kambing).
2. Masukkan beras basmati.
3. Masukkan air rebusan kambing (ganti air biasa).
4. Masak seperti biasa sampai nasi kembang cantik.
Daging anak kambing ni bukan untuk semua orang. Dia untuk orang yang cari rasa, bukan sekadar kenyang.
Sekali cuba, kau akan faham kenapa RM100 ni sebenarnya murah untuk pengalaman rasa macam ni.

MyBloglist