Sunday, 8 December 2024

SAKIT

 ASSALAMUALAIKUM

SAKIT

 

Aku menyapu ruang tengah rumah perlahan-lahan berkerusi roda.  Aku melihat Putih berada di bawah meja. Dan Ginger di atas kerusi. Ginger mengiau nyaring. Aku cuba mengusir Putih keluar dari rumah. Tapi dia berdegil. Selamba  saja duduk diam dengan baik. Aku pun berpesan padanya, “Duduk baik-baik ya, jangan gaduh-gaduh.” Aku pun menyelesaikan kerjaku dan tika aku hendak masuk ke bilik berlaku pergelutan antara mereka. Aku tidak dapat bergerak cepat untuk meleraikan pergaduhan mereka. Ginger menyorok di bawah meja. Putih cuba menerkamnya. Aku cuba menakutkannya dengan mengetuk penyapu ke lantai. Putih segera lari keluar gril. Aku menutup gril rapat. Beberapa titis darah bertompok di lantai. Ginger luka di kakinya. Dia berjalan berdengkot-dengkot menahan sakit bisa cakaran Putih. Abqori pulang dari sekolah bersama mama, papanya dan adiknya Mia. Aku terkejut melihat dia berjalan terpaksa menggunakan tongkat topang. Kaki kirinya diangkat kala berjalan. “Qori terjatuh dan terseliuh, tuk!” Mia memberitahuku. Abqori tidak dapat hendak ke sekolah kerana kakinya. Mia pun tidak ke sekolah kerana hendak menja abangnya. Puas mamanya mengajaknya dengan mengatakan banyak program menarik akan diadakan seperti kehadiran pemberita majalah ASUH dan badut penghibur. Nampaknya Mia tidak berminat. Mia cuba meerawat Ginger dengan menyapu ubat pada kakinya yang bengkak.

 

6 Disember –

sepasang kaki uzur

rawatan cemas




2 comments:

  1. semoga cepat pulih ya cucunya dan kucingnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik insyaAllah semakin pulih qori n ginger

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist