Friday, 29 November 2024

REZEKI

 ASSALAMUALAIKUM


 


REZEKI

 

Anak bongsuku dulu sering bercerita padaku tentang kesusahan hidup yang dialaminya kini. Terpaksa berhadapan dengan masalah sara hidup lantaran harga barang yang meningkat tinggi setiap hari. Tambahan dia baru berhenti kerja. Syarikat  tempatnya bekerja terpaksa berpindah operasinya di Pulau Pinang kerana tapaknya termasuk laluan ECRL yang akan dibina. Dia  tidak mahu meninggalkan anak isterinya di Serendah.  Dan memilih menganggur sambil mencari-cari peluang pekerjaan berhampiran sini. Aku membantunya sedaya mampu saja. Anakku itu setiap hari akan mengunjungiku untuk membantu setiap keperluanku, maklum aku kan tidak berdaya. Aku sentiasa mendoakannya kesejahteraan , kebahagiannya. Dan segera beroleh pekerjaan juga rezekinya melimpah. Alhamdulillah dia mendapat kerja dengan syarikat yang mengendalikan projek keretapi laju itu. Tiba-tiba dia mendapat khabar ibu tirinya membelikan sebuah rumah untuknya di Bandar Jengka. Allah melimpahkan rezeki yang tidak pernah terduga. Padanya. Aku bersyukur amat. Kegembiraan anak-anak kebahagiaan ibunya.

 

awan kelabu –

penganggur sementara

nur kehidupan


Thursday, 28 November 2024

DESAH HUJAN

 ASSALAMUALAIKUM



DESAH HUJAN


Hujan mencurah terlalu lebat

seluruh negara turun  rata

menderas banjir tidak tertebat

.

Di pantai timur terlakar peta

rata daerah  terima kesan

waima di desa juga di kota

.

Merenung jauh terdiam lisan

segala harta banyak yang hilang

begitu takdir mengirim pesan

.

Tahun baharu bakal menjelang

semoga mangsa terlibat tabah

teguhkan asa sisihkan walang

.

Isyarat alam perlu siaga

apa berlaku tidak terduga


Wednesday, 27 November 2024

Tuesday, 26 November 2024

UKHUWAH KASIH

 ASSALAMUALAIKUM



UKHUWAH KASIH
.
Awal bismillah melafaz kata,
Selawat salam Rasul tercinta,
syair dikarang menyusun kata,
doa beroleh rahmat Pencipta.
.
Ukhuwah kasih jiwa madani,
warganegara santun terkini,
bersatu hati asa kersani,
usai masalah tentu begini.
.
Bertolak- ansur hindar berbalah,
memohon maaf kala bersalah,
sikap mulia jelas menyerlah,
budi pekerti sempurna olah.
.
Walaupun hidup berbilang bangsa,
santun bersama aman sentosa,
damai negara senantiasa,
kerana Allah Yang Maha Esa.
.
Ukhuwah kasih sama setara,
rasi muhibah persis saudara,
menggenggam kemas Rukun Negara,
sopan susila nyata ketara.
.
Erti madani tamadun tinggi,
terbaik laku segenap segi,
daya usaha seawal pagi,
kongsi rezeki saling berbagi.
.
Bangsa mulia murni hatinya,
walau berbeza rupa irasnya,
ikhlas berbudi bantu rakannya,
susah dan senang syukur rahmat-Nya.
.
Hai Malaysia negara indah,
warga setia tiada sudah,
siap siaga duga menggundah,
apa mengganggu terima padah.
.
Amalan akhmal sifat terpuji,
menuntut ilmu dengan mengaji,
tegar semangat kala diuji,
sepantun syair telah tersaji.

Monday, 25 November 2024

IBU AYAH MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH

 

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah naskhah berjudul INDAHNYA ALAM INI,  AYAH DAN IBU MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH selamat kepenerimaan kakpidah kiriman sahabatku penulis Noorlaila Ghafar. Terima kasih banyak lela. Naskhah  terbitan DBP ini merupakan  puisi kanak-kanak bertema keindahan alam dan ibadah haji karya penulis mapan ini amat indah berinformasi. Terima kasih banyak sahabatku kesudiannya.

Tahniah Lela dan penerbitnya. Hasilan karya sastera kanak-kanak indah berilmu mampu memupuk minat kanak-kanak awal persekolahan menulis puisi.

Sekiranya ingin memiliki dua naskhah ini sila hubungi penulisnya atau penerbitnya. Harganya sederhana dan mampu milik.









Sunday, 24 November 2024

PERJALANAN JAUH

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU



PERJALANAN JAUH


Menjejak aspal jalan

mengorak langkah awal laju

hala destinasi tentu

.

Pantas tiba ujana

indah nyaman suasana

.

Semata riang ria

manis senyum ceria

.


Sekian lama berjalan

semakin dekat rasa jauh

berdesah nafas penat

.

Masa berlari pantas

ingin daya mencantas

.

Tercicir segala cita

masih mengejar cinta 


Saturday, 23 November 2024

RAKAMAN

 ASSALAMUALAIKUM



RAKAMAN

Citraan perang ketara, 7 Oktober.

Roket deru lintas langit Gaza. Taufan al-Aqsa menggegar Tel Aviv.

Sasaran kem tentera Yahudi.

Pesta Nakbah berlangsung.

Kejutan tika keriangan meraikan kenangan.

Tertawan musuh termangu.

Tular berita dunia.

Salah letak pada bahu pejuang Palestin.

Israel balas bom. Gugur rata. Sisih perkiraan gempur. Tanpa mengira siapa di mana berada. Masjid ranap, hospital musnah, rumah rata. Ribuan anak kecil kehilangan nyawa melangkah ke syurga.

Tunas muda yang patah sebelum menjadi dahan, merimbun dedaun.

Antagonis itu hilang manusiawi. Genosida. Memancung yang lemah semata. Keberanian terbalik. Berhadapan pejuang berlarian bersembunyi. 

Sebalik runtuhan puing menimbun batuan lerai,

tiarap sosok memegang senjata berat.

Rakaman video mula. Tumpas akhirnya.

Perang era kini. Terakam tanpa sedar. Strategi rahsia.

 


Friday, 22 November 2024

GELAMA KERING

 ASSALAMUALAIKUM


GELAMA KERING

 

Aku membaca hantaran sahabatku Iqbal Halim juga penulis Graha Karya berkenaan kegiatannya memancing ikan gelama di laut bersaama anaknya Amsyar. Banyak juga hasil pancingannya. Ikan itu dikeringkan pula. Aku memang suka makan ikan kering dengan nasi panas. Pantas saja aku menulis pesanan memintanya mengirimkannya padaku. Terpaksalah Iqbal bebersusah-payah mengirimkannya padaku dengan pos laju. Alhamdulillah sudah selamat kepenerimaanku. Bersamanya turut disertakan antologi puisi Secawan Kopi 7.  Terima kasih banyak dik Iqbal baik budinya.

 

pemancing ikan –

gelama jemur kering

kiriman laju




Thursday, 21 November 2024

DAERAH KOMA

 ASSALAMUALAIKUM


DAERAH KOMA
Daerah sunyi ini tiba-tiba aku berada dalam ruangannya. Empat persegi bersudut sempit. Mata melingas sekitarnya. Tiada sesiapa. Aku ingin bertanya. Kemusyhkilan tenggelam jauh dasar sukma. Membeku berbuku dingin. Di mana hilang semua? Aku masih menunggu. Menunggu siapa? Persona dekat, kekasih, insan pengasih. Aku rindu sapa lunak bicara, belai ulit mesra ayah bonda. Kenapa aku sendirian di sini? Membiarkanku sunyi? Aku ingin bergandingan bersama menikmati bahagia persis biasa. Tapi mungkinkah? Aku masih terpenjara dipasung longlai. Mata terpejam lamunan merawang. Mengharap esok usai lalu. Bersua hajat.


LAGU PUISI RONDEL SIFU TA (C)


Wednesday, 20 November 2024

PERTEMUAN

 ASSALAMUALAIKUM


HARI RABU LAYAN DENDANGAN LAGU PUISI PI GUBAHAN SUNO HEH HEH









Tuesday, 19 November 2024

PUISI SUNGAI

 ASSALAMUALAIKUM

PUISI SUNGAI

 

Aku menerima jemputan menghadiri majlis penyampaian hadiah pada peserta yang menyertai sayembara Puisi Sungai dan Kelestarian Alam anjuran Persatuan Sahabat Sungai Malaysia, Pusat Pengurusan Alam Sekitar (EMC)/UNESCO/PENA di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP. Majlis diadakan pada malam 15 November 2024. Senarai nama pemenangnya telah disiarkan di media sosial. Tidak pula terselit namaku. Maknanya tentulah aku tak menang. Tahniah semua pemenang. Aku memang tidak gemar menghadiri majlis sastera sekadar hendak bersibuk sekiranya tiada kena-mengena denganku.  Nampaknya majlis itu bukan calang-calang. Lagilah aku segan hendak menghadirinya. Aku pun meneruskan rutin seharianku seperti biasa iaitu tidur tika mataku mengantuk.

 

Puisi Sungai -

15 November

rutin lestari


Sambil tu nikmat lagu puisi PI gubahan SUNO




Monday, 18 November 2024

DAMBAAN

 ASSALAMUALAIKUM

KARYA PILIHAN
DAMBAAN
(Tautogram)
Terima kasih Sifu Tabir Alam sudi pilih karya puisi tautogram PI sebagai KARYA PILIHAN




DAMBAAN

 

Duniaku  dusun dukacita

diserkup dedaun duga denainya

dahan dipaut dipatahkan durjana

diri diam dilamun dilema

dikejar dura derita

daku dungu dalam dimensi debar

 

 Desir  desah dedaun dasawarsa

deru dari dataran daksina

doaku dosaku  dihapuskan Dia

dambaan duniaku damai

dian darma dinyalakan

dan daku dakap dingin detiknya

 


Sunday, 17 November 2024

MATA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAMBIL MENYOROTI AKSARA PUISI SONIAN....NIKMATI LAGU PUISI KARYA PI GUBAHAN SUNO





Friday, 15 November 2024

YA RAHMAN YA RAHIM

 

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU JOM DENGAR LAGU PUISI RONDEL n SAJAK KARYA PI GUBAHAN SUNO






 


SEGENGGAM KOPI

 ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH SIFU TABIR ALAM SUDI PILIH PUISI PANCALARIK KARYA PI SEBAGAI KARYA PILIHAN

SEGENGGAM KOPI
(Pancalarik)

SEGENGGAM KOPI

 

Kopi

serbuk halus

isi penuh cawan

hidangan minuman petang

hirup

.

Pahit

likat lekat

tekak perit perih

tinggalkan di meja sepi

sejuk

.

Gara

analogi

tolak jauh sisi

misal bidalan masalah

lari

.

Tegar

kopi hidup

tetap minum cermat

tambahan sekolam air

azam


Wednesday, 13 November 2024

KEJOHANAN SCIENCE PAPER PLANE WPKL

 ASSALAMUALAIKUM


ALHAMDULILLAH ABQORI MENANG TEMPAT KELIMA LONGEST DISTANCE LELAKI 

KEJOHANAN SCIENCE PAPER PLANE WPKL....TAHNIAH ABQORI











Tuesday, 12 November 2024

RASUL JUNJUNGAN MULIA

ASSALAMUALAIKUM




RASUL JUNJUNGAN MULIA

Isnin minggu terawal
dua belas Rabiulawal
Muhammad (SAW) lahir akmal terkawal
Tahun Gajah wujudnya ehwal
.
Siti Aminah bonda sejati
bersabung nyawa ternanti-nanti 
di dalam lena terbuai mimpi
sinaran terang di malam sepi
seluruh alam tidak bertepi
lahir zuriat sempurna rapi

Ayahandanya Abdullah dulu berpulang
bondanya pula menyusul jelang
mengadap Allah tahun berselang
nabi piatu berulit walang
cinta kudus jauh menghilang
 .
Mengusik jiwa ceriteranya
pahit dan getir perjuangannya
mendakwah Islam keseluruhannya
utusan Allah maktub tugasnya
demi maslahat santun umatnya

 
Malidur Rasul ingatan umat
hari sejarah Nabi Muhammad (SAW)
jiwanya kamil menjunjung rahmat
risalah Allah berserta nikmat
anugerah-Nya semesta alam
cahaya Islam

Sunday, 10 November 2024

DESA TERCINTA

 ASSALAMUALAIKUM



pic SUNO (c)


DESA TERCINTA


Aku melukis wajah desaku

jauh letaknya di hulu sana

Indah dan permai pandang terpaku

bendang terhampar luas saujana


Bayu  berhembus lembut menyapa

dedaun nyiur melambai-lambai

mengiring langkah berdepa-depa

perhati padi tidak terabai



 Di bawah malam bulan mengambang

padi digoreng dalam kuali

saling membantu adik dan abang

menumbuk emping berselang seli


Pelita ayan liuk cahaya

gelap gelita cerah sedikit

riuh ketawa sukar percaya

kopi yang hitam manis melekit


Usai cerita mengemping padi

pandangan mesra teruna dara

bertaut kasih cinta terjadi

dinginnya malam kian ketara


Malam purnama aura mengemping

desaku indah dalam karangan

citraan klasik hayat berdamping

kini yang tinggal hanya kenangan

MyBloglist