ASSALAMUALAIKUM
REZEKI
Anak bongsuku dulu sering bercerita padaku tentang kesusahan
hidup yang dialaminya kini. Terpaksa berhadapan dengan masalah sara hidup
lantaran harga barang yang meningkat tinggi setiap hari. Tambahan dia baru
berhenti kerja. Syarikat tempatnya
bekerja terpaksa berpindah operasinya di Pulau Pinang kerana tapaknya termasuk
laluan ECRL yang akan dibina. Dia tidak
mahu meninggalkan anak isterinya di Serendah. Dan memilih menganggur sambil mencari-cari
peluang pekerjaan berhampiran sini. Aku membantunya sedaya mampu saja. Anakku
itu setiap hari akan mengunjungiku untuk membantu setiap keperluanku, maklum
aku kan tidak berdaya. Aku sentiasa mendoakannya kesejahteraan , kebahagiannya.
Dan segera beroleh pekerjaan juga rezekinya melimpah. Alhamdulillah dia
mendapat kerja dengan syarikat yang mengendalikan projek keretapi laju itu.
Tiba-tiba dia mendapat khabar ibu tirinya membelikan sebuah rumah untuknya di
Bandar Jengka. Allah melimpahkan rezeki yang tidak pernah terduga. Padanya. Aku
bersyukur amat. Kegembiraan anak-anak kebahagiaan ibunya.
awan kelabu –
penganggur sementara
nur kehidupan
Alhamdulillah, doa ibu ada keajaibannya yang tersendiri 🤲🏻🌷
ReplyDeleteamiin tksh cik berdoa selalu insyaAllah
DeleteRezeki Allah tak pernah tertukar. Apalagi kepada anak yg memang baik kepada orangtua dan keluarganya
ReplyDeletetksh fanny insyaAllah ibu berdoa tiasa demi anak2nya
Delete