Saturday, 10 August 2024

MENCECEH

 ASSALAMUALAIKUM


 


PIC GOOGLE IMAGES(C)

MENCECEH! MENCECEH! MENCECEH!

 

Ramai sekali minat menceceh

sepantun murai riang berkicau

menganggap isu tidaklah leceh

gamat suara riuh mericau

.

Terimbau akan filem P.Ramlee

tiga pemuda kayuh basikal

keliling kampung girang sekali

lagu “Menceceh” bersatu vokal

.

Lirik tersusun kait cerita

meskipun lucu selindung tamsil

bukan sekadar karya tercipta

giat usaha mendaya hasil

.

Era menceceh telah bermula

terpana sinar kerdipan bintang

cerlang terpancar hikmat kemala

langgar sahaja aral merintang

.

Gegak gempita beka wacana

media maya tapak berjejak

jaring internet akan wahana

mencapai khabar kusyuk terlajak

.

Menceceh sudah jadi kerjaya

melipur lara dalam video

tetap mengundang gara bahaya

mpak  mendurja kesan audio


3 comments:

  1. Ooo menceceh.. dulu dgr macam muncece muncece muncece ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik bahasa kita luas perbendaharaannya

      Delete
  2. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist