ASSALAMUALAIKUM
PENCURI
KELDAI
Dua orang pemuda berkerjasama mencuri keldai kepunyaan Abu
Nawas. Seorang pemuda membawa keldai dan menyembunyikannya. Seorang pemuda lagi
cuba mempermainkan Abu Nawas dengan kenyataannya yang mengelirukan. Dia meletakkan tali pengikat leher keldai ke
lehernya.
“Ke manalah perginya keldaiku ini?”
“Akulah keldai Tuan!”
“Mustahil keldaiku bertukar jadi manusia!”
“Sebab Tuan seorang yang baik, Allah menjelmakan aku sebagai
manusia.” Abu Nawas termenung sejenak.
“Oh begitukah! Kalau kau keldaiku, aku akan menunggangmu. Bawa aku
ke rumah hakim kerana aku ada urusan di sana.”
Pemuda itu terpaksa menjadi keldai dan membawa Abu Nawa yang
berada di atas belakangnya. Orang yang berada sepanjang perjalanannya memandang
kehairanan.
“Kenapa kau menunggang manusia hai Abu Nawas. Kau memang tidak
berperi kemanusiaan. Kenapa kau tidak menunggang keldaimu seperti selalu?”
“Inilah sebenarnya keldaiku. Dia telah bertukar menjadi manusia.”
Sahabatnya itu menggelengkan kepala kebingungan.
Akhirnya tiba perjalanan
mereka di rumah hakim. Abu Nawas mengikat tali keldainya di sebatang
pokok berhampiran. Pemuda yang berpura-pura menjadi keldai mengalami kecederaan
di tangan dan kakinya kesakitan. Dia tidak berdaya membuka ikatan yang
menjerutnya. Kawan pemuda memperhatikan kejadian itu lalu turut mengiku Abu Nawas
ke rumah hakim untuk menolong kawannya itu
“Kenapa kamu menunggang pemuda itu ke sini, Abu Nawas?”
“Pemuda itu telah mencuri keldaiku. Tapi mengaku dia keldaiku. Ayuh
kita lihat apa yang terjadi pada pemuda itu.”
Hakim kini mengetahui apa yang sebenarnya terjadi setelah
kedua-dua pemuda tersebut memohon kemaafan kerana kesalahan yang mereka lakukan
pada Abu Nawas.
haaa... tulah.. elok elok jadi manusia.. mengaku keldai.
ReplyDeleteHeh heh kan yan tq
DeleteBerani pencuri tu menipu sambil menyebut nama Allah lagi... nasib baik dia tak bertukar jadi keldai betul² 😅
ReplyDeletetula kan dh mendapatnkesian dia kan tq cek
Deletetu laaaa menipu lagiiii kan dah mendapat
ReplyDeletenak menipu abu nawas mmgla jadi keldai kan tq anies
ReplyDeletePencuri keldai sanggup jadi keldai
ReplyDelete