Friday 4 August 2023

MENELAH MAKSUD

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

  


MENELAH MAKSUD

 

termangu-mangu bingung

diam mentafsirkan kenyataan terserlah jelas

.

biarkan ketara

lenggok gerak tandak perhatikan cuma

.

ambil tamsilan

insiden pedoman langkahan hala pasti

.

rencana rahsia

lakaran abstrak sukar telah makna

.

membaca  naratif

lapis surat alamat pada siapa

.

terima reda

masih menunggu bahagia lama tertunda

.

pertanyaan keliru

pilihan jawapan antara dua kata

.

mudah benar

hasil  pada pemilihan hujung jari

                                        

 

KEBENARAN

.

fakta pasti penentu

pilihan kebenaran terserah penerimaan

.

bestari akli menilainya

menolaknya pelbagai alasan reka

.

kaji tiap sudut

hasil serlah wujud segala

.

hanya pilih mahu

kesamping apa saja keburukan

.

padam nota noda

ganti kertas kosong putih

.

pena tulis baru

sejarah bina tugu momen

.

manuskrip lama buang

sisa sampah akhir zaman

.

masa demi masa

pembohongan terserlah bicara riuh

 

TINDAKAN

.

 

bertindak yakin secepat mungkin

solusi bijak sempurna

.

tergesa-gesa kurangnya ada tersisip

kesempurnaan terkesamping  simpang

.

terlalu lambat lama berfikir

tergendala rencana sudahnya

.

masa tidak mahu menunggu

salam selamat tinggal

.

kerugian belum lagi terasa

leka dibuai agum

.

terpedaya jiwa raga gagah

lupa tentang esok

.

lalai belit seluruh diri

hilang dalam asyik

.

situasi akhir tetap sama

balik pada asal


PARIDAH ISHAK

DMS

4/08/023

2 comments:

  1. begitu puitis sajak kak PI seperti lazimnya. Tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu sokongannya insyaAllah

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist