Saturday 1 April 2023

SUARA ALONG

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU



ULASAN BUKU
Judul: SUARA ALONG
Genre : Biografi, sastera kehidupan
Penulis : Mohd Kholid Hamzah, Saripah Bakar
Penerbit : Buaya Putih
ISBN 978-967-19534-2-6 disokong oleh Penjana/Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
Bilangan mukasurat : 103
Pengulas : Paridah Ishak
Naskhah SUARA ALONG ini sangat istimewa justeru serba serbi berkenaannya bernilai tinggi. Kertas cetakan digunakan tebal berkualiti dengan ukuran font yang jelas. Dan sarat foto berkaitan watak dikemukakan. Ditulis pula oleh dua sasterawan yang dikenali umum. Lebih-lebih lagi khalayak sastera.
Tentu pembaca tertanya-tanya, kenapa naskhah ini berjudul SUARA ALONG? Siapakah Along? Apa pula kaitan Along dengan novelis Saripah Bakar dan Mohamad Kholid Hamzah?
Sebenarnya pasangan ini dalam percintaan serasi murni. Along mencelah hasilan cinta kedua-duanya. Kesimpulannya naskhah ini ditulis ibu bapa Along ini untuk Along yang dicintai sepenuh hati abadi. Along, ANIS (anak istimewa) comel rupa parasnya, lahir ke dunia membawa bahagia anugerah-Nya. Cereberal palsy pula mengganggu tumbesaran Along yang sepatutnya berlaku biasa pada kebanyakannya anak kecil.
Kesulitan ditempuhi ibu bapa Along tidak sedikit. Sentiasa berulang-alik ke hospital membawa anak sulung mereka mendapatkan rawatan doctor. Cereberal palsy bukan sakit demam biasa. Terpaksa pula berdepan pelbagai risiko kala Along tantrum lantaran terganggu sesuatu. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, benarlah kata pepatah itu. Sebak hati membaca tiap aksara menyusun diksinya. Hanya kesabaran dan cinta sejati menguatkan asa ibu bapa Along. Iman teguh sebati reda jiwa takdir-Nya.
Along tidak boleh bersuara. Tapi ibu bapanya berbual dengannya selalu. Lalu suara Along dicoret ibu bapanya dalam naskhah ini. Selain itu kedua-dua Penulis naskhah ini juga menyelitkan pengalaman sosial kehidupan mereka dalam masyarakat bersama ANIS.
Ramai yang tidak maklum tentang ANIS. Dengan membaca biografi SUARA ALONG akan tersingkap pengetahuan tentangnya. Sambil menyelak helaian naskhah ini terkejut sungguh menemui sekeping foto Along bersama Pengulas dan ibu bapanya.
Novelis Mohd Kholid dan isterinya Saripah Bakar datang berhari raya di rumah Pengulas bersama Along. Kali pertama bersua muka. Lama juga Pengulas anggap Along ini anak lelaki. Setelah membaca naskhah ini barulah tahu Along ini seorang gadis remaja.
Along juga ada sisi misteri sebagai ANIS. Apakah misterinya? Jawapannya ada di dalam SUARA ALONG. Dapatkan buku ini via penulisnya sdr Mohd Kholid Hamzah @facebook.
All reaction

5 comments:

  1. Nanti kak PI kongsikanlah juga siapa anis hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh syaz..anies blogger kak kenal sejak 2012 heh heh lama dah kan

      Delete
    2. sy ke tu? tersedak kejap😂

      Delete
  2. Baru baca kat sini pun dah tahu mesti sedih ni kak, yelah perjalanan nak jaga anak istimewa tu banyak dugaan dan cabaran.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist