ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA RAMADAN KESEMBILAN
ZIKIR RAMADAN 
Kala hujan merintik halus membasahi rekahan bumi, bergemalah alunan katak sahut-sahutan.
Melagukan simfoni  zikir kegembiraan syahdu. Setiap hela nafasnya adalah zikir. Tidak pernah terlupa  meski di mana hadir. Walau asyik melompat ke darat dan ke air senantiasa. Demikian kehidupan bernyawa fauna, flora, unggas, serangga, apapun jua, lafaz zikir tiada mungkir. Berzikirlah sebanyaknya, basahkan lidah tiada sudah, serikan Ramadan beramal ibadah, tanda syukur kepada Allah, pinggir segala duga mengolah masalah. Sepantun  gemaan katak memanggil hujan
Topik

Cantiknya olahan ayat Kak PI. Beginilah barangkali bentuk cerpu (cerpen +puisi).
ReplyDeletetksh amie ya kat larat tulis prosa pendek ja
Deleteterbaik kak👍👍
ReplyDeletealam pun berzikir, apatah lagi kita ni, manusia. malu kalau melupakan-Nya
ReplyDeleteterbaik..
ReplyDelete