Thursday, 6 April 2023

BERTEMU SEBENTAR KENANGAN ABADI

 ASSALAMUALAIKUM



NOSTALGIA
11 Nov2016
Catatan kenangan abadi Puan Ummu Atiffi Ilhami di wall fb beliau mengenai Penulis pada11 November 2016 rentetan pertemuan yang berlaku antara Penulis dirinya dan suaminya, ustaz Ilhami Hisham penerbit BeTA. Kunjungan beliau dan suaminya ke rumah anak Penulis kerana menghantar antologi puisi HIJRAH MERDEKA dan antologi C2N RAJAQNA yang telah diterbitkan pihak BeTA justeru Penulis adalah antara penyumbang karya dalam antologi
berkenaan.
.
Coretan ikhlas luahan hati wanita tabah ini menjadi kenangan abadi sebagai warisannya kepada Penulis tanpa terduga. Akan Penulis genggam kata-katanya hasratnya memotivasi dirinya pada mulanya kini telah berpulang kepada Penulis.
Pertama kali bertemu Puan Mazlinda tika Penulis tergerak hati hendak menghadiri majlis pelancaran C2N RAJAQNA dan antologi sajak HIJRAH MERDEKA walau Penulis pada
mulanya keberatan hendak hadir kerana keadaan diri Penulis yang kurang upaya. Dalam majlis meriah itu Puan Mazlinda sentiasa berwajah manis melayani tetamu suaminya iaitu ustaz Ilhami Hisham.
Walau beliau kelihatan ceria tapi Penulis merasakan beliau sedang menanggung kesakitan yang diselindungkan kerana itu khabarnya beliau baru usai jalani pembedahan akibat kanser payudara. Beliau mempelawa Penulis menjamah hidangan yang disediakan.
Namun Penulis menolaknya kerana Penulis agak sukar untuk makan dan minum di tengah khalayak. Sejak Penulis alami eksiden lama dahulu keadaan diri Penulis jadi begitu.
Justeru Penulis sangat memahami akan keadaan insan yang dilanda kesakitan yang langsung tidak diingini dirinya. Semua kita mahu hidup sihat walafiat dan bahagia. Tapi takdir-Nya tidak berdaya menolaknya.
Juga takdir-Nya jua yang menemukan Penulis dengan Puan Mazlinda sekali lagi pada suatu asar.
Mesra sekali bicara yang ditutur editor Pendidikan KARANGKRAF membalas jawab pertanyaan anak perempuan Penulis yang kebetulan ada disamping Penulis. Rasa kagum amat semangat dirinya yang kuat berupaya menjalani hidup dan urusannya walau baru saja usai menjalani pembedahan kanser payudara. Sentiasa bersikap positif menempuh hari yang dilaluinya penuh dugaan.
1. Inilah catatan beliau tentang Penulis dalam wall facebook beliau yang ditag kepada Penulis.
"29 tahun lalu, kemalangan jalan raya telah mengakibatkan dia lumpuh hingga sekarang. Namun wanita ini memiliki jiwa kental.Walau mulut tidak lagi dapat bertutur, kaki tidak mampu menapak, dengan sebelah tangan jejarinya menari laju di papan kekunci komputer.
Dengan pergerakan lima jemari itulah terhasil beratus puisi dan cerpen karyanya. Ada yang sudah terbit dan ada yang menunggu giliran.
Melihat kegigihannya saya jadi malu pada diri sendiri...
Petang tadi selesai menjalani RT, saya sempat menziarah wanita ini, bonda Paridah Ishak !
Kegigihan dan semangatnya benar-benar memancung keadaan."
2. Catatan ustaz Ilhami Hisham dalam wall fb beliau yang ditag kepadaku. Terharu sungguh hatiku menerima penghargaan daripada sepasang suami isteri penulis ternama ini.
"Beliau insan hebat. Anugerah-Nya.
Itu tiga kalimat yang kusangkutkan di siling hatiku sendiri. Banyak ilmu, maklumat dan pengalaman dapat kukutip ketika menziarahinya tadi petang. Kami temui di kediaman beliau di Selayang Utama.
Kak Paridah Ishak menerima kedatangan kami yang tidak disangka-sangka itu dengan kuntuman senyum yang manis. Kemesraannya jelas ketika beramah-mesra. Meskipun tidak banyak perkataan yang mampu diungkapkan, namun kamiamat memahami isi hatinya.
Menurut anak perempuannya, seorang guru Sains, kemalangan melibatkan semua anggota keluarga mereka itu berlaku pada 1987.
"Ketika itu, saya berusia tujuh tahun," tukasnya.
Dalam hati, aku membayangkan bagaimana Kak Paridah membesarkan anak-anaknya dalam keadaan begitu.
Kini, beliau terus-menerus menulis. Meskipun dengan sebelah tangan cuma.
Namun karyanya amat hebat dan bernilai. Boleh dikatakan karyanya terdapat di dalam semua lapan buku projek BeTA sehingga ini.
Tidak banyak kesilapan ejaan, tanda baca dan ketata-bahasaan dalam nukilan beliau. Membuktikan beliau berkarya dengan penuh ketelitian.
Hasilnya, sajak beliau telah mendapat salah satu daripada tempat utama dalam Sayembara Menulis Sajak Hijrah Merdeka anjuran BeTA pada bulan Ogos lalu."
Kini seoranng suami telah kehilangan isteri kecintaan. Dan Penulis kehilangan bunga kemesraan yang baru berputik namun cuma berkembang sedikit.
Salam takziah kepada ustaz Ilhami yang ditinggalkan zaujati kesayangan juga anak-anak telah tiada rimbun kasih ummi menaung hidup . telah melangkah jauh menuruti takdir-Nya yang tersurat...moga roh Allahyarharmah Mazlinda dicucuri rahmat-Nya dan berada di kalangan para solehin di sisi Kekasih abadi sejati

BERTEMU SEBENTAR KENANGAN ABADI
UMMU ATTIFFI ILHAMI

Mazlinda namamu semanis raut wajah berseri
senyuman membasahi bibir terlorek ayu
menghulur salam pada sebuah pertemuan tanpa duga
hadir dengan kemesraan tulus dan ramah bicara mulus
terngiang-ngiang suara lunak bicara
walau sebentar cuma bersua
Khabar maya melakar ceritera keuzuranmu
hatiku sebu terharu
gugur air mata menderu
melihatmu terbujur lesu
kuiring doa dini malam sunyi
munajat mohon belas kasih-Nya
kemashylahatanmu kembali sediakala
Namun berat hatimu
melangkah pergi mendahului menemui Kekasih abadi
berbahagialah Ummu Atiffi Ilhami di sisi-Nya
Inalillah wainna ilaihirojiun
kepada-Nya kita kembali
pasti
alam baqa selamanya

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Indahnya punya sahabat yang baik, kerana sahabat yang baik itu umpama satu jiwa di dalam dua tubuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tksh dik doanya amiin ya persahabatan rezeki anugerahNya

      Delete
  2. semoga kak PI diberikan kesihatan yg optimum utk beribadah kpd Allah. Kak PI mmg kental dan sabar menghadapi segala rintangan dlm hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin tksh cikgu doanya..insyaAllah bernafas penuh syukur

      Delete
  3. Al-fatihah untuk arwah Puan Ummu Atiffi. Kak PI memang wanita tabah dan sabar menghadapi uian-Nya. Semoga mendapat balasan syurga di atas kesabaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin terharu sungguh doa sal untuk kak semoga sal n kita semua bergandingan ke syurgaNya insyaAllah

      Delete
  4. Sedihnya saya baca. Teringat arwah kakak saya yang pergi ke negeri abadi awal Februari lalu. Semoga arwah Puan Ummu Atiffi tenang di alam sana, tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  5. alfatihah buat puan ummu attiffi... mudah mudahan rohnya tenang dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman. insya allah giliran kita mungkin akan menyusul tak lama lg

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist