Saturday 18 March 2023

PULAU PANGKOR

 ASSALAMUALAIKUM



PULAU PANGKOR

 

Pertama kali aku ke Pulau Pangkor merentas lautan, menaiki bot penambang, mengikuti suamiku membeli pelbagai jenis ikan bilis dan lain-lain jenis ikan kering sebagai bahan dagangan yang diedarkan serata kedai runcit di wilayah Jengka. Kalau hendak membeli aneka sumber makanan laut dengan harga agak murah, di sinilah tempatnya. Membeli secara borong tentulah tidak sedikit jumlahnya. Penuh selori bertayar enam itu dimuatkan dengan keranjang  ikan masin dan juga lain-lain bahan jualan. Pemilik perniagaan pengumpulan aneka bahan sumber laut itu berbangsa Cina. Katanya pada suamiku, “Tiap minggu lu mari sini beli ikan, mesti maju lu punya niaga!”

“Insya-Allah.” Balas suamiku.

“Kalau gua masuk niaga sana. Lu mesti tak boleh niaga lagi. Mati woo!” aku dan suamiku tersengih saja mendengarnya.

 

di Pulau Pangkor -

pemborong ikan bilis

saingan dagang


8 comments:

  1. Depa boleh jual harga rendah..baguslah, depa jd penjual borong saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh nohas kisah dulu2 tu la ni xtau lagu mana dah

      Delete
  2. entah bilaa sy dpt pegi pulau pangkor nii

    ReplyDelete
  3. Mrs. A dah pernah pergi Pulau Pangkor lama dulu. Zaman snap gambar kena cuci heheheee.. tapi ntah! mana gambar-gambarnya. Cuma masih ingat dengan van pink di PP tu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist