ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA RAMADAN KESEMBILAN
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA RAMADAN KESEMBILAN
ASSALAMUALAIKUM
RAMADAN INDAH
Ramadan indah hadir berseri
sinar purnama menyerlah berkah
menghulur rahmat sehari-hari
menggalak umat giat ibadah.
Bersolat khusyuk sempurna wuduk
puasa wajib seraya ratib
bersujud syukur penuh tawaduk
berjiwa hamba sopan bertertib.
Amal ibadah ikhlas lakukan
Allah janjikan ganjar berganda
bermohon tulus demi ampunan
kasihnya Allah berserta reda.
Purnama Ramadan sinar cerlang
aura mulia gilang-gemilang.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
27/03/023
ASSALAMUALAIKUM
MENU
MUDAH
.
Siap
saja
atas
meja
abuk-
abuk
bubur
lambuk
.
Buah
kurma
wajib
sama
air
serbat
sisi
ubat
.
Dalam
talam
nasi
ulam
ikan
kering
goreng
garing
.
Menu
mudah
harga
rendah
santap
saja
gaya
raja
ASSALAMUALAIKUM
CITRA RAMADAN
.
Niat
tasdiq hati
sahur gara pantas
sebelum imsak berganti
subuh
.
Maghrib
masuk sudah
waktunya berbuka
puasa kala bergema
azan
.
Makan
serba sikit
menjana tenaga
solat segera mengadap
Allah
.
Gelut
pula atur
langkah bertarawih
di masjid ataupun surau
dekat
ASSALAMUALAIKUM
TARIKH
Hari
ini
susun
angka
dua tiga
kosong
tiga kosong dua
tiga
.
Bulan
tiga
pada
kalendar
Masihi
sedang
berakhir berganti
April
.
Lebih
uja
sambut
Ramadan
mulia
orak
senyum bawa mutiara
ganjar
.
Dakap
erat
enggan
lepas
dia pergi
tinggalkanku
tak kembali
lagi
ASSALAMUALAIKUM
SALAM RAMADAN MAAF ZAHIR BATIN
SELAMAT HARI PUISI SEDUNIA
BUAIAN PUISI
lena dibuai puisi
ayunan bayu lemah gemalai
.
antara dahan sastera
lisan bicara dulu kala
.
hikayat susun mantera
antara negara lantun erti
.
indah nilai bahasa
dunia dalam nuansa tersendiri
.
syair ritma berlagu
senikata mengiringi senandung sunyi
.
patah kata coret
sajak mangkin asa perjuangan
.
genre puisi berbilang
pilihan santun erat suasana
.
sebati emosi kendiri
membelai cinta mengusir benci
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah PI terima kiriman naskhah puisi kiriman seorang . Penulis tanah air yang amat kakpidah kagumi karya
puisinya nan sarat satira bersahaja. Terimakasih banyak sudi selalu
hadiahkan PI terbitan karya terbaru.
Naskhah ADIWIRA NEGARA 69
muka surat hasil
karya penulis mapan prolifik, sasterawan Ladin Nuawi ini menghimpun 46 puisi
tradisi Melayu dan genre puisi moden pelbagai tema bersesuaian. Tema pilihan
penulis naskhah ini seperti keagamaan, patriotism, pendidikan dan kasih sayang
dinukilkan dengan sempurna menurut kehendak disiplin puisi tradisi yang tidak
mengikat jumlah suku kata hanya sepuluh namun rima hujungnya sama Teguh,
Muafakat dan Pukon sebagai tajuk utama yang menyenaraikan puisi berkenaan..’Pukon’
apa maksudnya ya? Hendak mengetahuinya perlulah membaca naskhah comel ini.
Penulis mengolah diksi
frasa aksara sangat berhati-hati pilihannya agar hasilnya karya ternyata indah
dibaca disamping menyerap pelbagai unsur positif menyegarkan jiwa raga, menuatkan
semangat kecintaan pada negara.
Sekadar sedikit petikan
beberapa rangkap puisi yang terdapat di
halaman 27naskhah ini;
MAHKOTA BUANA
Mahkota Buana mahkota
Melayu
amanah Allah rukun bersatu
Mahkota Buana Tanah Melayu
bangsa Melayu bahasa Melayu
Mahkota Buana mahkota
daulat
raja dan rakyat hidup
muafakat
Raja berdaulat rakyat
selamat
hidup berkat penuh rahmat
Bersambung….
Tahniah sasterawan Ladin
Nuawi semoga sentiasa aktif dan sukses menerbitkan karya sastera terbaru untuk
tatapan khalayak.
Sekiranya ingin mendapatkan
buku ini dll karya yang diterbitkan sila hubungi beliau @facebook
.
ASSALAMUALAIKUM
PULAU PANGKOR
Pertama kali aku ke Pulau
Pangkor merentas lautan, menaiki bot penambang, mengikuti suamiku membeli
pelbagai jenis ikan bilis dan lain-lain jenis ikan kering sebagai bahan
dagangan yang diedarkan serata kedai runcit di wilayah Jengka. Kalau hendak
membeli aneka sumber makanan laut dengan harga agak murah, di sinilah
tempatnya. Membeli secara borong tentulah tidak sedikit jumlahnya. Penuh selori
bertayar enam itu dimuatkan dengan keranjang ikan masin dan juga lain-lain bahan jualan. Pemilik
perniagaan pengumpulan aneka bahan sumber laut itu berbangsa Cina. Katanya pada
suamiku, “Tiap minggu lu mari sini beli ikan, mesti maju lu punya niaga!”
“Insya-Allah.” Balas suamiku.
“Kalau gua masuk niaga
sana. Lu mesti tak boleh niaga lagi. Mati woo!” aku dan suamiku tersengih saja
mendengarnya.
di Pulau Pangkor -
pemborong ikan bilis
saingan dagang
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah TUNAS MUDA puisi sajak karya PI diplih memenangi tempat ketiga dalam sayembara Simfoni Puasi Februari anjuran grup Akademi Sanggar Nurimas @facebook. Terima kasih juri ASN sudi memilih karya PI yang seadanya antara pemenang. Tahniah semua peserta dan pemenang.
ASSALAMUALAIKUM
TAPAI PULUT
Kadangkala untuk sarapan
pagi Tuk akan sediakan tapai pulut. Bukan sedikit tapai pulut yang dibungkus
dengan daun pisang itu jumlahnya. Penuh sebakul besar. Bakul besar biasanya
dianyam daripada daun mengkuang dan digunakan untuk mengangkut padi atau
mengisi beras.
Proses menyediakan tapai
cara dahulu agak rumit sedikit. Langkah
pertama perlu menumbuk padi pulut sehingga menjadi beras. Setelah itu dikukus. Setelah
masak dibiarkan sejuk seketika. Diratakan dalam talam dan ditabur dengan ragi
yang dihaluskan dengan lesung batu. Ayak sehingga semua pulut terkena ragi. Lalu
dibungkus berbentuk kun seperti nasi lemak.
Tuk akan mengisinya ke
dalam bakul besar dan di simpan di bawah katil selama dua hari. Setelah pasti
tapai telah masak barulah dikeluarkan untuk hidangan keluarga. Tapai enak di
makan bersama kelapa kukur sambil menghirup secawan kopi panas.
sarapan pagi –
sebakul tapai pulut
berselang hari
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
MANJA WANITA
Tersurat takdir ada pasangan
pilihan hati semoga pasti
sepenuh kasih atas junjungan
setia cinta sehingga mati
.
Sering bersama saling membantu
kala berpisah terlalu resah
rusuh bagaikan galak menghantu
doa bertemu usai gelisah
.
sikap mandiri ternyata hilang
bergantung daya pada suami
malam berlalu siang menjelang
berdetik saat berganti semi
.
Yakin berpaut kuasa Allah
bermanja-manja tiada salah
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
Alahai tiba-tiba along @AKADEMI SANGGAR NURIMAS pilih PI menjadi sifu grup penulisan ASN..isyh mampukah agaknya huhu...tapi sifu TA sudah izinkan PI berkongsi ilmu puisi yang dipelajari daripada sifu TA selama bertahun-tahun...terima kasih banyak sifu budinya... agaknya bolehlah kut heh heh...terima kasih along NURIMAS apresiasi n penghargaannya.
ASSALAMUALAIKUM
TASIK KENYIR
tasik buatan terbesar
Asia Tenggara
empangan air
.
menjana kuasa hidro-eletrik
jutaan pengguna
hantaran pencawang
.
projek agensi Kemajuan
Terengganu Tengah
ekonomi berkembang
.
tenggelam kampung
halaman hutan rimba
abadi kenangan
.
muncul ratusan pulau kecil
indah
air menghijau
.
daerah Kuala Berang
tumpuan pelancong
wisata alam
.
wajah asalnya telah
jauh berubah
aturan masa
.
jagung manis produk
petani mandiri
lestari jua
PI
Desa Melor Serendah
3/7/023