Wednesday 4 January 2023

HARIMAU TERLUKA

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


HARIMAU TERLUKA

.

Segera bangun cari penawar

merawat diri mangkin semangat

bangkit melangkah berandang suar

.

Namun bertindak beringat-ingat

agar tidaklah jatuh kembali

tabah berjuang basah keringat

.

Berputus asa tidak sekali

selagi hayat dikandung badan

cabaran rintang berkali-kali

.

Harimau nan nama sepadan

gagah berani tewaskan musuh

tangkas teliti terbang bak undan

.

Leburkan rasa lelah merusuh

meraih jaya bukanlah mudah

biar bertaji beserta susuh


Garang harimau aura citra

walau terluka waspada gara


5 comments:

  1. ni puisi untuk pasukan harimau malaya ek kak

    ReplyDelete
  2. tapi Harimau Malaya tak boleh terluka dgn Gajah Putih๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
  3. semoga harimau malaya dapat membaham gajah putih malam esok. terima kasih kerana menyediakan puisi khas utk HM....

    ReplyDelete
  4. Semoga Harimau Malaya terus bangkit

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist