Thursday, 19 January 2023

ADAT HIDUP

 ASSALAMUALAIKUM



ADAT HIDUP
.
Puja puji
cela keji
culang-caling
jatuh guling
.
Depan muka
senyum suka
toleh paling
mata jeling
.
Kata ikhlas
tutur alas
dalam hati
gersang mati
.
Bukan pelik
adat jelik
dua wajah
niat jajah
All react

4 comments:

  1. pelbagai ragam manusia mewarnai kehidupan kita kan kak, tapi paling utama kita cari redha Allah swt..

    ReplyDelete
  2. manusia ni ada mcm2 ragam... yg membezakan adalah akal fikiran

    ReplyDelete
  3. dalamnya maksud sajak kak PI. mesti ada yg terasa nanti..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, satu opis satu kelas satu rumah, tak kira baru kenal ke saudara-mara, ragam pelbagai ha..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist