Saturday 3 December 2022

SELAMAT HARI OKU SEDUNIA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT HARI OKU SEDUNIA

 





🌺🌺🌺 

S-empena tiga Disember hari ini

E-ndah akan sambutan meraikannya

L-angkauan jauh globlisasi

A-tma prihatin empati warga

M-eneruskan hidup tabah reda

A-mbisi cuba juga digapai

T-akdir penentu jadi segala

 

H-arapan gantung setinggi langit

A-ntara gemawan cerah mendung

R-ahsia sembunyi sebalik renungan

I-khtiar  tak berkesudahan

 

O-rang kurang upaya itu

K-asad sederhana seadanya

U-ntuk saling melengkapi wujud

 

S-ekadar bernafas sementara ada

E-rang sakit tersimpan rusuh

D-alam dasar kalbu jauh

U-sia bertambah semata izin-Nya

N-ian menghampiri noktah

I-mpian berhujung semalaman

A-llah menghendaki maka terjadi


4 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan Kak PI..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari OKU kak PI. Antara golongan yang saya respek sebab tabah meneruskan kehidupan. orang cukup sifat pun ada yang malas. buat malu je

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist