Thursday 29 December 2022

PANTUN HUJUNG TAHUN

 Assalamualaikum

Sebelum tirai 2022 berlabuh kakpidah senaraikan pantun kakpidah dikeudarakan @radioklasik dibacakan Puan DJ Amelin Idrus yg jelita…terima kasih banyak kesudiannya…Alhamdulillah.
Pantun @radioklasik





PANTUN D'KLASIK
Radio Klasik RTM
Isnin 29 Dis 2022.
Pantun dibacakan

Terbanglah merbah saing tekukur,
intai di sisi burung belibis;
rezeki bertambah tanda bersyukur,
andai berkongsi tak akan habis.
PANTUN D'KLASIK
Radio Klasik RTM
Isnin 12 Dis 2022.
Pantun dibacakan
Pohon mempelam di dalam taman,
bersarang lebah memandang cemas;
disambut salam dengan senyuman,
mesra muhibah terjalin kemas.
PANTUN D'KLASIK
Radio Klasik RTM
Isnin 21 Nov 2022.
Pantun dibacakan
Jari seruas telah inaikan,
selesai ukur perhati cermat;
rezeki luas Allah limpahkan,
reda bersyukur beroleh nikmat.
PANTUN D'KLASIK
Radio Klasik RTM
Isnin 19 Sept 2022.
Pantun dibacakan
Menyinggang nyonya ikanlah lauh,
lamun selalu mengikat geti;
berenggang hanya berpisah jauh,
namun terlalu dekat di hati
PANTUN D'KLASIK
Radio Klasik RTM
Isnin 29 Sept 2022.
Pantun dibacakan
Serumpun telang semi berselang,
dijunjung para ditabur baja;
kibar bendera Jalur Gemilang,
warganegara semangat waja.

3 comments:

  1. wahhh banyak tu kak! tahniah!

    btw, kat mana akk submit pantun2 ni utk dibaca?

    ReplyDelete
  2. semua rangkap pantun kak PI meninggalkan kesan yg mendalam di hati pembaca2nya...

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru 2023 kak PI! semoga sihat selalu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist