ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI OKU SEDUNIA
S-empena tiga Disember hari ini
E-ndah akan sambutan meraikannya
L-angkauan jauh globlisasi
A-tma prihatin empati warga
M-eneruskan hidup tabah reda
A-mbisi cuba juga digapai
T-akdir penentu jadi segala
H-arapan gantung setinggi langit
A-ntara gemawan cerah mendung
R-ahsia sembunyi sebalik renungan
I-khtiar tak berkesudahan
O-rang kurang upaya itu
K-asad sederhana seadanya
U-ntuk saling melengkapi wujud
S-ekadar bernafas sementara ada
E-rang sakit tersimpan rusuh
D-alam dasar kalbu jauh
U-sia bertambah semata izin-Nya
N-ian menghampiri noktah
I-mpian berhujung semalaman
A-llah menghendaki maka terjadi
semoga dipermudahkan urusan Kak PI..
ReplyDeleteSelamat hari OKU puan..
ReplyDeleteSelamat Hari OKU kak PI. Antara golongan yang saya respek sebab tabah meneruskan kehidupan. orang cukup sifat pun ada yang malas. buat malu je
ReplyDeleteSelamat hari oku untuk pi
ReplyDelete