ASSALAMUALAIKUM
TANAM SEMULA
SAWIT
Projek tanam
semula sawit fasa kedua akan dimulakan tidak lama lagi kata jiranku, Kak Idah.
Aku termenung mendengarnya. Terkenang tika tanaman sawit fasa pertama dahulu
akan kesusahan kehidupan yang ditempuhi kerana kawan-kawan se blok membuat
keputusan tidak mahu terima wang sara hidup bulanan diberi felda sehingga sawit
mengeluarkan hasil kerana tidak mahu lagi berhutang dengan felda. Masing-masing
berusaha mencari rezeki melakukan pelbagai pekerjaan dengan bersemangat sekali kerana
kebanyakannya masih muda dan bertenaga.
Bagaimana dengan
diriku? Aku kan sakit dan tidak berdaya. Bagaimana aku hendak menyara kehidupan
dan menyekolahkan anak-anakku? Terpaksalah hidup seadanya berjimat cermat. Perbelanjaan
sara hidup bergantung sepenuhnya pada simpanan yang dikorek setiap bulan di
bank. Sering memikirkan cukupkah duit sedikit untuk melunaskan segala keperluan
penting sehingga sawit yang baru ditanam mengeluarkan hasil? Duit simpanan
dilabur dalam saham ASN. Kononnya mengharapkan dividennya setiap tahun menampung
perbelanjaanku dan anak-anak.
Sekali ekonomi
gawat pula, gara-gara George Soros memanipulasi mata wang Asia 1997. Harga saham
ASN yang dibeli pada harga 1.60 RM seunit merudum pada 1.00RM kemudian turun
lagi sehingga 50 sen seunit. Huh aku terjelepok. Aku sebenarnya suka membeli ASN
pada akhir tahun sebelum akaun jual beli ditutup kerana dividennya akan
dimasukkan pada awal tahun berikutnya. Sekiranya kulihat ada pertambahan nilai
melebehi harga beli akan kupindahkan pula ke ASB.
Tapi nasib baik
tidak menyebelahiku kali ini. Hendak dijual terlalu merugikan. Terpendamlah duitku
di situ. Dari 1997 hingga 2020 sebelum terpaksa juga dijual kerana menjelaskan
suatu urusan kewangan .
Tanaman sawit
fasa kedua belum kutandatangani penyerahan projek pada felda. Tapi seorang
jiranku bertekad menanamnya sendiri. Benih sawit dibeli dari PPPTR untuk
mempastikan kesuburan dan hasilnya kelak berbaloi. Setiap hari dia akan ke lot
kebunnya menanam sawit secara beransur-ansur seluas 3.5 hektar. Walau usianya
sudah 70-an namun daya usahanya seperti masih 40-an.
Kerajinan dan
semangat generasi lama mengagumkan. Amat
sayangkan tanah seperti nyawa sendiri. Di hadapan rumah jiranku itu Jalur Gemilang
sedang berkibaran meraikan jelang 31 Ogos Hari Kemerdekaan.
Masyarakat FELDA sudah semakin senang sekarang, terutama apabila harga sawit mencanak baru2 ini
ReplyDeletetksh wp Alhamdulillah kalau beringat insyaAllah
Deleteharga kelansungan hidup semakin tinggi sekarang..sedih
ReplyDeletetksh AD xboleh nak kata apa dah tinggi yakmat belanjanya
Delete