Sunday, 27 February 2022

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

 ASSALAMUALAIKUM



KOMENTAR PERIBAHASA






Tabir Alam

**PEGAR **
Kredit gambar: ebird(dot)org.
Ayam pegar atau nama saintifiknya Lophura ignita rufa ditemui oleh Raffles pada tahun 1822. Dikenali juga jenis burung kuau atau kuang, dan didapati hidup dalam hutan, sering menjadi haiwan peliharaan. Haiwan bersifat omnivor, memakan bijiran, pucuk daun, siput serta cacing.
Haiwan ini terdapat di negara Indonesia, Malaysia, Myanmar, serta Thailand dan semakin pupus di Asia Tenggara, tetapi tidak terdapat di India.
Didakwa tersirat dalam peribahasa Melayu, "Harapkan pegar, pegar makan padi" daripada versi asalnya "Harapkan pagar, pagar makan padi", dan polemik perdebatan isu tersebut hangat diperbincangkan dan kajian masih diteruskan.
Polemik ini dicetuskan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy pada 18 Disember 2011, dengan dakwaan perubahan berlaku semasa proses penyalinan dari tulisan Jawi ke tulisan Rumi. Tiada dapatan bukti pengsahan yang diberikan.
Jawapan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Mei 2018 memutuskan: "Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi," kerana peribahasa tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu".
Dr. Haji Awang Sariyan (DBP) mengemukakan dapatan kajian pada 19 Februari 2019 bahawa ejaan Jawi dalam buku lama ialah *pa-alif-ga-ra menepis dakwaan awal "pegar makan padi".

6 comments:

  1. ooo...patutlah ejaannya masih pagar

    ReplyDelete
  2. Saya masih berpegang pada PAGAR walaupun saya pernah terpengaruh dengan PEGAR, akhirnya saya kembali kepada PAGAR kerana ia lebih relevan berbanding PEGAR.

    ReplyDelete
  3. dari dulu kita biasa dgn 'pagar'..pegar pun ok jg..

    ReplyDelete
  4. tapi kadang konpius jugak bila orang kata bukan pagar tapi pegar... sebab pagar dan pegar kan dua benda yang berlainan

    ReplyDelete
  5. buku di zaman dahulu disalin secara manual, sebab tu kan banyak ejaan yang meragukan. tapi yang penting, maksud peribahasa tu sampai

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist