Wednesday 9 February 2022

INSPIRASI PUAN SRI DIAH

 ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah PI terima INSPIRASI SRI DIAH dan JURNAL PENULISAN 2022, hadiah kiriman penulis mapan, sasterawanis prolific Puan Sri Diah Shaharudin juga selaku penerbit buku Writer Writes. Terkedu. Terharu sungguh kakpidah. Cempedak menjadi nangka memanglah tak sangka kan!
INSPIRASI PUAN SRI DIAH merupakan perkongsian Penulis bagaimana merancang penulisan bermutu dan terbaik. Tiada alasan untuk tidak melahirkan idea penulisan tiap ketika, kelak akan menjadi khazanah warisan diri.. Dan JURNAL PENULISAN 022 ialah buku perancangan pengkaryaan yang membantu penulis mengatur program penulisan disamping mengikuti kuliah penulisan anjuran Writer Writes. Terima kasih banyak Puan Sri Diah sudi hadiahkan PI buku sarat ilmu bermanfaat ini . Subhanalllah. Baik budi dan kesudian Puan Sri Diah disanjung tinggi sangat dihargai. Didoakan Puan Sri Diah sekeluarga afiat sejahtera, murah rezeki, sukses selalu dalam lindungan Allah dan terus aktif berkarya tiasa..amiin.
Sekiranya ingin miliki buku ini sebagai khazanah sastera peribadi jangan segan hubungi Puan Sri Diah@facebook ya.





8 comments:

  1. penulis yang terkenal, saya suka baca karya beliau juga

    ReplyDelete
  2. Puan Sri Diah, dari dulu sehingga kini saya sentiasa ikuti perkembangannya. Kagum!

    ReplyDelete
  3. Seorang penulis yang dikagumi ramai.

    ReplyDelete
  4. Pernah berjumpa kak Sri diah lastterbaru tahun lepas. Sebelum ni pernah satu company dgn dia. Mmg seorg yg lemah lembut Dan tinggi ilmunyA

    ReplyDelete
  5. Dari saya kecil lagi Puan Sri Diah dah berkarya. Memang lama beliau bertahan dalam industri

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist