Sunday, 19 December 2021

PERIBAHASA KALAU PITIS SEKUPANG GENAP

ASSALAMUALAIKUM 

💁

PERIBAHASA

Langkah ke sana tanda arahnya,
sanga dibimbit pisang ditebang,
teluki rontok tanamkan telang,
geri terlindung elakkan licin;
apakah kena pada tempatnya,
telinga rabit dipasang subang,
kaki untuk dipakaikan gelang,
jari kudung dimasukkan cincin?
.
Sudahlah rata padi diketam,
senak menaruh alan menirus,
berlari-lari di balan lereng;
janganlah kita menjadi ketam,
anak disuruh berjalan lurus,
diri sendiri jalan mengereng.
.
Belah keladi layam di lombong,
pokok seroja dilerai-lerai,
rapi menekur gamang di dahi;
janganlah jadi si ayam tombong,
kokok sahaja berderai-derai,
tetapi ekor gelumang tahi.
Galau merintis ketapang ranap,
resah sekali lincah menggawang,
tersantau diri jundai melekap;
kalau pitis sekupang genap,
usah nak beli kancah berkerawang,
atau nuri yang pandai bercakap.

9 comments:

  1. Terasa bahagian ni janganlah kita menjadi ketam,
    anak disuruh berjalan lurus,
    diri sendiri jalan mengereng. Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
  2. suka baca... tapi banyak kosa kata yang saya jarang dengar

    ReplyDelete
  3. Banyak yang saya tak faham... Serius

    ReplyDelete
  4. wahh..peribahasa dipantunkan..8-6 kerat..terbaik kak..
    ads perkataan baru pertama kali dengar...

    ReplyDelete
  5. seronok baca kak, sambil google apa maksud perkataan yang dana tak pernah baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dana sampai terpaksa google ya kak yg menulis pun rujuk PRPM selalu

      Delete
  6. banyak juga perkataan yang saya tak pernah dengar. pitis ini adakah 'pitih' atau duit seperti dialek orang Kelantan?

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist