ASSALAMUALAIKUM
MENULIS PUISI TERAPI MINDA
Pelbagai genre puisi sama
ada moden atau tradisi boleh dinukil untuk menyegarkan minda yang layu.
Menggubahnya agar kelihatan indah puitis tentulah terpaksa berfikir sedikit dan
merujuk pelbagai sumber juga. Ketepatan fakta amat perlu. Terutama kalau
menukil puisi tradisi seperti pantun, syair, nazam, seloka, gurindam, talibun,
teromba, rejang dll yang menuntut
kepatuhan tatabahasa, jumlah suku kata dan rima tertentu. Tidak seperti puisi
moden iaitu sajak yang lebih bebas peraturannya. Sajak sebagai wahana luahan
rasa hati yang tidak terikat dengan disiplin ketat seperti puisi tardisi haiku,
tanka, senryu dari Jepun dan diamante, limerick, soneta, vilanell, terza rima
dari Italy. Tapi puisi moden, sonian dan saduka penciptanya menentukan suku
kata.
Sifu Tabir Alam juga
disamping mengenalkan berbilang puisi dalam bukunya PUISI & PEMUISI turut
membimbing penulis di bawah naungan SPTA genre puisi tradisi tempatan dan luar
negara dan menerbitkannya sebagai antologi menurut kesuaian tajuk.
Bagi yang telah menyambut
ilmu daripada sifu TA tentu dengan mudah dapat menukil puisi berbeza. Kalau
ilhamnya melimpah ruah boleh bercerita dalam syair yang panjang. Namun puisi
pendek haiku walau 3 larik dengan jumlah suku kata 5, 7, 5 hendak membinanya
memakan masa juga.
Masa terbuang pula rasanya.
Lebih baiklah digunakan masanya untuk menukil pantun rima sempurna. Begitulah
caraku akan menulis puisi berbeza menurut mood,ilham dan masa. Selalunya kalau
aku rasa stress terkilan, limerick akan kutulis. Sajak jadi pilihanku sekiranya
sesuatu perkara berlaku menyentuh hatiku.
Terima kasih sifu TA sudi
menurunkan ilmu puisi kepadaku pelbagai genre. Dapatlah aku berayun selalu
dalam buaian puisi menghibur sunyi. Alhamdulillah
Bagus menulis puisi. Melatih minda menyusun kata-kata. Sejenis senaman otak, moga dapat elak dari jadi pelupa
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteSelamat berpuisi kak.
suka baca tulisan puitis yang ada lenggok dan sedap di baca, puisi ni nampak macam mudah nak ditulis tapi kadang tak kene dengan penggunaan perkataan dan ayat tak jadi sedap jugak.
ReplyDeletePuisi itu ada tersirat nasihat melalui kiasan kata indah..bertuah bijak bersajak
ReplyDelete