ASSALAMUALAIKUM
PENTAS BUDAYA
Menonton filem Man Laksa
arahan pengarah tersohor allahyarham Mamat Khalid terimbau suasana ketika itu
pernah kulalui dulu.. Di mana-mana saja pada malam hari tertentu akan ada
pementasan budaya untuk menghiburkan pemastautin di situ. Di kampungku kalau
pentas budaya dibawa PEMENTASAN BERGERAK FELDA, pertunjukannya secara percuma
saja. Kalau berkesempatan aku akan menontonnya. Terhibur hati dapat menyaksikan
artis lama menyanyi, menari dan berlakon cerita bangsawan dengan prop menarik.
Setelah berpuluh tahun berlalu, baru kuketahui rupanya pengurus PEMENTASAN
BERGERAK FELDA yang sering jelajah cerok kampung felda seluruh Malaysia itu
ialah sahabat penulis SPTA Issey Miyaki. Hebat sungguh kan insan ini. Amat
berbangga dapat mengenalinya pada sisa usia senja ini.
Tapi kalau pentas budaya
anjuran badan sosial tanah rancangan dengan tujuan mengutip derma, tiket masuk
dikenakan bayaran. Aku pernah terlibat dalam pengurusan membantu serba sedikit.
Maklum aku kan setausaha persatuan belia kampungku. Penolong pengurus felda UJ
mengajak aku dan sahabatku Fazila ke pejabat LKWJ untuk menyampaikan kad
jemputan menyaksikan pementasan tersebut.
Artis terkenal 70-an turut
diundang. Antaranya Hail Amir dan Ahmadi Hassan dan ramai lagi dramatis yang
terlibat dalam siri drama FAJAR DI BUMI PERMATA yang sangat digemari siarannya
di radio nasional RTM.tika itu.
Land rover felda yang
dipandu abang Atan sedang mendaki aspal menghala pejabat LKWJ tiba-tiba
pintunya di sisiku terbuka. Astaghfirullah. Aku jatuh tergolek-golek di atas jalan.
Dahi luka tersagat aspal. Mujur tidak terlalu parah. Kebetulan pula sangat
dekat klinik kesihatan Bandar Jengka. Encik Halim menguruskan untuk mendapatkan
rawatan lukaku. Fazila menemaniku. Aduh sakitnya dahi dijahit.
Misi ke pejabat LKWJ
dibatalkan. Patah balik semula ke rumah. Sebab aku ditugaskan sebagai penjual
tiket terpaksa juga aku hadir pada malam pementasan tersebut dengan memakai
selendang menutupi bahagian muka yang luka. Kelihatan Islamik puji seorang
sahabat. Cerita sebenar mereka tak tahu heh..heh..
Jaman dulu2, memang tertunggu2 drama Fajar Di Bumi Permata kat radio walau pun wak bukan anak Felda
ReplyDeleteAllah kak PI, kenangan yang menyakitkan tu hehe
ReplyDeletezaman kanak dulu2 penuh kenangan.. kata org fempat jatuh land-rover lagi dikenang
ReplyDeleteaduhai kak, mujur lah tak teruk ya lukanya...
ReplyDeletepengalaman pahit zaman muda2 dulu...syukurlah cedera ringan aje..
ReplyDeleteSetiap org mempunyai kisah masing2
ReplyDeletecctv in malaysia
cctv installation
piramid makanan
doa selepas solat
kata-kata hikmah
Hidup ini ada kenangan indah..sentiasa bahagia dengan ingat kenangan lalu
ReplyDeletekenangan indah walaupun ada pahitnya. saya pun suka menonton filem Man Laksa
ReplyDelete