ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah Sabtu lalu
rentas negeri Selangor dan NS menuju
Melaka Bandar bersejarah bersama anak menantu dan cucu-cucu. Berkereta lama
juga.memang menahan sakit pinggang. Maklum PI kan sakit. Tapi pantang anak cucu
pelawa jenjalan, nak mengekor je heh..heh..
Sempatlah ronda-ronda Bandar
Melaka BERSEJARAH berkelah di pantai Puteri,melihat mentari terbenam. Singgah bersolat
di masjid Tankera, sebelum berkurung dalam hotel SRI MALAYSIA sehingga malam
menjelang pagi. Sepagi-pagi hingga waktu check out di dalam hotel saja
berenang-renang di kolam.PI perhati dari jauh saja. Cucu-cucu bukan main
seronok lagi lagaknya macam itik jumpa air.
Ketika pulang anak-anak
lelaki yang memandu mengikuti jalan lama pesisir laut sehingga PD. Rupanya luas
juga negeri Melaka. Selalu tu lalu highway sekejap saja dah sampai Melaka. Mengikuti
jalan tepi pantai terasa jauhnya. Namun dapat perhati kedamaian alam sepanjang perjalanan.
Aman harmoni indah semulajadi. Rumah penduduknyapun jauh-jauh satu.
Berhenti di pantai PD makan
bekkal MACD heh..heh..sampai di Serendah sebaik masuk maghrib…Alhamdulillah
selamat
bestnya Kak PI jalan2 makan angin bersama anak cucu..budak2 dpt mandi di swimming pool mmg seronok..hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok tu rentas Melaka sambil menyusuri pandati Port Dickson akhirnya melalui Selangor. Lalu jalan dalam lagi seronok walaupun jauh tapi pemandangan kampung memang osem
ReplyDeletealhamdulillah, mencipta kenangan
ReplyDeletewah...bestnya jalan-jalan kak.
ReplyDeleteMoga kak PI terus sihat dan gembira selalu
Bestnya bercanda di persisiran pantai 😆✨
ReplyDeletealhamdulillah sempat merasa keindahan alam..da lama tak pergi melaka ni
ReplyDeletewah...dah ke Melaka dah ya
ReplyDeleteseronok tu kak... jenjalan dengan anak dan cucu, tengok kerenah mereka penat pun hilang
ReplyDeletewaalaikumussalam. tengok gambar ni terasa rindu nya kat melaka ^_^
ReplyDeleteseronoknya kak PI dapat bercuti bersama anak cucu. saya pun tak tau jalan lama ke Melaka. Selalu ikut highway sahaja.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat makan angin bersama keluarga
ReplyDeletejenjalan..bermakna jalan jalan bersiaran..
ReplyDelete