Wednesday 12 May 2021

SALAM LEBARAN

 ASSALAMUALAIKUM


 

 


SALAM LEBARAN

 

Syawal menjelma saat dinanti

hilang Ramadan ditelan awan

rahmah dibawa berganda pasti

.

Dipohon maaf kawan dan lawan

ibu dan bapa sudah semesti

para blogger juga karyawan

.

Jauh sembunyi di sudut hati

memujuk akan rasa terkilan

reda bersyukur bertukar ganti

 

Sebab corona sepanjang jalan

mudah berjangkit tidak waspada

di rumah saja berbulan-bulan

.

Usahlah hendak mengada-ngada

asyik bertanya berperi-peri

sambut lebaran berpada-pada

.

Ceria wajah di Aidlifitri

manis tersenyum riangkan diri


7 comments:

  1. lebaran disambut sederhana..hari raya tetap dirai..

    ReplyDelete
  2. Ramadan tetap bermakna walaupun terpaksa melalui norma baharu. Demi memastikan kesejahteraan ummah, kita perlu sedikit berkorban untuk masa depan yang lebih baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut 01 syawal dalam SOP
    Maaf zahir dan batin PI

    ReplyDelete
  4. Cepatnya masa berlalu.. Setahun lepas setahun, sekelip mata sahaja datang lagi Ramadhan. Sekelip mata lagi dah raya. Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  6. kak PI sekeluarga beraya di serendah ke?

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist