ASSALAMUALAIKUM
SALAM
LEBARAN
Syawal menjelma saat dinanti
hilang Ramadan ditelan awan
rahmah dibawa berganda pasti
.
Dipohon maaf kawan dan lawan
ibu dan bapa sudah semesti
para blogger juga karyawan
.
Jauh sembunyi di sudut hati
memujuk akan rasa terkilan
reda bersyukur bertukar
ganti
Sebab corona sepanjang jalan
mudah berjangkit tidak
waspada
di rumah saja berbulan-bulan
.
Usahlah hendak mengada-ngada
asyik bertanya berperi-peri
sambut lebaran berpada-pada
.
Ceria wajah di Aidlifitri
manis tersenyum riangkan
diri
lebaran disambut sederhana..hari raya tetap dirai..
ReplyDeleteRamadan tetap bermakna walaupun terpaksa melalui norma baharu. Demi memastikan kesejahteraan ummah, kita perlu sedikit berkorban untuk masa depan yang lebih baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara
ReplyDeleteSelamat menyambut 01 syawal dalam SOP
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin PI
Cepatnya masa berlalu.. Setahun lepas setahun, sekelip mata sahaja datang lagi Ramadhan. Sekelip mata lagi dah raya. Selamat hari raya :)
ReplyDeleteselamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin...
ReplyDeleteSelamat hari raya kak
ReplyDeletekak PI sekeluarga beraya di serendah ke?
ReplyDelete