Friday, 29 May 2020

PATUH SOP

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

SELAMAT SAMBUNG PUASA ENAM UNTUK LENGKAPKAN PAHALA PUASA SELAMA SETAHUN INSYAA ALLAH



Pantun D’Klasik



Kebaya sulam lama ditiru,
berapun canggih tersentuh api;
beraya dalam norma baharu,
walaupun sedih patuh SOP.

Hendak  menanam huma dikawal,
bawa segemal padi dan maman;
puasa enam dibulan syawal,
tingkatkan amal teguhkan iman.


Dalam reban berbunyi itik,
keluar pagi berenang di kolam;
hari lebaran berhias cantik,
bergaya ranggi siang dan malam.

Faham takrifan senyuman dara,
sisip di rambut bunga melati
maaf-maafan ditutur mesra,
salam disambut lekat di hati.

Busana jingga DJ Amelin,
wajah berseri suara merdu;
kasih nan mesra erat terjalin,
di Aidilfitri menanggung rindu.

Pohon cemara di pinggir paya,
Rimbun  gaharu lempai sebelah;
rasa  gembira menyambut raya,
norma baharu bukan masalah.


5 comments:

  1. pantun akak tak pernah tak best tau.... selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  2. hari raya hari mulia
    wajib bergembira tanda kemenangan
    walau sambutan tak macam dulu kala
    patuhi SOP tanda sokongan

    ReplyDelete
  3. Indah sungguh lagu berirama
    Tenang fikiran tenang jiwa
    Mahu tidak mahu belajarlah menerima
    Norma baharu untuk kebaikkan bersama

    ReplyDelete
  4. Saki baki kuih raya ada lg ke PI?

    ReplyDelete
  5. hehe tak reti pula nak balas pantunnya. yang pasti memang berbakat.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist