Friday 17 April 2020

TAFSIR SAMBUNGAN SURAH 21: AL ANBIYA' (PARA RASUL) Ayat: 41 - 44

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 21: AL ANBIYA' (PARA RASUL) Ayat: 41 - 44.
"Ayat 41: TASLIAH. Iaitu pujukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw supaya baginda tidak sedih." Aku menyambung tafsir sambil menunjuk nota di papan putih yang kedua.
"Kalau orang ejek-ejek kita, kita sedih tak? Kalau saudara mara mempersendakan kita, kita sedih tak?" Aku melontar tanya.
"Sedih...!" Jawab mereka serentak.
"Begitulah juga Rasulullah sedih. Dan Allah pujuk baginda. Firman Allah SWT;"
"Semua rasul dahulupun diejek-ejek. Rasul-rasul dahulu dipersendakan oleh orang-orang yang ingkar. Allah akan timpakan azab."
"Ayat 42: Allah SWT suruh Nabi Muhammad saw tanya mereka; Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan Yang Maha pemurah?"
"Tetapi golongan yang ingkar dan degil ini tidak memikirkan demikian. Malahan mereka tetap berpaling ingkar. Tidak mahu mengambil pengajaran daripada Tuhan mereka."
Aku juga menjelaskan contoh Allah SWT turunkan azab. Allah telah timpakan azab kepada golongan ingkar dalam perang Badar. Tentera Musyrikin Mekah kalah teruk. Ramai pemimpin-pemimpin mereka mati dan harta mereka dirampas. Orang-orang Islam mendapat harta rampasan perang dan orang-orang tawanan.
"Ayat 43: Allah SWT suruh Rasulullah saw bertanya lagi; Apakah mereka ada illah-illah lain yang boleh melindungi mereka daripada azab Allah SWT?"
"Illah-illah (patung- patung sembahan) itu pasti tak dapat tolong. Sembahan -sembahan mereka tidak berkuasa menolong diri sendiri. Dan KAMI tidak membantu sembahan- sembahan itu."
"Kalau lalat hinggap atas kepala patung. Boleh tak patung tu halau lalat?" Aku menyoal.
"Tak boleh..." Mereka menjawab.
"Ayat 44: Allah SWT berfirman. Allah biarkan mereka dan datuk nenek moyang mereka hidup dalam kesenangan hingga lanjut usia."
"Tetapi apakah mereka tidak melihat. Setelah kelahiran Nabi Muhammad saw dan baginda dilantik menjadi rasul. Allah SWT telah mengurangi jumlah mereka sedikit demi sedikit. Allah SWT telah menambah bilangan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
"Allah SWT tanya; Apakah mereka akan menang?"
"Tak menang..." Norhajar, isteri Amiru memberi pendapat sambil menyuap Si Kembar.
Aku memberi penjelasan.
Ayat-ayat tanya adalah cara Allah untuk menarik perhatian pembaca dan pendengar al Quran.
Majlis ilmu berakhir dengan solat Isyak berjemaah. Suamiku mengimami solat keluarga besar kami.



You and 26 others

10 Comments

Like
Comment

12 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian kak PI. Semoga Allah memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.Terima kasih kak PI perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..majlis ilmu di rumah..syukran Kak PI..

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat Kak PI. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    Semoga menjadi panduan buat kita

    ReplyDelete
  6. Tak dapat kuliah di masjid, aktiviti ilmiah begini masih boleh diteruskan di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SAL YA BETUL HANYA PERLU ADA KEMAHUAN N USAHA

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist