Thursday 9 April 2020

SURAH 21: AL ANBIYA' (Ayat: 25 - 29) - 30- 35

ASSALAMUALAIKUM

PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 21. AL ANBIYA' (PARA NABI). Ayat 30 -35
"Ayat 30: DALIL AQLI KETIGA. Allah suruh kita lihat dan fikir. Langit dan Bumi yang besar dan luas ini." Aku menyambung tafsir.
"Allah SWT beritahu, asal keduanya sesuatu yang padu lalu KAMI pisahkan . Fakta ini ada persamaan dengan kajian Sains. teori BIG BANG. Satu gumpalan yang meletup. Menjadi galaksi-galaksi iaitu planet-planet, bintang- bintang, bulan, matahari dan lain-lain."
"Allah beritahu lagi; Kemudian KAMI jadikan semua benda yang hidup daripada air. Contoh Allah turunkan hujan . Tumbuh berbagai tumbuhan, binatang makan tumbuhan. Manusia, makan tumbuhan dan binatang."
"Allah SWT tanya orang-orang kafir: Mengapa mereka tidak mahu beriman?" Aku menjelaskan; Ayat-ayat tanya dalam al Quran, cara Allah SWT untuk menarik perhatian pendengar dan pembaca al Quran "
"Ayat 31: Allah beritahu lagi. KAMI jadikan gunung- gunung di atas permukaan bumi."
" Sebagai pasak supaya bumi mantap tidak bergoyang." Azya mencelah.
"Ya, betul!" Ujarku dan menyambung tafsir ayat tersebut.
"KAMI jadikan jalan-jalan yang luas dan sempit. Untuk kemudahan perhubungan. Contoh padang pasir dan sungai boleh dijadikan jalan perhubungan."
"Ayat 32: Allah juga jadikan langit seperti bumbung atap yang kukuh."
"Cuba kita fikir, langit tanpa tiang. Tak runtuh. Masyaallah." Aku mengajak mereka berfikir.
"Ya ma, betul ma..." Nurmaezah, isteri Afyan bersuara.
Aku menyambung lagi. "Tetapi mereka (orang-orang kafir) masih berpaling. Tidak fikir tanda-tanda kudrat dan kekuasaan Allah ini."
"Allah SWT pencipta langit dan bumi tak perlu pembantu. DIA Maha Berkuasa. Jadi kita berdoa, mohon pertolongan terus kepada Allah."
"Ayat 33: Allah SWT beri dalil dan bukti lagi kekuasaan- NYA. Allah SWT jadikan siang dan malam. Kajian sains mendapati kerana pergerakan bumi. Kita kena sedar Allah SWT yang menggerakkan bumi."
"Bagaimana kejadian Siang dan malam." Aku melontar tanya.
"Bumi yang kena pancaran matahari jadi siang. Bumi yang tidak kena pancaran matahari jadi malam." Anum menjawab lancar.
"Ya, betul. Dan Allah SWT beritahu lagi DIA lah yang menjadikan matahari dan bulan. Semua beredar dalam orbit masing- masing."
"Ayat 34: Ayat ZAJRUM, iaitu teguran Allah kepada pembesar-pembesar Mekah. Mereka menyatakan Nabi Muhammad saw akan mati."
"Allah SWT beritahu memang semua manusia akan mati. Rasul-rasul dahulu telah mati. Nabi Muhammad saw akan mati."
"Allah tanya; Kalau Nabi Muhammad saw mati. Adakah mereka akan hidup kekal?"
"Tak ada yang kekal. Mati belaka" Afyan bersuara. Yang lain-lain hanya mengangguk-angguk.
"Ayat 35: Allah berfirman; Semua yang hidup akan merasai mati. Sebelum mati KAMI uji kamu dengan dua keadaan."
"Pertama, ujian susah payah. Kedua, ujian kesenangan. Ujian untuk melihat kamu. Bagaimana kamu mematuhi syariat dalam apa jua keadaan. Kepada KAMI, kamu semua akan kembali."
"Contoh sekarang ni. Allah SWT uji kita dengan convid 19. Satu dunia sakit. Ekonomi merundum. Allah SWT tunjuk kekuasaan NYA."
"Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita. Semoga Allah lindungi kita daripada convid 19. Ya Allah...ya Allah selamatkanlah kami rakyat Malaysia. Selamat kan negara kami."Aku menahan sebak. Mereka mengaminkan doaku
Sebelum kelas berakhir, aku meminta cucu-cucu mengambil gulungan kertas soalan kuiz.
Mereka tekun menjawab. Setiap orang dapat soalan yang berbeza.
Jawapan yang telah siap diserahkan kepadaku. Aku gulung balik kertas dan masukkan semula ke dalam tabung plastik itu.
"Tokma akan semak dan beri jawapan dalam kelas akan datang. Jawapan yang tepat dapat hadiah satu soalan satu ringgit. Insyaallah."
'Yeeyyy..." Cucu-cucu bersorak riang.
Kelas tamat. Daniel, anak ketiga afyan melaungkan azan Isyak. Fahri, anak sulung Amla membaca iqamah.
Amiru, anak kelimaku mengimami solat keluarga besar kami. Suamiku turut menjadi makmum. Ruang solat bersambung dengan ruang tamu, bagaikan sebuah madrasah. Syukur Alhamdulillah.


PERKONGSIAN ILMU. SAMBUNGAN SURAH 21: AL ANBIYA' (Ayat: 25 - 29)
Malam Jumaat yang berkah. Syukur Alhamdulillah. Suara serak-serak basah suamiku, memimpin bacaan Quran kami, secara bertalaqqi.
Anak-anakku begitu teruja, abah mereka memimpin bacaan. Abah guru Quran pertama mereka. Mengenal alif, ba, ta. Mengenal tajwid hukum lima.
Setelah kami selesai membaca ayat-ayat Quran, aku memberi arahan kepada cucu-cucu.
"Dengar elok-elok Tokma ngajar. Kuiz malam ni, secara bertulis." Ujarku sambil menunjukkan tabung plastik lutsinar, yang berisi 12 gulungan kertas.
"Selesai kelas tafsir, seorang ambik satu. Ada dua soalan di dalamnya. Tulis nama dan jawapan dalam kertas soalan masing-masing."
"Baik Tokma!" Cucu-cucu patuh arahanku.
"Ayat 25: Merupakan DALIL NAQLI - Iaitu nukilan kisah nabi-nabi."
"Dalam ayat ni, Allah sebut secara umum. Allah beritahu semua nabi dan rasul membawa perkara penting iaitu menyeru kepada TAUHID: Lailahaillallah."
"Allah berfirman: Tidak ada illah lain melainkan AKU."
"Ayat 26 pula ialah SIKAYAH: Iaitu rungutan Allah kepada golongan yang degil. Golongan yang menyatakan Allah ada anak."
"Maha suci Allah. Allah tidak mempunyai anak. Nabi-nabi, wali-wali dan malaikat- malaikat merupakan hamba-hamba Allah yang dimuliakan."
"Nabi-nabi hamba Allah yang mulia. Wali-wali hamba Allah yang mulia. Malaikat-malaikat hamba Allah yang mulia."
"Ma, wali-wali tu ada karomahkah?" Amla bertanya.
"Siapa yang lantik seseorang itu jadi wali." Amla terus bertanya.
"Memang wali Ada karomah , sebagai contoh Syaidina Omar Al khatab .
Pada Masa sahabat sedang berperang .
Syaidina Omar sedang berkhutbah. Tiba tiba Allah bagi Syadina Omar nampak musuh ingin serang sahabat yang sedang berperang."
"Beliau terus memberi tahu kepada sahabat musuh ingin menyerang daripada belakang , Sahabat- sahabat di medan perang mendengar suara Syadina Omar memberi arahan . Mereka mengikuti arahan , ternyata benar ." Aku menjawab panjang lebar.
Aku juga menjelaskan sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga Allah yang ikhtiraf sebagai wali.
"Wali-wali yang kita biasa dengar ceritanya, manusia yang ikhtiraf. Di sisi Allah belum tentu." Amiru menambah info.
Anak-anak dan menantu-menantu mengangguk, tanda faham.
"Ayat 27: Nabi-nabi, wali-wali tidak mendahului Allah dalam apa jua perkara. Mereka hanya melakukan sesuatu mengikut arahan Allah sahaja."
Aku juga menjelaskan wali-wali yang Allah sebut dalam al Quran. Iaitu Zulkarnain, Pemuda-pemuda Gua, Luqman dan Maryam ibu Nabi Isa.
"Ayat 28: Allah tahu apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Nabi-nabi, wali-wali dan malaikat- malaikat tidak dapat beri syafaat. Mereka sangat takut kepada Allah."
"Tokma, betulkah kawan kita yang masuk syurga boleh beri syafaat kepada kita." Cucuku Denial, melontar soalan cepu emasnya.
"Boleh. Dengan izin Allah." Jawabku.
"Itu sebabnya kita digalakkan berkawan dengan orang yang baik-baik. Sama-sama ke majlis ilmu. Sama-sama ke masjid. Sama-sama beramal ikut syariat dalam Quran dan hadis soheh sahaja." Jawabku.
"Ayat 29: Sekiranya dalam kalangan nabi-nabi, rasul-rasul dan wali-wali ada yang mengaku sebagai illah selain daripada Allah. Allah berfirman; KAMI akan balas mereka dengan neraka Jahanam."
Aku meminta anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu berdoa.
"Ya Allah Jauhkanlah kami daripada azab api neraka."
Aku menjelaskan, ketika kita membaca al Quran . Jika berjumpa perkataan tentang neraka. Seperti JAHANNAM, kita hendaklah berdoa mohon perlindungan. Dijauhkan daripada api neraka.


7 comments:

  1. Alhamdulillah
    melentur buluh daripada rebungnya.

    ReplyDelete
  2. Susah atau senang dua-duanya ujian kan Kak PI.Alhamdulillah terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH PC YA BENAR TU SUSAH N SENANG UJIAN-NYA

      Delete
  3. Subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist