Sunday 22 March 2020

LANGKAH KAWALAN PERGERAKAN..

ASSALAMUALAIKUM

STAY AT HOME


TURUT PERINTAH
#1
Memisah antah gawal berserak;
usah membantah dikawal gerak.
#2
Kaduk di pamah berikan dara;
duduk di rumah bukan penjara.
#3
Senja di huma cekur dipatah;
berkerjasama akur perintah.
#4
Lurus angsana pandak dikelar;
virus corona tidak menular.
#5
Saat merengsa naik ke pangkin;
manfaat masa sebaik mungkin.
.
#6
Loyangkan lewa jelling selama;
Sayangkan nyawa paling utama.

#7
Lemah setelah menjaga tali;
rumah adalah syurga famili.
#8
Basah berenang ke tukun lama;
susah dan senang rukun bersama

5 comments:

  1. menarik puisi tu kak paridah
    stay at home and stay safe everyone

    ReplyDelete
  2. TKSH SABRI PAKABAR LAMA XMUNCUL

    ReplyDelete
  3. dalam situasi sekarang...adalah lebih baik mengikut saranan yang diberikan kak PI..niatkan usaha kerana Allah.

    ReplyDelete
  4. Inspirasi dan juga peringatan dlm situasi kita skrng ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi.. aamiin

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist