APRESIASI PI KEPADA SAHABAT BLOGGER, WARISAN PETANI YANG SANGAT RAJIN BERTANI LALU PI OLAH CATATANNYA KEPADA KARYA KREATIF ANEKDOT..KALAU PI RAJIN AKAN DIKEMBANGKAN MENJADI CERPEN PULA
AGRARIA WARISAN PETANI
Pokok-pokok serai paha ayam @ serai gajah yang ditanam beberapa bulan lalu sudah boleh
dituai. Aku membawa raga, cangkul, parang untuk memudahkan kerja yang hendak
kubuat. Setelah menuainya dengan cara menyangkul perdunya akan dipotong pula
daunnya. Berhati-hati sekali melakukannya kerana daunnya yang tajam mampu
melukakan jari dan miangnya menyeluruhi badan tidak menyelesakan. Kemudian
kuleraikan batang serai satu persatu. Dan diikat beberapa batang serai itu
dengan tali rapia dengan nilai seringgit setiap ikat. Kesemua serai ini akan
kujual di pasar kampungku atau lebih mudah disebut “paskam” saja.
Lain-lain
sayuran kampung yang tumbuh secara semulajadi atau yang ditanam dengan
keringatku seperti cekur manis, petola,
timun, cilia api, kacang panjang, pucuk betik, buah dan bunganya, kunyit dan
daunnya turut menjadi bahan jualanku. Kelapa, nangka muda, telur ayam dan itik,
kantan, rebung buluh, serai kayu, pucuk
tenggek burung, pucuk ubi kayu pulut, ulam raja , pucuk asin-asin, pisang
nangka, pisang tanduk, pisang emas kuusung juga dan dilambakkan di atas pangkin
menunggu pelanggan membelinya. Biasanya sebentar saja semua jualanku habis
dibeli kerana harganya sangat berpatutan. Lagipun pelangganku yakin produk tani
yang kupasarkan terhindar daripada racun serangga yang pastinya memudaratkan
kemasylahatan kesihatan pengguna. Sayuran kampung dan pelbagai buahan tempatan
amat ramai penggemarnya.
Pokok buahan di sekitar kebunku kelihatannya
sedang galak berbunga. Manggis mesta
rendah merimbun dan sudah beberapa kali berbuah. Manggis mesta ini kutanam melalui anak benih cantuman
baji yang mana anak pokok penantinya adalah daripada baka manggis kampung. Pokok
manggis mesta lambat membesar berbanding pokok manggis biasa. Bentuk buahnya
juga berbeza, kurang bergetah dan lebih manis. Kelemahannya pokok manggis mesta
kurang daya resisten terhadap penyakit berbanding manggis biasa. Rambutan Jarum Emas kulihat sudah berputik. Tidak lama lagi akan bermulalah musim
buah-buahan tempatan pula. Buah-buahan bermusim yang paling
awal memberikan hasil ialah buah kuini dan seterusnya buah durian. Ia akan
diikuti pula oleh buah rambutan, pulasan, manggis, cempedak, duku, dokong dan
akhirnya buah rambai. Durian D2, D198, tembaga, udang merah sangat digemari
pelanggan. Sebelum aku sibuk melayani pelanggan buah-buahanku di paskam pabila
tiba musimnya aku memanfaatkan masa menyantuni kegemaranku dengan bertani.
Sambil
menanggung raga serai di bahu, kakiku melangkah mendekati reban ayam kampung.
Reban itu kubina sendiri degan kreativitiku utuk keselesaan ayam-ayam mendiaminya.
Bersebelahannya terdiri reban itik. Kujengah dulu reban ayam kampungku. Ada 15
ekor ibu ayam sedang mengeram telornya. 15 bekas ayam tidak kelihatan ayam tapi
ada telurnya. Aku mengutipnya dan meninggalkan sebiji sebagai umpan. Ayam akan
merajuk dan tidak mahu bertelur sekiranya melihat telurnya tiada walau sebiji.
Banyak juga telur yang dapat dikutip ditelurkan ayam peliharanku. Telur ayam kampung
ini akan kujual di paskam buat menambah pedapatanku dan kutetaskan dalam incubator
sebahagiannya. Jadi ayam-ayamku sentiasa ada sekiranya induknya sudah tua dan
dijadikan lauk atau dijual..
Kujenguk
pula reban itik. Tidak kelihatan telur itik bersepahan di lantai reban. Itik
jawa peliharaanku bertelur sebelah pagi. Mungkin anakku telah mengutipnya
kerana aku telah berpesan kepadanya tadi. Ringan sedikit rutinku seharian.
Telur itik akan dijadikan telur asin. Anakku itu sangat menggemarinya. Terutama
kalau dijadikan hidangan berbuka puasa atau bersahur. Syukur kepada Ilahi
kerana dianugerahi anak yang amat memahami kesulitanku yang bergantung kepada
kudrat tulang empat kerat untuk mencari sedikit rezeki. Anakku itu baru saja
pulang dari KL. Dia menyambug pengajian di sebuah IPTA. Dan IPTA itu diperintah
tutup sementara ekoran tragedy jemaah tabligh yang berhimpun di masjid Seri
Petaling ada yang dijangkiti wabak Covid-19. Masih ramai jemaah terlbat tidak
dapat dikesan keberadaan mereka.
Larangan menghadkan langkah yang diistiharkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 mulai 18 hingga 31 Mac tidak menyekat aktiviti harianku bertani dan berternak. Aku sudah berkira selesai saja bersolat Asar akan ke tepi sungai untuk melihat beberapa ekor lembuku meragut rumput dan memeriksa kesihatan ternakanku itu. Jika tiada masalah yang mengganggu kehidupan mereka aku akan memancing ikan di sungai dengan senang hati.
Air sungai mengalir tenang. Rumput rumpai subur menghijau di tebingnya menjadi ragutan enak lembu-lembu kesayanganku. Anak-anak udang galah berenag di tepian akan mula membesar dan boleh dipancing kelak.. Baung, keli, haruan, terebul, puyu mengena pancinganku. Alhamdulillah rezeki petang untuk lauk hidangan makan malam bersama keluarga.
Larangan menghadkan langkah yang diistiharkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 mulai 18 hingga 31 Mac tidak menyekat aktiviti harianku bertani dan berternak. Aku sudah berkira selesai saja bersolat Asar akan ke tepi sungai untuk melihat beberapa ekor lembuku meragut rumput dan memeriksa kesihatan ternakanku itu. Jika tiada masalah yang mengganggu kehidupan mereka aku akan memancing ikan di sungai dengan senang hati.
Air sungai mengalir tenang. Rumput rumpai subur menghijau di tebingnya menjadi ragutan enak lembu-lembu kesayanganku. Anak-anak udang galah berenag di tepian akan mula membesar dan boleh dipancing kelak.. Baung, keli, haruan, terebul, puyu mengena pancinganku. Alhamdulillah rezeki petang untuk lauk hidangan makan malam bersama keluarga.
WP memang seronok singgah blog beliau kan seronok tengok hasil tani nya
ReplyDeletetksh ana ya memang teruja tenguk hasil taninya
ReplyDeletesuka baca artikel dari blog ni
ReplyDeletegps tracker malaysia
apad
renew driving license malaysia
TKSH AJ SEKADAR TULIS KARYA KREATIF JA
ReplyDelete