Friday 14 February 2020

SAMBUNGAN TAFSIRAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 48 - 53

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 48 - 53
"Ayat 48: Orang2 kafir mempersendakan Nabi Muhammad saw. Mereka minta diazab. Dan menyatakan, selama ini mereka tidak sembah Allah, tidak diazab pun..!!"
"Ayat 49: Jawapan Allah kepada orang2 kafir itu. Azab berlaku ketika KIAMAT, dengan satu tiupan sangkakala sahaja. Siapa yang tiup sangkaka la?"
"Malaikat Israfil." Jawab Kak Nah.
"Ya betul..." jawabku.
"Ketika itu semua makhluk mati, kecuali Malaikat Israfil. Bumi tujuh lapis dan langit tujuh lapis hancur musnah!"
"Ayat 50: Orang2 syirik mati dalam suul Khatimah. Kematian yang buruk. Semoga Allah lindungi kita."
"Amiin." Doaku diaminkan.
"Ayat 51 hingga 54: Merupakan bahagian ketiga surah ini, iatu Allah SWT cerita ALAM AKHIRAT."
"Ayat 51: Tiupan sangkakala kali kedua. Semua manusia sejak daripada zaman Nabi Adam hingga kiamat, dibangunkan daripada kubur."
"Ayat 52: Orang2 syirik, tertanya2. Siapa yang bangunkan mereka daripada tidur?"
"Apabila melihat azab neraka, mereka menyesal. Baru akui kebenaran para rasul."
"Allah tak terima penyesalan mereka." Azya mencelah. Aku membenarkan.
"Ayat 53: Mudah bagi Allah SWT menghidupkan orang yang telah mati. Semua makhluk termasuk Jiin dan syaitan Allah SWT hidupkan semula." Aku menyambung tafsir.
"Mereka terpaksa bergerak dengan laju, seperti turun dari bukit menuju ke tempat pembicaraan dalam kegelapan. Amalan masing2 menjadi cahaya."
"Semua makhluk dihimpunkan di Padang Mahsyar. Kitab amalan di bentangkan. Untuk menentukan ke Syurga atau ke neraka. Mahkamah Allah SWT sangat adil, tiada siapa dizalimi."
Majlis ilmu keluarga kami diakhiri dengan laungan azan Isyak oleh Ajiad, anak Afya.
Izzul Islam anak Ammar berusia tujuh tahun membaca iqamah.
Ammar mengimamkan solat Isyak berjemaah keluargaku malam itu.

3 comments:

  1. Kiamat semakin dekat. Rasa macam tak bersedia lagi. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan matikan kita dalam keadaan beriman

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist