Saya terkesan apabila membaca status tuan Ammar Kamilin, penulis buku Parent,Think sebentar tadi.
Status itu membuat saya lebih bersemangat mahu melakukan perkara ini.
Sekeping foto ultrasound, kelihatan ada janin yang terbentuk dan pada foto itu tertulis, 'Satu-satunya hari saya menjadi kegembiraan mereka'.
Kenapa 'satu-satunya'?
Itu simbol keseorangan, kekecewaan dan putus harap anak muda disebabkan hentakan situasi dan respon keluarga ke atas dirinya.
Anak, dalam banyak keadaan akan melihat kata-kata dan keputusan kita seolah-olah memusuhi dan menafikan dia.
Andaian itu menjadi-jadi apabila dia tidak mencapai seperti apa yang kita harap.
Keadaan diburukkan lagi dengan karakter kita sendiri yang tak banyak bercakap, sejenis manusia yang hanya ayat arahan sahaja yang keluar dari mulut dan kekok bersembang kerana perbezaan usia.
Apakah cara memberitahu si anak bahawa dia sentiasa diterima pada setiap waktu?
Saudara, tulislah buku kisah hidup.
Zaman sekarang kita cetak empat naskhah pun dah boleh.
Kenapa cara ini membantu kita menyampaikan mesej yang tertangguh kepada anak?
Ikatan sedia ada menjadikan dia akan ambil tahu juga.
Kita masih dilihat sebagai ayah atau pun mak pada matanya.
Disebabkan label itu, sedikit sebanyak isi buku tulisan kita akan dibelek dan dibaca apabila adanya buku tulisan kita di rumah.
Biar pun pembacaan berlaku di belakang kita, tetap tulisan itu sampai.
Itu yang kita mahu capai.
Biarlah dia, anak pada waktu remaja dan dewasa tidak membawa andaian tersasar seperti dahulu.
Tidak lagi sekeping foto janin bersama tulisan, 'Satu-satunya hari saya menjadi kegembiraan mereka' berada dalam fikiran mereka.
Dia akan memahami kelemahan, keterhadan dan jiwa besar kita dalam kisah-kisah hidup yang ditulis dalam buku.
Menulis kisah hidup menjadikan kita lebih terkawal, berfokus dan seimbang menyampaikan hasrat dalam hati. Dalam cerita ada hajat untuk dia yang membaca.
Mahukah saudara melakukannya?
Kuliah lengkap, menulis kisah hidup yang sedap dibaca sudah boleh di-download sebelum jam 11.50 malam ini.
Terus download, klik pada link dalam komen pertama di bawah.
Buat 'perubahan' cara menyampaikan mesej, sekarang.
Sempurnakan hajat. Klik di sini https://sensei.com.my/ Klik di sini https://sensei.com.my/ Klik di sini https://sensei.com.my/ |
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
3 hours ago
Semoga PI ceria selalu menempuhi hari2 mendatang..
ReplyDeletetksh Kham insyaaAllah
ReplyDeletesebab tu ada orang yang suka menulis diari, di diari boleh meluahkan segala yang di lalui, segala yang terbuku...
ReplyDeletesuka baca kisah hidup mereka yg berjaya..rasa terinspirasi..
ReplyDeleteinilah impian saya...
ReplyDeletemenulis buku dan cetak sendiri
dan jual sendiri
tetapi masih tenggelam dalam dunia blogger yang lebih mengasyikkkan
TKSSH DANA DULU2 KAK SUKA TLS DIARI TANPA SEDAR TLSN KITA MERAKAM KENANGAN YG KITA TLH TERLUPA KERANA KEJADIANNYA SEKIAN LAMA
ReplyDeleteTKSH NOHAS YA KISAH HIDUP MRK YG BERJAYA AMAT MENGINSPIRASI
ReplyDeleteTKSH MRHANAFI ADA KEMAMPUAN MELAKUKANNYA CUBALAH...CETAK TULISAN YG DIRASA AKAN TERJUAL
ReplyDeleteSaya teringin nak ada karya yang dihasilkan. Semoga kali ini menjadi.
ReplyDelete