KALAU ADA BANTUAN SEBEGINI LEGALAH
SIKIT WARGA FELDA...
Peruntukan khas RM77 juta untuk bayar tunggakan peneroka
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas RM77 juta bagi membantu peneroka FELDA melunaskan bayaran tertunggak pada tahun semasa.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kementeriannya mengambil perhatian serius ke atas masalah aliran tunai FELDA yang sangat kritikal bagi tahun ini.
Katanya, masalah itu mendapat keprihatinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengarahkan bantuan diberikan.
“Peruntukan berjumlah RM77 juta ini disediakan bagi membantu peneroka FELDA melunaskan bayaran tertunggak berikut iaitu bayaran khairat kematian berjumlah RM1.2 juta yang membabitkan waris kepada 120 peneroka yang sudah meninggal dunia.
“Bayaran tunggakan kepada Felda Technoplant Sdn Bhd bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka sebanyak RM43 juta.
“Bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula berjumlah RM32.8 juta untuk manfaat 38,000 peneroka FELDA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, peruntukan tahun 2018 sebanyak RM77 juta itu akan disalurkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku kementerian yang mengawal selia FELDA.
Bertuah orang2 Felda.
ReplyDeleteTahniah tersenarai dalam PU di laman Etuza. Drop kan alamat ya..nak segera rasanya ni
Rezeki Puan Paridah ya dapat hadiah dari laman Etuza
ReplyDeleteALHAMDULILLAH TKSH CIKGU ETUZA..CIKGU MMG BAIK MOGA ALLAH MERAHMATI KEHIDUPAN CIKGU SEKELUARGA DUNA N AKHIRAT
ReplyDeleteTahniah utk PI
ReplyDeleteAdan tahniah jugak utk golongan peneroka yg bakal menikmati habuan
TKSH KAM..ALHAMDULILLAH REZKI PENEROKA
ReplyDeletehrp ia bkn cakap sahaja...mesti disusuli dgn pelaksanaan jg
ReplyDelete