ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT BERCUTI RABU..LETIH ISNIN SELASA DI TEMPAT KERJA BOLEHLAH LEGAKAN URAT-URAT SEKETIKA...NAK PANJAT BATU CAVES TAK TERLARAT...DAN YANG TAK ADA KENA MENGENA DENGA THAIPUSAM TAK PAYAHLAH DBUAT...BIAR YANG BEBAS BERHAK SAJA....SELAMAT THAIPUSAM KEPADA YANG MERAIKANNYA
Wednesday, 31 January 2018
Saturday, 27 January 2018
Thursday, 25 January 2018
AL-MUDDATHIR
ASSALAMUALAIKUM...
CORETAN PAK ENGKU
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN)
Kupasan Surah Al-Muddaththir (Orang Yang Berkemul atau Berselibung). Ayat 1 hingga 10 (QS 74 : 1 - 10)
Surah Al-Muddaththir - سورة المدثر
(Orang yang berkemul {berselibung})
(Orang yang berkemul {berselibung})
{Bisillah hirrahman nirrahim}
[Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.]
Ayat pertama ini Allah berfirman:
1. {Yaa ‘aiyuhal muddasy syir}
Yang bermaksud:
[Wahai orang yang berselibung!]
[Wahai orang yang berselibung!]
Ayat ini menerangkan kepada kita tentang kenapa hati kita selama ini diselubungi oleh sesuatu dari mengingati Allah. Sehinggakan hati kita tidak dapat dibangunkan atau dihidupkan. Ini adalah disebabkan, yang pertama, Adam (diri kita) tidak mempunyai kemahuan yang kuat. Yang kedua adalah disebabkan selama kini kita hanya bersandar pada yang wajib sahaja. Yang sunat kita abaikan. Ketiga adalah kerana diri kita diselubungi oleh nafsu, akal dan syaitan, Yang keempat ianya disebabkan diri kita telah terhijab oleh dosa-dosa yang lampau. Yang kelima kita terlalu mencintai dunia. Dan yang akhir adalah kerana kita jahil..
Dalam ayat kedua Allah menyambung firmannya:
2. {Qum fa’anzir}
Yang bemaksud:
[Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).]
[Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah memerintahkan kita supaya bangun mendirikan amal-amal sunat. Terutamanya solat sunat pada waktu satu pertiga malam. Tujuannya ialah agar hati kita dapat dibangunkan dan hidup dan sentiasa mengingati Allah.
Dalam ayat ketiga sambung frman Allah lagi:
3. {Warab bakafakabbir}
Yang bermaksud:
[Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!]
[Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!]
Ayat ini menerangkan kepada kita tetang tujuan kita bangun malam itu. Tujuannya adalah untuk membangunkan atau menghidupkan hati kita dari lupa kepada ingat. Tujuan utamanya pula adalah untuk membesarkan Rab Tuhan dalam setiap detik kehidupan kita. Jelaslah di sini bahawa kita tidak mempunyai apa-apa. Malah Allah jualah yang memiliki segala-galanya. Maka yang demikian itu di hati kita ini nanti akan hanya nampak Allah sahaja. Kita tidak akan nampak makhluk lagi. Kesemuanya Allah belaka.
Dalam ayat keempat Allah berfirman:
4. {Wasyiyaa bakafathoh hir}
Maksudnya:
[Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.]
[Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa pakaian yang hendak dibersihkan itu bukanlah pakaian jasman tetapi pakaian rohani. Apabila pakaian rohani kita bersih sudah pasti kita tidak akan lagi melakukan perbuatan syirik. Kita tidak akan mahu melakukan dosa dan berbuat perkara lara atau yang sia-sia. Sampai pada ayat ini juga Allah memerintahkan kita supaya memperbanyakkan Solat Sunat Tasbih untuk mensucikan-Nya. Maka lakukanlah ianya.mengikut kemampuan diri kita. Kalau masa dahulu kita bersolat Tasbih setahun sekali cubalah buat sebulan sekali.Andainya dahulu sebulan sekali cubalah lakukan seminggu sekali. Jika dahulu seminggu cubalah buat semuga dua tiga kali. Begitulah seterusnya.
Ayat kelima pula Allah berfirman:
5. {Warruj zafah jur}
Yang membawa maksud:
[Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.]
[Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.]
Ayat ini menerangkan kepada kita akan cara yang terperinci apa yang hendak dibersihkan itu. Kita hendaklah membersihkan diri kita dari melakukan dosa yang zahir dan juga batin. Dosa yang zahir adalah dosa yang kta lakukan dengan jasad kita. Kita dapat melihatnya dengan mata kasar. Dosa batin adalah dosa yang dilakukan berpunca dari hati kita yang bersih. Dosa batin ini bila dilakukan hanya diri kita dan Allah sahaja yang tahu.
Dalam ayat keenam firman Allah:
6. {Walaa tamnun tas taksyir}
Membawa maksud:
[Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.]
[Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa setiap apa yang kita berikan kepada manusia lain serta amalan yang kita persembahkan kepada Allah, janganlah dituntut akan balasan atau ganjaran. Kalau beramal janganlah berkehendakkan pahala mahu pun syurga. Beramallah untuk Allah dan kerana Allah semata-mata. Andainya kita memberi kepada manusia lain janganlah sekali-kali mengharapkan balasan. Inilah dalil ayat yang membuktikan bahawa apabila kita beramal bukanlah tujuannya untuk mendapatkan atau menuntut dari Allah agar diberikan pahala dan syurga. Kita hanya boleh menadah tangan memohon. Terpulanglah kepada Allah untuk memberikan ganjarannya.
Seterusnya dalam ayat ketujuh Allah menyambung firmannya:
7. {Walirab bika fash bir}
Membawa maksud:
[Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!]
[Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dalam perjalanan hidup kita ini yang membawa Ilmu Ketuhanan untuk menuju Allah sudah pasti kita akan menghadapi berbagai ujian. Antara ujianya ialah fitnah, kata cela dan caci maki manusia. Walau apa pun ujian yang datang, ketepikan dan pedulikan semua itu. Janganlah kita suka mendengar cakap-cakap atau kata-kata orang. Tekadkan di hati bahawa yang kita cari hanya redha Allah. Marilah kita ambil iktibar dari kisah Lokman dan anaknya bersama seekor kaldainya. Inilah caranya Lokman mengajar hikmah kepada anaknya.
Dalam ayat kelapan Allah berfirman:
8. {Faa ’izaa nuqirafin naaqur}
Bermaksud:
[Kerana apabila telah ditiup sangkakala,]
[Kerana apabila telah ditiup sangkakala,]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dalam menjalani kehidupan di dunia ini untuk menuju Allah berdasarkan Tauhid dan Hikmah hendaklah kita sentiasa bersabar. Bersabar di atas segala ujian dan gangguan. Sampai bilakah kita hendak atau harus bersabar? Jawabnya adalah “Hingga ke akhir hayat kita”.
Dalam ayat kesembilan Alah berfirman:
9. {Fazaa likayau ma’izi yaumum ’asir}
Yang bermaksud:
[Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar]
[Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa jalan menuju Allah itu adalah jalan kesabaran. Sesungguhnya sabar itu adalah suatu sifat yang teramat sukar untuk dilaksanakan dalam kehidupan kita ini.
Dalam ayat kesepuluh firman Allah:
10. {‘Alal kaafiri naghairuyasir}
Yang bermaksud:
[Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).]
[Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).]
Dalam ayat ini Allah memperjelaskan kepada kita bahawa jika pada diri setiap mukmin pun amat sukar untuk membawa sifat sabar, apatah lagi pada orang yang kafir di sisi Allah. Mereka ini langsungah tidak ada sifat sabar. Orang mukmin jikalau hilang sabar pun atau cepat marah hanya apabila Allah itu sendiri orang persendakan. Pasti diri mereka akan tercabar dan melenting marah dan hilang sabar untuk berhujah. Inilah yang dinamakan ZUK.
(Bersambung ke ayat 11 hingga 20
Wednesday, 24 January 2018
Tuesday, 23 January 2018
DARMAWISATA...
ASSALAMUALAIKUM...
SESEKALI BACA CERPEN PI PULAK YA...
SESEKALI BACA CERPEN PI PULAK YA...
Cerpen
Oleh
Paridah Ishak.
DARMAWISATA
BAGAIMANA hendakku mula perjalananku berwisata ke
benua Eropah yang sudah kurancang sebaiknya untuk menghabiskan
percutianku di musim bunga di sana? Apa pula masalah yang mendepaniku sehingga
aku merasa kesulitannya memberatiku? Bukan tidak pernah pun ke sana. Tapi
memang aku minat mengulanginya terutama pada musim bunga-bunga mengorak kelopak
dan menebarkan keharumannya di setiap ruang. Sangat indah dan mendamaikan
suasana alamnya kurasakan.
Asyik
sekali melewati jalan beraspal di desa-desa tradisi Inggeris yang indah damai
dengan hati digayuti kekaguman melihat epal merah, hijau, peach yang hijau,
kuning, anggur yang merah, ungu, hijau juga serbaneka buah-buahan yang tidak kukenali
namanya. Dan ingin kunikmati saat itu lagi setelah merasainya sekian tahun
sehingga tamat pengajianku di universiti Manchester.
Pulang ke tanah air dengan ijazah
pengurusan perniagaan tentulah aku akan berkerja dalam bidang yang kupelajari
dengan sangat gigih itu. Tidak susahpun aku hendak menjawat jawatan yang
penting bersangkutan bidang tersebut kerana jawatan GM/general manager memang
telah tersedia untukku.
Buat sementara waktu sepanjang aku
meneruskan pengajianku di Manchester, mamaku memangku jawatan Allahyarham
papaku itu. Dan telah diwasiatkannya kepadaku mewarisiya. Perlulah aku
mengisi ilmu di dadaku dengan perkara yang menyangkut bisnis dalam segenap
aspek sebelum aku digalaskan dengan tanggung jawab menguruskan syarikat dedi
yang agak terkenal di antara syarikat-syarikat terkenal di Malaysia dalam
bidang alatan perubatan.
Mama yang menggalakan papa untuk
menceburi bidang ini setelah perniagaannya dalam bisnis impot-ekspot kenderaan
pelbagai jenis mengalami kerugian kerana persaingan sengit pemain-pemainnya
yang aktif dalam bidang ini. Prospek perbekalan alatan perubatan kepada pihak
hospital dan lain-lain pihak yang memerlukannya amat baik menurut mama kerana
tidak ramai anak bangsa yang menceburinya.
Mamaku memang tahu soal itu kerana
mamaku bergelut dalam bidangnya sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan.
Keperluan perbekalan pada alatan perubatan memang kritikal dan hanya bergantung
kepada syarikat-syarikat dari luar negara semata. Apa salahnya sekiranya anak
bangsa turut menyumbang sedikit kepada keperluan semasa dengan turut bergiat
sama.
Perniagaan papa berjalan lancar dan
kukuh stabil sehingga papa meninggal dunia dalam kemalangan udara tika
menghadiri majlis perkahwinan anak salah seorang sahabat perniagaannya. Pesawat
Cessna yang dinaiki papa bersama mamaku terhempas di dalam belantara Bentong.
Mamaku masih panjang umurnya dan
ditemui selamat dalam usaha pencarian yang dilancarkan anggota keselamatan
negara justeru tercampak keluar daripada Cessna sebelum Cessna itu meletup dan
mengorbankan mamaku dan juruterbangnya. Tragedi sadis yang menimpa papa
membuatku meratap kesedihan. Apalagi mamaku.
Bertahun-tahun juga mamaku mengalami tekanan
jiwa, kemurungan lantaran kehilangan suami kecintaanya.
Mamaku seorang pakar psychiatris tapi
jiwanya lemah ekoran insiden yang
merentap jantungnya itu membuatnya jatuh terjelepuk. Semakin dia memahami
kondisi mereka yang mengalami masalah tekanan jiwa yang mampu dikawalnya hanya
dengan bantuan ubat-ubatan. Ubat yang mampu melemahkan emosi umpama harimau
yang disuntik pelali.
Seorang pesakit mamaku juga hilang
kewarasannya kerana tertekan dengan tragedi kehilangan suaminya dalam insiden
yang seakan sama dialami mamaku. Dan mamaku prihatin sekali dengannya lantaran
diabaikan keluarganya kerana sikapnya yang suka mengamuk dan memberontak
tiba-tiba meledak bagai bom jangka itu.
Setelah diberi rawatan, emosinya
kembali normal dan dihentikan rawatannya dengan dibekali pil aneka jenis yang
perlu diambil. Tapi wanita sebaya mama, pesakit jiwa mamaku itu dikembalikan
semula ke hospital oleh keluarganya setelah beberapa hari saja berada di
rumahnya. Begitulah perulangan kisah itu berlaku sehingga mamaku jatuh kasihan
dan simpati amat terhadap pesakitnya itu.
Mamaku mengambil keputusan untuk
membawa pulang aunti Syarmila ke rumah kami dengan niatnya tentulah hendak
memberi rawatan terbaik yang mampu diberikan seorang doktor kepada pesakitnya.
Menurut pemahamanku begitulah.
Aunti Syarmila boleh dipulihkan
kemurungan jiwa yang dialaminya dengan ubatan dan perhatian mereka yang
prihatin kepada dirinya kata mamaku kepadaku. Janganlah biarkan dirinya dengan gangguan emosi yang bercelaru dalam
delusi sentiasa di dunia fatamorgana yang luas tiada penghujungnya.
Walau hatinya sedih dan menangis tapi
sentiasa berketawa tidak tentu masa. Berhalusinasi sambil berdialog sendirian
seolah berteman dan alogia adalah petanda psikosis skizofrenia.
Skizofrenia yang dinadapi auntie
Syarmila boleh diubati dengan sentiasa mengambil pil Ahalorbedol dan
Akhlorbernazzin di samping cara pemakanannya yang nutrisinya adalah omega 3 dan
omega 6.
Mamaku merasa dialah yang selayaknya
memberi pertolongan kepada pesakit jiwa itu lantaran dia sangat memahami
kondisi pesakitnya. Aku ikut saja apa keputusan mamaku kerana mamaku berhak
membuat keputusan apapun yang terbaik difikirkannya.
Dan aku yakin aunti Syarmila tidak
akan menimbul masalah kepadaku kerana di rumah kami ada ramai pembantu.
Di dapur ada dua pembantu yang kerjanya cuma memasak dan menguruskan tentang
dapur saja iaitu Mak cik Inah dan kak Sari. Pengemas rumah pula kedua-duanya
orang Filipina. Kerja mereka tentulah mengemas sahaja di segenap ceruk. Elli
dan Eva arif tentangnya.
Pengurus ruang halaman rumah mamaku
hanya Pak Leman saja. Seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Hanya leka
melakukan pembersihan laman rumah dan menjaga pohon-pohon dan bunga-bunga yang
kesemuanya adalah tanamannya.
Pemandu pula hanya seorang saja.
Tugas abang Kadir hanya menghantar
mamaku ke hospital dan ke mana sahaja mamaku hendak berpergian. Sedang aku
memandu sendiri sahaja ke pejabat walau mama menyarankan kepadaku untuk
menggunakan khidmat pemandu berbayar bagi memudahkan semua urusanku. Tidaklah
aku perlu terkocoh-kocoh setiap pagi mempersiap diri dan bergegas menghidupkan
enjin kereta sebelum bertolak ke pejabat.
Lebih mudah kalau ada pemandu sendiri
dan aku cuma perlu menghenyak ponggong di sit belakang, menyelak lembaran akhbar The Edge atau
Financial Times. Kejora mata menyorot berita urus niaga ekonomi sedunia dengan
amat selesa tanpa perlu kuperhatikan jem di jalan raya yang amat sibuk setiap
pagi.
Sebelum memulakan perjalanan
mamaku mengajarku doa-doa perjalanan agar perjalananku dilindungi Allah sehingga
selamat sampai ke destinasi ditujui. Dan perjalananku jauh ke benua Eropah akan
kuatur tidak lama lagi. Tapi!Ada rasa termengkelan dan kemusykilan yang
menyesak dada rentetan frasa pendek itu. Auntie Syarmila menimbulkan gara-gara pula.
Aku pula menjadi tidak keruan dibuatnya.
Sedang mamaku yang sepatutnya berada
di sisiku untuk membantu menyeselesaikan permasalahan auntie Syarmila tidak ada
kerana sedang mengikuti kursus kerjayanya di sebuah pusat perubatan yang
terkenal di India.
Auntie Syarmila sering mengganggu kerja-kerja
kak Suri dan mak cik Inah di dapur secara dengan pantas mengambil pisau yang
digunakannya untuk meracik apa saja.
Jikalau dilarang sikapnya bertukar
agresif dan menakutkan sekali, adu mereka kepadaku. Membuatkan kedua-dua tukang masak itu tidak
berani berada di dapur kerana risaukan keselamatan diri sekiranya aunti
Syarmila tiba-tiba mengamuk menggunakan peralatan dapur yang kebanyakannya
tajam dan perlu dikendali sebaiknya.
Kala malam pula auntie Syarmila kelihatan
susah hendak lelapkan mata dan menghala langkahnya ke segenap ruang. Membongkar apa saja dan menyepahkannya merata
di lantai. Habis berserak buku-buku di librari mama dan Allahyarham dediku dilambakkannya.
Merungut pula Eva dan Elly kepadaku kerana
aunti Syarmila menyebabkan kerja-kerja yang mereka perlu buat bertambah banyak.
Aku ligat memikirkan solusi kepada permasalahan aunti Syarmila ini.
Sepanjang ada mamaku tidak pula
sikapnya menyusahkan sesiapa. Nampaknya tenang dan normal saja. Mungkin auntie
Syarmila tidak mengambil ubat-ubat sebetulnya mengikut jadual. Jikalau ada
mamaku pasti mamaku akan sentiasa mengingatkannya. Keperluan kepada ubat yang
mengawal kecelaruan emosi pesakit mamaku itu ternyata begitu penting.
Tiada mamaku
tiada sesiapa yang memerhatikan keadaan auntie Syarmila. Hendak diharapkan aku
sukar juga. Masa sentiasa mencemburui dan aku terpaksa berkejar dengan masa
lantaran kesibukan mengendalikan syarikat peninggalan papaku.
Seawal 7.00 pagi sudah
ke pejabat dan pulang keletihan kadangkala lewat malam. Masaku untuk memberi
sedikit perhatian kepada autie Syarmila kurasa tidak ada. Aku cuma
mengharapkan pembantu-pembantuku di rumah sepanjang ketiadaanku dan mamaku
menguruskan apa saja masalah aunti Syarmila. Tapi sebaliknya pula jadinya.
Terpaksalah aku menyerah kalah kerana
aku tidak mampu menjadi sebaik mamaku dalam mengurusi seorang skizofrenia. Keputusan
yang kuambil untuk kemasylahatan auntie Syarmila dan semua yang berada di bawah
tanggung-jawabku tentu mamaku akan mempersoalkannya. Aku tawakal saja.
“Kenapa kembalikan aunti Syarmila
kepada keluarganya? “
“Kan mereka itu keluarganya terdekat.
Kenapa mama dan kita pula perlu menjaga
aunti Syarmila. Sedang mereka lepas
tangan. Tugas mama tu mama perlu selesaikan di hospital saja, kenapa perlu mama
bawa pulang ke rumah pula?”
“Sebenarnya kau langsung tak faham apa
yang mama sedang lakukan sebagai tanggung-jawab mama sesama manusia dan amal kebajikan
mama demi Allah, Suria.”
Aku membisu.
“Sayang mama nak tahu ya? Biar mama
jelaskan.”
Penjelasan mama kunantikan dengan sabar.
“Auntie Syarmila seorang yang baik.
Sebenarnya dia kawan mama juga. Dia tidak minta ditakdirkan begitu namun
ketentuan Allah tidak mampu untuk kita duga bagaimana bentuknya yang terjatuh
di lorong hidup kita hari ini atau keesokannya. Mama ingin membantu auntie
Syarmila kembali kepada kehidupannya sediakala dengan bantuan ubatan yang
ditentukan dan perhatian.
Keadaan dirinya yang alami serangan
sakit saraf mental tidak boleh dibiarkan. Ramai pesakit skizofrenia yang telah
pulih dan kembali normal menjalani kehidupan seperti ramai yang lain. Sakit
mental pun seperti sakit-sakit yang lain juga yang perlu diubati untuk
kesembuhannya Sayang!
Cepat atau lambat pemulihannya tergantung
kepada kita yang berusaha dengan izin Allah jua. Setiap kita yang berusaha
pasti ada kejayaannya.
Mama dulupun berusaha keras untuk hidup di
tengah belantara seorang diri kala eksiden Cessna berlaku dengan tidak
putus-putus berdoa kepada-Nya agar mama dapat kembali menemui Suria dan semua
yang mama sayang.”
Mama terkedu. Sebak di dadanya yang
beriak di wajahnya yang pilu sayu membuatku drastik memeluknya. Mama pasti
teramat sedih mengenangkan pengalaman menyebabkannya trauma yang masih berbekas
di hatinya. Apalagi insiden penuh tragik itu mengorbankan papaku, kecintaannya.
Air mata kelihatan bergenang bening di kelopak matanya. Menyesal pula aku
bertindak bodoh tanpa pengetahuan mamaku terlebih dahulu terhadap aunti
Syarmila.
“Su minta maaf banyak-banyak ya mama.
Kalau mama masih mahu merawat aunti Syarmila di rumah kita, Su boleh minta
abang Kadir mengambil aunti dari rumah keluarganya.”
“Tak mengapalah sayang. Mungkin aunti
Syarmila juga rindu untuk kembali ke rumahnya dan bersama keluarganya. Kita
tenguklah dulu bagaimana perkembangan hidupnya selanjutnya sementara ini.”
Mama menggenggam tanganku erat dan kejora
matanya menikam wajahku.
“Mama rasa hendak berehat pula sebelum
hujung tahun ini dan berhajat mengerjakan umrah di tanah suci.”
“Elok juga mama bercuti sambil
merehatkan diri. Selama ini mama asyik berkerja saja.”
“Sayang mahukah temankan mama.?”
“Su bercadang hendak ke Manchester
sambil keliling Eropah hujung Disember ini.”
“Kan sudah selalu Sayang keliling
Eropah semasa menuntut di sana dulu? Mama rasa, Sayang tidak pernah lagi ke tanah
suci Mekah. Mama dan dedi selalu juga ke sana tika Sayang sedang belajar
di Manchester dan merasa terkilan tidak dapat membawa Sayang bersama.”
Aku merasa amat berat hati hendak menolak
permintaan mamaku ini walau aku rasa mamaku amat mengerti jika alasan yang
kureka boleh diterimanya. Dan tidak memaksaku mengikutinya.
“Kita ke sana bertamu ke rumah Pencipta
kita. Di sana kita terlalu dekat dengan Dia walau dimana saja kita dekat dengan-Nya
tapi di tanah suci yang kita jejak kaki lebih istimewa lagi.
“Jom temankan mama ya. Sekali Sayang
sudah ke sana Sayang pasti akan sentiasa hendak mengulanginya berkali-kali. Dan
mungkin terlupa hendak ke Eropah, Amerika, Jepun, China dan serata tempat indah
di dunia yang telah Sayang kunjungi selama ini.”
Teruja mendengar kata-kata lunak
syahdu mamaku membuatku membatal hasratku berwisata ke Eropah seperti rencanaku
pada mulanya. Rupanya bukan aku seorang yang mama ajak menemani perjalanannya
ke tanah suci Mekah.
Seisi rumah kami termasuk kak Suri,
mak cik Inah, abang Kadir, Pak Leman pun ikut sekali. Elli dan Eva tidak ikut
kerana mereka pulang bercuti ke Zamboanga Filipina.
Dan baruku tahu pula bahawa kak Suri,
mak cik Inah, abang Kadir dan pak Leman adalah bekas pesakit skizofrenia yang
pulih dirawati mama dengan izin-Nya jua. Subhanallah! Maha suci Allah.
TAMAT.
Monday, 22 January 2018
Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies..
ASSALAMUALAIKUM..

SYARATNYA:
1) FOLLOW BLOG INI. insya Allah, anies akan follow back.
2) BUAT SATU ENTRY BERTAJUK: "Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies.
3) KEMUDIAN, TULIS SEBUAH CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN 'LIMITED EDITION' ATAU 'SPECIAL EDITION' ATAU 'EDISI TERHAD' ATAU 'EDISI ISTIMEWA
4) PANJANG KARYA TIDAK TERHAD TETAPI KARYA MESTILAH ASLI. JIKA DIDAPATI MENCIPLAK / MENIRU KARYA / IDEA INDIVIDU LAIN, ANIES TIDAK SAMA SEKALI AKAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PENYERTAAN ANDA AKAN DIBATALKAN SERTA MERTA.
5) JIKA ADA GAMBAR BERKITAN DENGAN CERITA, IA AMATLAH DIALU-ALUKAN DAN MUNGKIN MENJADIKREDIT UNTUK ANDA LAYAK DIANGKAT SEBAGAI SALAH SEORANG PEMENANG. KALAU TIADA, TIDAK MENGAPA.
6) JANGAN LUPA. LETAKKAN BANNER DI ATAS DALAM ENTRY ANDA DAN BACK LINK KE BLOG INI.
7) SERTAKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH SEBAGAI BUKTI PENYERTAAN.
8) GA INI BERLANGSUNG DARI 29 DISEMBER 2017HINGGA 31 JANUARI 2018.

SYARATNYA:
1) FOLLOW BLOG INI. insya Allah, anies akan follow back.
2) BUAT SATU ENTRY BERTAJUK: "Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies.
3) KEMUDIAN, TULIS SEBUAH CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN 'LIMITED EDITION' ATAU 'SPECIAL EDITION' ATAU 'EDISI TERHAD' ATAU 'EDISI ISTIMEWA
4) PANJANG KARYA TIDAK TERHAD TETAPI KARYA MESTILAH ASLI. JIKA DIDAPATI MENCIPLAK / MENIRU KARYA / IDEA INDIVIDU LAIN, ANIES TIDAK SAMA SEKALI AKAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PENYERTAAN ANDA AKAN DIBATALKAN SERTA MERTA.
5) JIKA ADA GAMBAR BERKITAN DENGAN CERITA, IA AMATLAH DIALU-ALUKAN DAN MUNGKIN MENJADIKREDIT UNTUK ANDA LAYAK DIANGKAT SEBAGAI SALAH SEORANG PEMENANG. KALAU TIADA, TIDAK MENGAPA.
6) JANGAN LUPA. LETAKKAN BANNER DI ATAS DALAM ENTRY ANDA DAN BACK LINK KE BLOG INI.
7) SERTAKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH SEBAGAI BUKTI PENYERTAAN.
8) GA INI BERLANGSUNG DARI 29 DISEMBER 2017HINGGA 31 JANUARI 2018.
SENARAI HADIAH:
3 helai Tudung Aidijuma #GoldLabel x 3 pemenang
1 set travel kit x 1 pemenang
1 set poskad Lemon Sky x 1 pemenang
10 souvenirs (dari pelbagai negara) x 10 pemenang
AIDIJUMA LIMITED EDITION
Tudung
AIDIJUMA memang sangat cantik. Sesuai digayakan
wanita kemana saja untuk mengikuti apa-apa acara. Merasa selesa dan ayu
memperaganya tanpa rasa serbasalah kerana material yang digunakan sangat
berkualiti. Corak tudungnya banyak pilihan. Reka bentuk tudung AIDIJUMA
sereleven situasi semasa. Dan tentu disukai penggemarnya. Tidak mengira
peringkat usia. Yang dah berusia macam PI juga
mengenakan tudung AIDIJUMA.. tapi
kalau berpeluang mendapat hadiah tudung AIDIJUMA LIMITED EDITION Alhamdulillah.
Tambah menyerlah PI berbusana di hari
raya. Sakan meriahnya dirasa tentunya..
pic google (c)
Sunday, 21 January 2018
SETIA SEPAKAT....
ASSALAMUALAIKUM..
Sawi berkudup ringan disukat,
SETIA
Halia kelat selada reja,
tanjung
di kali dipinta dewi;
setia rakyat kepada raja.
menjunjung duli cinta pertiwi.
Saat panitia pinda cara,
hujjah di ruang rusuh membentang;
taat setia pada negara,
gagah berjuang musuh ditentang .
Rengguh gergaji randu petia,
rata perhati dahan keranji;
berteguh janji padu setia,
cinta sejati tahan diuji.
RINDU
Ikan pelata lewa berudu,
cemperai adu di dalam kopi;
lelapkan mata bawa beradu,
melerai rindu di alam mimpi.
Rangin dedalu mengkudu karim,
raga di para tempat bertamu;
di angin lalu rindu dikirim,
moga segera dapat bertemu.
BELI
Lali menjamah lugai melayah,
cenderawasih reda melayang;
beli rumah sebagai hadiah,
tanda kasih pada yang tersayang.
Barli diremas bentuk saduran,
buang
di depan kian menyusut;
beli emas untuk pelaburan,
wang disimpan nilaian merosot.
Belinja rakan sorong ke kali,
terkuit kaki gagal menampang;
belanja sakan memborong beli,
duit berbaki tinggal sekupang.
SEPAKAT
Ikat senjata ladang dituju,
ganti sepatu meredah pula;
sepakat kata sidang setuju,
hati bersatu mudah
Cenderai sisih selak cempedak,
dekat jeriji hanya cendana;
bercerai kasih bertalak tidak,
sepakat janji ertinya
sirna.
di taman mini khemah terjaga;
lalui hidup dengan sepakat,
aman harmoni berumah tangga.
Thursday, 18 January 2018
HAJAT IBU MENULIS BUKU....
ASSALAMUALAIKUM....

TAK SAMPAI SETAHUN HAJAT IBU MENULIS BUKU TERCAPAI.....
Saya menulis cerita ini pada awal pagi.
Malam semalam kami meraikan kejayaan seorang ibu yang pertama kali menulis buku dalam hidupnya.
Hajat dia membantu ibu lain yang mengalami dilema dalam menyediakan pendidikan agama kepada anak, iaitu persediaan menjadi hafiz.
Penulis ini berkata banyak perkara bermain dalam fikiran seorang ibu, misalnya apakah yang meragukan dalam mendorong anak menjadi hafiz?
Benarkah bukan semua tahfiz tak sesuai kepada anak kita? Bagaimana mahu memilih? Akhirnya dia memilih menulis buku, Anakku Bakal Hafiz Buku ini membantu ibu-ibu yang masih mencari rentak dan membuat keputusan yang wajar. Hajat ibu ini menulis pengalaman dan pengetahuan dalam bentuk how-to dan cerita akhirnya tercapai. Buku pertama dalam tangan pada tahun baharu, bulan baharu.
Kita mempunyai empat jenis aset dalam diri yang dapat dijadikan bahan menulis.
Apa yang mesti dikuasai adalah bagaimana menyusun maklumat agar dilihat relevan pada mata pembaca dan dibaca?
Mahukah saudara belajar menguasai cara memenuhi impian sendiri menulis buku pertama?
Kita bertemu pada hari Sabtu, 27 Januari 2018 bagi menjadikan sebelas bulan di depan sebagai peluang menjadikan buku pertama muncul sekali dalam seumur hidup. Mendaftar di sini sebelum 20 Januari 2018, klik subscribepage.com/
EMEL ZAMRI MOHAMAD
|
Wednesday, 17 January 2018
MAMAN EMPUN..
ASSALAMUALAIKUM,,,,

TERIMA KASIH MAMAN EMPUN SUDI MENJADI FOLLOWER BARU BLOG KARYAKU YANG SEADANYA SAJA INI.
INFO MENGENAINYA TIDAK DAPAT DIKOREK HEH..HEH..
MOGA CERIA MENGIKUTI BLOG PI SAMBIL MENELUSURI BLOG2 YANG BERKENAN.

TERIMA KASIH MAMAN EMPUN SUDI MENJADI FOLLOWER BARU BLOG KARYAKU YANG SEADANYA SAJA INI.
INFO MENGENAINYA TIDAK DAPAT DIKOREK HEH..HEH..
MOGA CERIA MENGIKUTI BLOG PI SAMBIL MENELUSURI BLOG2 YANG BERKENAN.
Tuesday, 16 January 2018
Monday, 15 January 2018
MENUNGGANG HASRAT...
ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULILLAH JANUARI 018 SABTU SEMALAM SINAR HARIAN MEMBUKA RUANG PUISINYA DENGAN MENYELITKAN SAJAK PI ANTARA SAJAK YANG DISIARKAN...
TERIMA KASIH EDITOR SINAR HARIAN YANG SUDI MENYIARKAN KARYA KECIL PI.
INILAH KARYA PERTAMA PI DISIAR MEDIA BERCETAK PADA TAHUN INI
MEMANGKIN SEMANGAT PI LEBIH BERKOBAR-KOBAR UNTUK BERKARYA HEH...HEH..
ISYAA-ALLAH.
ALHAMDULILLAH JANUARI 018 SABTU SEMALAM SINAR HARIAN MEMBUKA RUANG PUISINYA DENGAN MENYELITKAN SAJAK PI ANTARA SAJAK YANG DISIARKAN...
TERIMA KASIH EDITOR SINAR HARIAN YANG SUDI MENYIARKAN KARYA KECIL PI.
INILAH KARYA PERTAMA PI DISIAR MEDIA BERCETAK PADA TAHUN INI
MEMANGKIN SEMANGAT PI LEBIH BERKOBAR-KOBAR UNTUK BERKARYA HEH...HEH..
ISYAA-ALLAH.
HEBAHAN KARYA TERSIAR DALAM AKHBAR HARI AHAD, SABTU DAN JUMAAT
AHAD - 14 JANUARI 2018
》 BERITA HARIAN
CERPEN
1] Menangis di Bulan Januari - Syuhada Salleh
CERPEN
1] Menangis di Bulan Januari - Syuhada Salleh
PUISI
1] Lelaki dari Banggul Derdap - Zain Idris At Tobiari @Zainol Idris
2] Rumah Diri di Tahun Baru - Nazri Hussein
3] 1 Januari 2010 - Rosli K Matari
1] Lelaki dari Banggul Derdap - Zain Idris At Tobiari @Zainol Idris
2] Rumah Diri di Tahun Baru - Nazri Hussein
3] 1 Januari 2010 - Rosli K Matari
》 MINGGUAN MALAYSIA
RENCANA
1] Bukan Mudah Jadi Pengkritik - Md Ishak A Rahman
2] Pendidikan Seni Satukan Bangsa - Dr. Mohd. Rizon Juhari
3] Bahasa {enanda Identiti Bangsa - DrRaja Rajeswari Seetha Raman
4] Integrasi Nasional dari Kaca Mata Mahasiswa - Tangaprabu Murthy
RENCANA
1] Bukan Mudah Jadi Pengkritik - Md Ishak A Rahman
2] Pendidikan Seni Satukan Bangsa - Dr. Mohd. Rizon Juhari
3] Bahasa {enanda Identiti Bangsa - DrRaja Rajeswari Seetha Raman
4] Integrasi Nasional dari Kaca Mata Mahasiswa - Tangaprabu Murthy
CERPEN
1] Platonik pun Runtuh di Musim Gugur - Tiras Raduan
1] Platonik pun Runtuh di Musim Gugur - Tiras Raduan
PUISI
1] Aku Memilih Ladang Bahasa - SMahadzir Syed Ibrahim
2] Di Halaman Muhasabah - Efandi Yusop
3] Puing - Muhamad Abdullah
4] Selamat Tahun Baharu 'Pedra Branca' - Mamu MK Hasny
5] Jauh dari Keselesaan - Aladin Mohamad
1] Aku Memilih Ladang Bahasa - SMahadzir Syed Ibrahim
2] Di Halaman Muhasabah - Efandi Yusop
3] Puing - Muhamad Abdullah
4] Selamat Tahun Baharu 'Pedra Branca' - Mamu MK Hasny
5] Jauh dari Keselesaan - Aladin Mohamad
ULASAN BUKU
1] Unsur Keterkejutan, Kepelikan dan Antiplot Boleh Menyebabkan Pembaca 'Mati Mengejut' - Akademik Sanggar Nurimas
1] Unsur Keterkejutan, Kepelikan dan Antiplot Boleh Menyebabkan Pembaca 'Mati Mengejut' - Akademik Sanggar Nurimas
SABTU - 13 JANUARI 2018
CERPEN
1] Tiada Ruangan Cerpen.
1] Tiada Ruangan Cerpen.
PUISI
1] Hunimodun - Marnie Daurin
2] Diari Perjalanan - Sudin Sulaiman
3] Limitasi Sebuah Perjuangan - Ilham Nazmi
4] Pada Rindu Ada Benci - Karisma Rindu
5] Tahun Baru - Sujata Wee
6] Menunggang Hasrat - Paridah Ishak
7] Rayuan Sesuatu - Oui Bin Sal
8] Puteri Gunung Tinggi - Ain Afiqah
1] Hunimodun - Marnie Daurin
2] Diari Perjalanan - Sudin Sulaiman
3] Limitasi Sebuah Perjuangan - Ilham Nazmi
4] Pada Rindu Ada Benci - Karisma Rindu
5] Tahun Baru - Sujata Wee
6] Menunggang Hasrat - Paridah Ishak
7] Rayuan Sesuatu - Oui Bin Sal
8] Puteri Gunung Tinggi - Ain Afiqah
》 UTUSAN MALAYSIA
CERPEN
1] Kijang Berbulu Emas - Ismail Hashim
2] Cinta Bukan Sahaya - Zulaikha Adam
CERPEN
1] Kijang Berbulu Emas - Ismail Hashim
2] Cinta Bukan Sahaya - Zulaikha Adam
PUISI
1] Niat - Saiful Shapiai
2] Lukisan Sejarah Kita - Suzana Jumadil
3] Cerita di Warung Parit Pulai - Raja Abdul Rahman Raja Basok
4] Untukmu Nenek - Iskandar Zulfaqar
1] Niat - Saiful Shapiai
2] Lukisan Sejarah Kita - Suzana Jumadil
3] Cerita di Warung Parit Pulai - Raja Abdul Rahman Raja Basok
4] Untukmu Nenek - Iskandar Zulfaqar
PEMENANG BULAN DISEMBER
CERPEN
Menjerat Ayam di Hutan, Dapatnya di Kampung - Nasir Ali
CERPEN
Menjerat Ayam di Hutan, Dapatnya di Kampung - Nasir Ali
PUISI
Pondok Usang di Tengah Sawah - Namaz ZH
Pondok Usang di Tengah Sawah - Namaz ZH
JUMAAT - 12 JANUARI 2018
CERPEN
1] Jerusalem Menangis - Lokman Hakim
1] Jerusalem Menangis - Lokman Hakim
PUISI
1] Lukisan - Abdullah Hussaini
1] Lukisan - Abdullah Hussaini
Syabas dan tahniah kepada semua penulis. Teruskan berkarya demi memartabatkan bahasa dan sastera negara.
share pos fb cikgu Helmi Ahamad
Subscribe to:
Posts (Atom)
MyBloglist
-
-
Apa Itu Studio Ghibli? - Apa Itu Studio Ghibli? Studio Ghibli (*Sumber Gambar*) Studio Ghibli adalah sebuah nama yang tidak asing bagi peminat animasi di seluruh dunia. Studi...2 days ago
-
Balik Kampung - Selamat Hari Raya - Bismillahirrahanirrahim. Nampaknya semangat untuk berhari raya sudah tidak dapat dibendung lagi. Masing-masing sibuk membuat persiapan menyambut Syawal y...2 days ago
-
Siem Reap, Cambodia: Angkor Holiday Hotel - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Bersambung dari *SINI*. perjalanan dari Poipet ke Siem Reap mengambil masa hampir 3 jam. dalam perjalanan, kami cuma ber...3 days ago
-
RESEPI APAM BERAS - Assalamualaikum semua, Aku buat apam beras ini sebab tertengok kat tiktok ada yang jual apam kampung 4 keping rm6 lepas tu kelapa asing RM2. Memang maca...3 days ago
-
Patutkan saya membeli Proton S70? - Baru baru ni aku ada baca satu post di mana dalam post tu bagitau, Proton S70 menjadi kereta sedan segmen C yang paling laku pada tahun 2024. Kalau d...3 days ago
-
Pakcik Petai Viral - Salam bertani Hari selasa lepas, si Bainun sapi wak beranak sulung anak jantan. Tarikh lahirnya sama dengan blogger fofula UG tu. Wak nak namakan gedEx ...3 days ago
-
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2025 - Assalamualaikum, Hampir penghujung Ramadan dan semuanya dah bersemangat nak balik Kampung. Aku pun nak balik kampung esok. Walaupun kedua ibu dan bap...4 days ago
-
Office deko di bulan Ramadan - Salam 24 Ramadansempena bulan puasa dan hari raya, ada decoration tambahandi counter receptionist deko bertemakan bulan Ramadan dan Hari Rayabongkahan-bon...6 days ago
-
Bye-Bye My Proton Persona - Assalamualaikum korang. Salam Ramadhan. Hari ini 24 Mac 2025, aku baru nak start menulis di tahun 2025 bagi Blog* dorsettpink.com* . huhu... Lambat nya....1 week ago
-
Serba Putih Family Etuza Sempena Perkahwinan Azie & Fikri - *Serba Putih Family Etuza Sempena Perkahwinan Azie & Fikri* *Asalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat blogger dimanapun anda berada, semoga...1 week ago
-
Resepi Ayam Bakar Lada Hitam Terpantas - Kot-kot laa tak ada idea nak masak untuk iftar, boleh laa buat resepi yang ringkas ni. SS biasanya masak ringkas-ringkas saja. *Bahan Kisar :* 1. Ba...1 week ago
-
Kisah masak lemak buah labu - Sebelum nak kongsi resepi masak lemak labu , kak ana ada satu kisah nak cerita dengan ampa semua kisah buah labu pemberian jiran kak ana nih. Jiran kak an...1 week ago
-
ZAKAT FITRAH 1446H - * ZAKAT FITRAH 1446H |* Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. WAJIB ke atas penanggung yang bertanggungjawab mena...1 week ago
-
Closing down sales @ bookxcess kl east mall - Hye guys, dah ada yang pergi melawat closing down sales bookxcess tak? AD berkesempatan untuk pergi ke sana hari jumaat apabila mereka mengadakan premier...1 week ago
-
Salam Ramadhan 1446H - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Salam Ramadhan 1446H.* Pejam celik pejam celik dah 16 hari kita berpuasa. Dari awa...2 weeks ago
-
Kenangan... - Kita tidak mampu untuk mencatat setiap apa yang berlaku sehari dalam hidup ini. Setiap saat akan ada saja perkara-perkara yang terjadi... dan pastinya ap...2 weeks ago
-
MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025 - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog *www.hanshanis.com* sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah menghadiri *Takli...2 weeks ago
-
Normalisasi Bekerja Secara Hibrid (Hybrid Work Models) - Assalamualaikum. Sepanjang lebih sedekad terlibat sepenuh masa dalam pelbagai inisiatif digital melalui kerjasama agensi dan rakan industri, saya dapat m...2 weeks ago
-
Kuih Seri Muka yang tidak berseri - *Kuih Seri Muka yang tidak berseri* Mama Yan teringin nak makan seri muka, Anak kembar MY pun suka juga kuih seri muka, Kalau Ucid, kuih seri muka tu, Setak...3 weeks ago
-
Giveaway Kerajaan Kelapa - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua.. Jom kita sama2 memeriahkan GA Cuya.. Klik banner kat atas untuk join.. Cepat2!!! Dah na...4 weeks ago
-
Pregnant at 40 - Aku menangis bila doktor kata aku dah tunjuk simptom pre-menopause - *Februari 2025 * *Awal Februari, *aku perasan period aku lambat. So, aku buat UPT ( Home pregnancy test). Nampak 2 garis menandakan positive for pregnanc...1 month ago
-
-
Pakej Haji Premium bagi Golongan Profesional Tahun 2025 - Saban tahun apabila bermula musim mengerjakan haji, sering berlaku kes ada jemaah menjadi mangsa kepada kelemahan tatakelola daripada ejen atau agensi ...2 months ago
-
Twincity Marathon 2025: Sedekad Melakar Senyuman - Twincity Marathon 2025: Sedekad Melakar Senyuman *PUTRAJAYA*, *12 Januari 2025* – Twincity Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, men...2 months ago
-
Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya - [image: Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya] Saya dah lama khatam buku bertajuk “ Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya”. Memang bagus cuma belum terb...3 months ago
-
Antara Sifat 20 dan Tauhid 3 - Saja la kali ni aku nk berkongsi cerita. Sebab sekarang ni kan tengah hangat dengan kes Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024. Dan ora...4 months ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...11 months ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...11 months ago
-
Tempat Pertama Pertandingan...2023 - *Assalamualaikum & Salam Sejahtera...* Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita... Di Bawah Adalah Gambar Lama......11 months ago
-
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan - *Soalan:* Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan. *Jawapan: * Hukum bagi wani...1 year ago
-
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...1 year ago
-
Awal Muharram - Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah - Assalamualaikum wbt, Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar islam. Tarikh Maal Hijrah tahun 2023 bersamaan dengan 1 Muharram 1945H jatuh pada...1 year ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...1 year ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...1 year ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...1 year ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...3 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...3 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...3 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...3 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...3 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...3 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...4 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...4 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...4 years ago
-
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...5 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...5 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...5 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...5 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...5 years ago
-
MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...5 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...5 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...5 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...6 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...6 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...6 years ago
-
WW#29 Doa Pergi Bekerja - Assalamualaikum Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup kita....aamiin.6 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...6 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...7 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...7 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...7 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...7 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...8 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...8 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...8 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...8 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA8 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...9 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...9 years ago