Sunday, 21 January 2018

SETIA SEPAKAT....

ASSALAMUALAIKUM..






SETIA 

Halia kelat selada reja,
tanjung  di kali dipinta dewi;
setia rakyat kepada raja.
menjunjung duli cinta pertiwi.

Saat panitia pinda cara,
hujjah di ruang  rusuh membentang;
taat setia pada negara,
gagah berjuang musuh ditentang .

Rengguh gergaji randu petia,
rata perhati dahan keranji;
berteguh janji padu setia,
cinta sejati tahan diuji.


RINDU 

Ikan pelata lewa berudu,
cemperai adu di dalam kopi;
lelapkan mata bawa beradu,
melerai rindu di alam mimpi.



Rangin dedalu mengkudu karim,
raga di para tempat bertamu;
di angin lalu rindu dikirim,
moga segera dapat bertemu.



BELI 

Lali menjamah lugai melayah,
cenderawasih reda melayang;
beli rumah sebagai hadiah,
tanda kasih pada yang tersayang.


Barli diremas bentuk saduran,
buang  di depan kian menyusut;
beli emas untuk pelaburan,
wang disimpan nilaian merosot.



Belinja rakan sorong ke kali,
terkuit kaki gagal menampang;
belanja sakan memborong beli,
duit berbaki tinggal sekupang.

SEPAKAT 

Ikat senjata ladang  dituju,
ganti sepatu meredah pula;
sepakat kata sidang setuju,
hati bersatu mudah 

Cenderai sisih selak cempedak,
dekat jeriji hanya cendana;
bercerai kasih bertalak tidak,
sepakat   janji ertinya sirna.


 Sawi berkudup ringan disukat,
di taman mini khemah terjaga;
lalui hidup dengan sepakat,

aman harmoni berumah tangga.

14 comments:

  1. TKSH FATIN BERPANTUN SUKA2 JE

    ReplyDelete
  2. buku2 tu kemudian nt diedarkan ke mana kak?

    ReplyDelete
  3. TKSH NADHIE...INSYAA ALLAH BIASA2 JE IKUT FORMAT PANTUN HEH..HEH..

    ReplyDelete
  4. TKSH HANA..ISHH XDELH..OK2 JE

    ReplyDelete
  5. TKSH ANIES...BUKU TU HASIL GABUNGAN KRYA RAMAI PENULIS...MASING2 AKAN MDAPAT 25 BUAH...KALAU PENULISNYA RAJIN SKJP JA HBS DIJUAL..DPT KAT KAK DISUSUN PENUH LEMARI BUKU...ADALA YG DIJUAL SATU DUA. KALAU BUKU TERBITAN SIFU DIHNTAR KE PERPUSTAKAAN NEGARA SBG KARYA WARISAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh! penulis-penulis dapat percuma ke?
      Kemudian terserah kepada mereka nak buat apa ya

      Delete
  6. TKSH MRSA...YG KOLOBRASI KENA BYR SECARA BRKONGSI...BANYK JUGA PENERBIT MMBERI PERCUMA SEBUAH BUKU SEKIRANYA KITA MENYUMBANG SEBUAH KARYA. UNTUNGLAH KALAU PNULIS DPT BUKU PERCUMA BNYAK GITU KMDIAN DIJUAL...XMAUNYA HEH..HEH..RAMAILH YG NK TERBIT BUKU JE...ONGKOSNYA TU YG BUAT RAMAI PENULIS HRPKN DBP JE YG TERBIT BUKU MRK.

    ReplyDelete
  7. bestnya ada bakat menulis.
    Moga terus suksess Kak PI.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist