Monday, 30 October 2017

MENJUMLAH MAHU...

Assalamualaikum...



MENJUMLAH MAHU

27 Oktober 017
Dengan kusyuk tawaduk
memanda PM Malaysia
menaksir Belanjawan Negara lewat sore hening.
Selonggok demi selonggok ringgit berjuta
disisih satu persatu
Merancang rencana bijaksana
cermat teliti mencongak kira
liputi segenap warga
mengambil endah perlu sebenar
daripada janin dikandungan hingga lanjut usia.
Terkedu menanggapi ketulusan perancang belanjawan
meski ekonomi ketara suram temaram
kesangsian dinafikan.
Helaian kertas meninta angka-angka
tidak sedikit jumlahnya.
Alhamdulillah!
Negara tercinta masih kaya raya
usirlah ragu menjauhi wasangka
justeru janji yang tertulis rapi
tidak dimungkiri
semata benar.
Insyaa-Allah.

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
SELANGOR DE



Saturday, 28 October 2017

KEK SPAN GEBUS...

ASSAKAMUALAIKUM...

PETANG SEMALAM MESTI RAMAI YANG TERCONGOK DEPAN TV TIDAK BERKELIP MENONTON PM MEMBENTANGKAN BELANJAWAN NEGARA 2018....ALHAMDULILLAH RAMAI YANG MENARIK NAFAS LEGA KERANA BELANJAWAN YANG MENYELURUHI SETIAP WARGA  LANGSUNG TIDAK MEMBEBANKAN.....BANYAK POTONGAN CUKAI DIBUAT ATAU DITIADAKAN.....INSENTIF DIBERI KEPADA GOLONGAN SASAR MEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI SEHINGGA JANIN DALAM KANDUNGAN TIDAK DILUPAKAN...

BOLEHLAH BERSENANG HATI KE DAPUR MEMASAK RESEPI KESUKAAN MERAIKANNYA APALAGI BERSAMA KELUARGA DI HUJUNG MINGGU..RESEPI SIMPLE TAPI SEDAP OK JE

Image may contain: dessert and food
Image may contain: food

Campur je semua bahan sekaligus..... 5 biji telur gred A/B,2 sudu besar ovalet (xtau cari kt kedai bakeri), 60ml susu segar/susu cair, 100gram gula caster, 100gram tepung naik sendiri(saya guna superfine), 60gram tepung jagung, 1sudu teh esen vanila...putar sampai bertukar kaler putih ...(saya buat 5 minit je).....Masa buat ni...sambil tu panaskan oven selama 15 minit


Da kembang tu...Masukkan 65gram(1/4 butter yang dicairkan)..kaup balikkan sebati...


Image may contain: flower and food
Image may contain: food

Bakar api atas bawah pada suhu 170@180 ikut oven masing2....oven saya 170 selama 45 minit..saya guna loyang 8 inci...alaskan baking paper ye...

Image may contain: food




Page Liked · May 22 
 

Tara...naik da membukit...
Image may contain: foodImage may contain: flower and food



Friday, 27 October 2017

PERBAIKI HATI

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA

Ketika yang pal
Hati yg rusak adalah yang membatu dan berpenyakit
rawatlah setiap hari dengan
syahadah dan zikrullah

Adakalanya Allah Swt membiarkan kegagalan
agar manusia belajar tentang rendah hati dan pantang menyerah kalah



Di akhirat nanti...
tinta para ulama setara 
darah syuhada
dua perjuangan semata mata kerana Allah Swt

USTAZAH SITI NURBAYAH USMAN

Thursday, 26 October 2017

BAGAIMANA MEYAKINKAN PEMBACA TULISAN ANDA...

ASSALAMUALAIKUM...

Oprah Winfrey berkata, "Bahasa adalah kuasa."
Kenapa orang yang tidak terkenal pun dilihat penting?
Kerana strategi dan taktik berbahasa dalam penulisan berpengaruh.


Azzah (foto) menguasai tiga kemahiran menggunakan bahasa berpengaruh dalam penulisan bagi membina 86,875 pembaca secara organik.
Enam hari lagi, pada hari Ahad 29 Oktober dia akan memberikan kemahiran cara dilihat mahal, penting dan mesti didengar hanya menggunakan penulisan bahasa Melayu.
Dapat digunakan oleh penulis, peniaga dan individu yang mahu menaikkan jenama diri bermula tahun hadapan.
Klik pautan ini bagi maklumat lanjut modul, yuran dan lokasi di > subscribepage.com/bahasapersuasif

Tuesday, 24 October 2017

SADISME...

ASSAIAMUALAIKUM....




SADISME

Mengoyak luka
merobek hiba
menghancurlumat seluruh rasa
lampaui jangkau selaru haru
bersimpang perenang
melorong simpang logik benar.
kezaliman fenomena geruh situasi gerun.
War-war ngeri
seolah isu semula jadi
tidak wajar dipeduli
mengurai sangsi kejadian.
Namun sadisme cerita duka
gemar diperkata di bilik berita
mengulang-ngulangnya
bagai kelam gerhana purnama
merunyam rencam rencah hidup
bergejala era semasa
bukan luar biasa.
Apakah maksud hendak diberi?
Sulit membongkar nawaitu.
Tertanyalah kita wajarkah?
ledakan heboh ceritera tarbiah jiwa muda.

PARIDAH ISHAK
ULU JEMPOL

PAHANG DM

Monday, 23 October 2017

KISAH AHAD 22 OKT YANG MENGUJAKAN...

ASSALAMUALAIKUM....

HARI SABTU PI BERSAMA ANAK-ANAK KE BENTONG  MENGGHADIRI KENDURI PERKAHWINAN ANAK SAUDARA PI IAITU AMEER YANG PI TULIS N3 MINGGU LEPAS.

MAJLIS KALI NI SEMPENA SAMBUT MENANTU BAGI PIHAK LELAKI PULA....WALAU DIRI TAK BERAPA LARAT UNTUK BERLAMA DALAM APA APA MAJLIS TAPI DITAHANKAN SAJALAH.

BERMALAM DI HOMESTAY BENUS BERDEKATAN SITU SETELAH USAI MAJLIS.
HOMESTAY MILIK SEORANG USTAZ YANG LENGKAP DAN SELESA DIDIAMI.

PAGI AHAD WIFI YANG DIKONGSI DARI RUMAH ADIK MASIH ADA...JADI DAPATLAH BERWAHTSAPP DENGAN KAWAN-KAWAN GRUP.....KAWAN KAWAN MENGHULUR UCAPAN TAHNIAH KERANA TIGA KARYA PI DISIAR MEDIA CETAK HARI AHAD....MINGGUAN MALAYSIA SIARKAN SAJAK SADISME.....SINAR HARIAN PULA SIARKAN PUISI SELOKA AUR DAN ENAU SEMENTARA  CERPEN GEGARAN KASIH DISIARKAN MINGGUAN WANITA.

SESEKALI CEMPEDAK MENJADI NANGKA SEDAP JUGA HEH...HEH..

ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH KEPADA EDITOR SINAR HARIAN...EDITOR MINGGUAN MALAYSIA....EDITOR MUNGGUAN WANITA JUSTERU SUDI MENYIARKAN KARYA KECIL PI YANG SERBA KEKURANGAN ITU.





Friday, 20 October 2017

MULIA DI SISI ALLAH

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA

KALAU ADA YANG PERASAN PI MUTAKHIR INI SUDAH JARANG DAPAT MENGUPDATE BLOG SECARA KONSISTEN.....ASYIK TIMBUL TENGGELAM JE...

BUKANNYA APA PC PI YANG MASALAH...ASYIK MERAGAM JE DIA. SEKEJAP OK SEKEJAP DEMAM...PABILA DIBAIKI ELOK SEKEJAP....NAK BELI BARU BAJET TAKDE PULA HEH..HEH..

KADANG PC OK TAPI LINE PULA SEMPUT....MACAM MACAM HALNYA YA..



Thursday, 19 October 2017

Cinta sejati sepasang penyair...

Assalamualaikum..

QAIS DAN LAILA

Qalam Bertinta dan isterinya Cahaya Laila adalah pasangan romantis yang mengabadikan cinta sehati sejiwa antara kedua mereka. Dan melaksanakan  tanggung-jawab dalam perkahwinan mereka begitu indah tanpa gundah walau isteri tersayang seorang  OKU. Cahaya Laila isteri kesayangan Qalam Bertinta menjadi lumpuh separa setelah melahirkan cahaya permata.kedua-duanya.

Namun penulis/pemyair yang reda dengan takdir-Nya melestarikan hidupnya dengan sokongan dan kasih sayang suaminya QB dengan tidak berbelah bahagi.

Alhamdulillah kehidupan pasangan ini sempurna berbahagia hingga kini.sambil meneruskan aktiviti yang mereka berdua minati sebaga pengkarya seni penulisan kreatif.

PI tersentuh hati dengan kisah pasangan ini,. tegar sekali semangatnya menempuhi pancaroba hidup berliku yang dipenuhi reba dan ranjaunya.


QALAM BERTINTA DAN CAHAYA LAILA SEDANG BERDUET LAGU DALAM SEBUAH ACARA SASTERA.


Ps
PI baru mendapat msg daripada penyair QB yang menyatakan terima kasih kepada PI justeru mengupdate kisah beliau dan isteri CLdi blog. Lebih tersentuh hati PI kala QB mengatakan sebenarnya isteri tercinta CL adalah OKU sejak lahir. Maafkan PI kerana tidak menyelidiki fakta sebenarnya tetapi menulis berdasarkan andaian kisah yang dipapar di fb semata.
Dan kita pun berfikir lelaki budiman pengasih penyayang ramai lagi di sudut dunia sebagai khalifah yang bertanggung jawab kepada keluarga cuma terpencil ...ditemui kadang-kadang. Namun keseluruhanya lelaki bersifat mulia ...adalah segala kekuatan dan semangat wanita. Tempat mereka menggantung harapan.
Tahniah kepada QB dll lelaki budiman yang amat prihatin pada golongan wanita lemah dan perlukan kasih sayag perhatia juga bantuan. 

Monday, 16 October 2017

CUTI SEKOLAH JOM BALIK KAMPUNG...

ASSALAMUALAIKUM....

MUSIM CUTI SEKOLAH TIBA LAGI.....SERONOKNYA ANAK-ANAK SEKOLAH YANG SEMENTARA WAKTU TIDAK PERLU KE SEKOLAH...BOLEHLAH BALIK KAMPUNG BERTEMU ATOK NENEK DAN SAUDARA MARA DI SANA.....MUSIM CUTI SEKOLAH JUGA SINONIM DENGAN ACARA MAJLIS PERKAHWINAN......RAMAI YANG BERKENDURI KENDARA MENYAMBUT MENANTU....SUASANANYA PASTI MERIAH....TAK RUGI HADIRINYA.
BOLEHLAH MENJAMU SELERA DENGAN JUADAH ENAK YANG DIHIDANGKAN.

MINGGU LEPAS ANAK SAUDARA PI AMEER AZAMAN TELAH MELANGSUNGKAN PERNIKAHANNYA DENGAN .AIDA SEORANG GADIS MANIS BERASAL DARI PEKAN.
MAJLIS PERNIKAHAN DAN KENDURINYA DIADAKAN DI KAMPUNG HALAMAN PENGANTIN PEREMPUAN DI PEKAN PAHANG.

SELAMAT PENGANTIN BARU AMEER DAN AIDA....MOGA KEKAL BAHAGIA BERSAMA HINGGA KE SYURGA




Saturday, 14 October 2017

MAHU BELAJAR MENULIS SECARA BERPENGARUH...

ASSALAMUALAIKUM........




Kita menguasai masa hadapan apabila menguasai perkataan. Oprah Winfrey berkata, "Bahasa adalah kuasa."
Pada hari Ahad, 29 Oktober, Bengkel Bahasa Persuasif. Membina Pembaca Melalui Iklan dan Kandungan.

Bengkel akan diadakan khusus untuk saudara.
Bengkel ini pertama kali diadakan di Kuala Lumpur semata-mata untuk saudara sebelum ia dilancarkan sebagai modul profesional latihan kumpulan penulis di 남이섬, Pulau Nami, Korea.
Modul-modul di bawah sudah pun diamalkan sebelum ini dalam perkara berikut;
  1. Membantu bagi membina 86,875 pembaca secara organik.
  2. Pernah digunakan untuk menukarkan buku yang tersangkut di gudang selama dua tahun menjadi buku memenangi anugerah pilihan pembacadua tahun berturut-turut.
  3. Diamalkan bagi membina 400 sehingga 800 pembaca sebelum buku siap. Penulisnya pun tidak terkenal dan bermula kosong.
  4. Membantu menukarkan posisi penulis dilihat terdesak dan murah dengan persepsi dilihat penting dan mahal. Pembaca rasa berbaloi mengikuti dan membayar karya yang diterbitkan.
  5. Tahun ini modul-modul ini digunakan bagi menaikkan nilai sebuah buku berharga dua angka menjadi tiga angka dalam pasaran sepanjang tempoh tiga minggu sahaja.
  6. Mengalihkan kegagalan jualan sebuah buku pertanian di kedai-kedai buku menjadi 2000 pesanan.
  7. Menukarkan senarai proposal penulis yang ditolak kepada sesuatu dimahukan penerbit. Sedangkan itu manuskrip yang sama.
Lihat enam cara membina penulisan berpengaruh dalam laman web ini, klik di sini subscribepage.com/bahasapersuasif
 EMEL ZAMRI MOHAMAD

Monday, 9 October 2017

SELAMAT PENGANTIN BARU ANI....

ASSALAMUALAIKUM...

KEBAHGIAAN HIDUP MILIK SEMUA

ANI SAHABAT SEPERSEKOLAHAN  PI LAMA DAHULU BARU-BARU INI TELAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINANNYA....TAHNIAH ANI...PI TURUT GEMBIRA DENGAN KEBAHGIAN HIDUP SAHABAT....ANI DAN PI TELAH BERPISAH PULUHAN TAHUN SETELAH TAMAT ERA PERSEKOLAHAN.....BERTEMU SEMULA VIA ALAM MAYA SETELAH BELIAU KEBETULAN TERBACA BLOG YANG PI TULIS.

BERHUBUNGLAH KAMI SEMULA MELALUI FB DAN AKHIRNYA BERTEMU SECARA NYATA.DUA KALI KERANA KESUNGGUHAN BELIAU MENCARI KEBERADAAN PI WALAU PI TIDAK MEMBERIKANNYA ALAMAT TEPAT.

ANI SANGAT RAPAT DENGAN PI TIKA BERSEKOLAH DI SMART KUANTAN DULU. ...SERINGKALI BELIAU MENJADI TEMPAT PI MINTA PERTOLONGAN MENGEPOS SURAT KERANA BELIAU TINGGAL BERSAMA KELUARGANYA TIDAK DI ASRAMA SEPERTI PI..

SAHABAT PI INI SEORANG BISNESWOMEN BERJAYA YANG POSITIF DENGAN HIDUPNYA.......BERANI MENGHADAPI APA SAJA YANG MERINTANGI KEMAHUANNYA DEMI MENCAPAI BAHAGIA....JODOH BELIAU ADALAH BEKAS GURUNYA...

SELAMAT PENGANTIN BARU ANI SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA SYURGA.





...
.SEMUA PIC WALL FB ANI

Sunday, 8 October 2017

JOM BELI SINAR HARIAN....

ASSALAMUALAIKUM...

KEJUTAN SINAR HARIAN AHAD 8 0KT 2017

Sebuah penghargaan bersekali pengiktirafan kepada keterlibatan kak pidah dalam gelanggang penulisan karya kreatif. Mekar bangga dan sebak hati sehingga titis air mata basahi pipi. Terima kasih Puan Nurhidayu SINAR HARIAN atas kesudian menjadikan kak pidah sebagai salah seorang IKON SENI DAN BUDAYA akhbar SINAR HARIAN AHAD walau kak pidah bukan sesiapapun. 
Menjawab semua soalan yang dikemukakan Puan Nurhidayu bukanlah mudah. Ambil masa tiga hari juga baru selesai. Heh…heh…lama tu. Itupun mujur dibantu sahabat penulis cikgu Pauzi yang menyumbang ide bernas. Terima kasih banyak cikgu Pauzi. Sepanjang mengenali cikgu di alam maya fb sudah seringkali cikgu membantu kak pidah. Baik budi yang dikenang abadi.
Terima kasih anak-anak kak pidah yang sentiasa berusaha memahami minat ibu mereka dan memenuhi keperluannya. Memang sukar sangat bagi anak-anak untuk melayani dan menguruskan ibu mereka yang kurang berdaya ini.
Terima kasih sahabat penulis Noorlaila Ghafar yang menggalakan sahabatnya ini untuk rajin menghasilkan karya dan memperbetulkan kesilapannya.
Terima kasih Saniah Masri/Ilham suri dan sahabat-sahabat GBT Yahti Hayati, Nor Azizah Idris, Ct Nurza, Sri Mawar, Russ Asan, Zuraida Dewi, Khaziah Yem dll yang turut berperanan memupuk minat berkarya.
Terima kasih sifu Tabir Alam yang tidak jemu membimbing dan menurunkan ilmu untuk berkarya dengan betul pelbagai genre puisi dll sehingga berjaya menghasilkan susunan antologi pelbagai judul bersama SPTA.
Terima kasih ustaz Ilhami Hisyam memberi peluang kepada kak pidah menerbitkan beberapa antologi bersama BeTA yang menjadi pembuka langkah permulaan untuk giat berkarya.
Terima kasih Dr. Zabidin sudi menerbitkan 10 buah antologi karya sajak bersama KARYAWAN Pk BANDAR BANDAR DI PERAK yang jadi pemangkin semangat berkarya..
Terima kasih along akademi Sanggar Nurimas,Ilham Pujangga, Zaleena Ena, Sabariah Nur Salleh, Tunku Zarita, Fyda, Fadyanur, Nurul Syahida grup Tribunal Cinta PENA PADU AC Jafrie yang sentiasa berkongsi ilmu dan memberi peluang kak pidah menerbitkan beberapa tambahan karya.

Anlian adalah penyebab keberadaan kak pidah di sini walau hanya sebagai penulis marhaen OKU sementara nadi masih berdenyut sebelum keuzuran membawa renta.



SOALAN-SOALAN PUAN AYU EDITOR SINAR HARIAN...


Salam sejahtera, 
Saya Ayu dari Sinar Harian.
Tujuan ruangan IKON SENI & BUDAYA ini adalah untuk memberi peluang kepada tokoh-tokoh seni dan kebudayaan berkongsi perihal peribadi diri kepada umum selain bercerita mengenai perkembangan terbaru.
Berikut saya lampirkan soalan yang berkaitan.
Di sini, saya nyatakan soalan-soalannya. Harap dapat perhatian daripada pihak Tuan/Puan.
SOALAN:
1)    Ceritakan mengenai diri anda?
Jawapan: Saya dilahirkan di kg Dulang Kechil, Yen Kedah. Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan Dulang Kechil Kedah dan Ulu Jempol Pahang. Peringkat menengah pula di Sekolah Menengah Yan, Sekolah Menengah Keb Maran dan Sekolah Menengah Abd.RahmanTalib Kuantan.
Mula giat menulis sejak 1976 dalam pelbagai genre. Karya eceran disiar UTUSAN MALAYSIA, PENEROKA, DEWAN SASTERA.
Setelah berkahwin meninggalkan dunia penulisan justeru kesibukan menguruskan anak-anak dan rutin sebagai generasi kedua FELDA Ulu Jempol, Pahang.
1987 terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya Karak bersama suami dan empat orang anak yang masih kecil. Tika itu anak bongsu baru berusia 50 hari. Menyebabkan koma hampir sebulan, kelumpuhan separa dan hilang suara. Selama tiga tahun terlantar lumpuh dan upaya hidup dibantu suami, emak, ayah, adik-adik, keluarga terdekat, jiran-jiran dan kawan-kawan.  Bantuan keprihatinan amat dihargai, disanjung tinggi dan dikenang selamanya.
Kini setelah diberi Allah sedikit kekuatan mulai menulis kembali. Menaip karya di pc menggunakan tangan kanan yang berfungsi membantu semua keperluan diri seadanya. DIsamping menguruskan anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah hingga kesemuanya tamat pengajian.
Alhamdulillah sepanjang 2016-2017 telah berjaya menghasilkan beberapa antologi cerpen bersama penulis tanah air dengan beberapa penerbitan   


2)    Bagaimana boleh terbabit dengan dunia seni & budaya? Bagaimana ia bermula? Sebab apa? Ceritakan dari awal mengenai pembabitan anda dalam bidang ini.
Jawapan: Sejak zaman persekolahan memang berminat dalam sastera dan mengikuti aliran sastera justeru tertarik dengan unsur-unsur keindahan bahasa yang terkandung dalam pelajaran sastera yang dipelajari. Selepas itu sering pula ikuti kursus penulisan anjuran DewanPersuratan Melayu  Pahang dan pernah juga ikuti kursus penulisan cerpen anjuran DBP dibawah bimbingan sifu penulisan Dr Zaharah Nawawi. Rangsangan dan dorongan kerana sering menggauli aktivitis seni sastera menebalkan minat dan tekad menceburi bidang ini. Dan sejak itu saya cuba untuk berdiri sebagai penulis walau tidak dikenali sesiapa. Soal dikenali atau tidak bukan masalah besar bagi saya. Yang penting berkarya dengan minat dan kesungguhan.
3)    Apakah pembaharuan/ kelainan yang dibawa dalam bidang yang diceburi?
Jawapan: Berhubung dengan gaya penulisan tiada kelainan yang cuba ditampilkan. Setiap penulis mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Pada saya mesej yang hendak disampaikan lebih utama. Menggunakan susunan bahasa yang mudah difahami amat perlu. Cuma sebagai penulis era akhir 70-an, saya masih juga meneruskan  cara penulisan gaya penulis lama. Lebih berterus terang tapi agak lunak. Disamping mengekalkan diksi-diksi yang puitis mengesankan kepada pembaca. Gaya penulisan yang selesa pada saya dan mudah dicerna.

4)    Siapa idola anda?
Jawapan: SN USMAN AWANG.
5)    Sebagai seorang penggiat seni & budaya, bagaimana anda melihat perkembangan industri seni & pada masa ini?
Jawapan: saya melihat industri seni sedang berkembang seiring dengan perkembangan  semasa dan keperluannya. Namun pendedahan kepada masyarakat khalayak, saya berpendapat perlu diperkemas lagi. Pelbagai program melalui pelbagai agensi, pertubuhan, badan berkanun, NGO dan sebagainya harus dirangka dengan lebih proaktif supaya perkembangan dunia seni terutama sastera akan terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutama di kawasan kampung-kampung dan taman-taman perumahan.
6)    Bagaimana pula mahu memupuk orang ramai agar meminati bidang ini
Jawapan:  Kalau ganjarannya agak lumayan jika menghasilkan karya dalam bidang ini tentu tidak susah memupuk minat generasi untuk turut sama melibatkan diri. Mungkin ramai yang berminat untuk turut berkarya dalam bidang seni sastera tapi menjadi tidak tertarik kerana imbuhan pada setiap karya agak kecil berbanding masa yang diperlukan agak lama untuk menghasilkan sesebuah karya kreatif bermutu.  
7) Pada pendapat anda, bagaimanakah industri seni & budaya mampu membentuk negara membangun dan maju? 
Jawapan: Seni itu indah dan halus. Budaya adalah sosio kehidupan. Budaya kita sejak tradisi berseni dan perlu menjati diri setiap warganya. Wajar  industri seni dan budaya dipelihara sebaiknya. Sudah tentu ianya akan mensejahterakan kehidupan kita. Kehidupan harmoni memangkin kemajuan negara.
8) Bagaimana pula industri ini dalam usaha membentuk sikap manusia?
Jawapan: industri yang terbentuk ikhlas dengan niat sedikit sebanyak peranannya mampu memberi bekas kepada sikap positif tentulah dengan karya-karya bermutu dipaparkan sampai kepada khalayak dan mudah difahami.  
9) Pengalaman menarik yang diperoleh?
Jawapan: Sentiasa dapat berkongsi ilmu tentang penulisan dll hasil garapan ilham penulis-penulis mapan prolifik atau baru.
10) Pencapaian terbesar/ hasil karya anda?Senaraikan hasil karya terutama yang mendapat respon paling tinggi.
Jawapan: 1. Memenangi tempat kedua cerpen e-sastera ASEAN dengan judul WARISAN MOYANGKU. Penyampaian hadiahnya di adakan di Cilegon Indonesia.
2.  tempat ketiga sajak berjudul BAHTERA MERDEKA DAN JALUR GEMILANG anjuran penerbitan BeTA.
11) Apakah erti persaingan bagi anda? Bagaimana anda melihatnya? 
Jawapan: Persaingan memang wujud dan menyebabkan mudah berputus asa meneruskan minat dalam penulisan. Namun jika menanggapinya positif, kejayaan pasti menyusul juga.  Isyaa-Allah. Tanpa usaha dan kesungguhan agak susah mencapai jaya. Saya menganggap persaingan merupakan satu perkara yang sihat kea rah perkembangan sastera dan susastera di Negara ini. Kita harus melihat dari sudut positif. Paling penting kita mahu memasyakatkan sastera supaya bidang ini terus hidup yang sekali gus berkembang pesat dalam arus kemodenan sekarang.
12) Apakah yang anda masih belum puas dalam industri ini?
Jawapan: Industri ini tentu tidak dapat memuaskan hati setiap  penggiatnya. Usaha masing-masing saja tanpa jemu akan memberikan hasil yang diharapkan.

13) Harapan anda?
Jawapan: Tidaklah menggantung harapan setinggi gunung. Cuma mengharapkan bidang penulisan ini ramai yang berminat ceburinya kerana tarikan dapat menjana pendapatan sampingan. Dan memeriahkan lagi arena kesusasteraan negara.
14) Sebagai seorang insan istimewa, bagaimana anda mengaplikasikan dalam bidang yang anda ceburi. 
Jawapan: Bergantung kapada-Nya saja apapun. Sekadar membaca dan menulis
karya walau setiap hari apalah sangat. Saya seorang OKU bukan kelainanan upaya tapi sangat kurang berupaya. Namun meneruskan hidup seadanya sambil mencoret suara.
p/s: Mungkin boleh senaraikan biodata diri beserta hasil karya dan emelkan sekali dengan gambar-gambar yang berkaitan. Sekian Terima Kasih.
Antara hasil karya yang telah diterbitkan.
1.
10 ANTOLOGI BERSAMA KARYAWAN Pk BANDAR BANDAR DI PERAK; GERIK, BAGAN DATOH, SELAMA, PARIT BUNTAR, IPOH, TANJUNG MALIM, BATU GAJAH, SUNGAI SIPUT, PARIT.
2.
ANTOLOGI BERSAMA SPTA (SIRI PENERBITAN TABIR ALAM): SAJAK AIDILFITRI, HAIKU PELANGI, HAIKU SAYEMBARA, SONETA ALLEGORI, HAIBUN REGIS, BERBALAS PANTUN, SERIBU SONIAN, SELOKA, CERINGKAS, MEMORI AIDILFITRI, ADIKARYA, AGRARIA.
3.
ANTOLOGI BERSAMA PENA PADU: GURU SUMBER ILHAM, TRIBUNAL CINTA, BUNGA BANGSA, PERTIWI KERSANI, HUJAN, SUARA KEKASIH, SUARA KEKASIH RINDU
4.
ANTOLOGI SAJAK BERSAMA E-SASTERA: SEKOIA
5.
ANTOLOGI SAJAK BERSAMA KATIL 21; JOM SASTERA
6.
KARYA-KARYA ECERAN:
CERPEN GANDARUSA, SAJAK EMBUN DI HUJUNG DAUN, KUMBANG BERTANDUK HITAM; UTUSAN MALAYSIA.

6.1
SAJAK MENDAKAP RAMADAN; NEW SABAH TIMES.

6.2
SAJAK MENGURAI KEBENARAN, MELAYU MERDEKA BARU ; SINAR HARIAN.

6.3
PANTUN PERBIDALAN; DEWAN BUDAYA DBP

6.4
PANTUN PERIBAHASA; PELITA BAHASA DBP

6.5.
SAJAK AURUM SINAR MENTARI; DEWAN MASYARAKAT DBP

6.6
HAIBUN JIRAN; GEMA KARYAWAN Pk.

6.7
2 SLOT ADILA; RTM/KLASIK FM
6.8
CERPAN ANGGERIK MENANGIS; PTS
6.9
CERPAN PULANG; FUFU TERBIT.

-END-

Saturday, 7 October 2017

ULANG SIAR..

ASSALAMUALAIKUM....

SASTERA UTUSAN SABTU 7/10/017


CERPEN
1. Wajah Sebalik Ilalang - SMahadzir.
2. Sang Duyung dan Karang - Azaika SR.
PUISI
1. Rumah Lama- Mohamed M.N.
2. Kumbang Bertanduk Hitam - Paridah Ishak.
3. Stesen Terakhir - Johari Jonet.
4. Topeng - RCM2.
5. Tafsiran Makna - Din Kelate.



KUMBANG BERTANDUK HITAM...


MyBloglist