MENJUMLAH MAHU
27 Oktober 017
Dengan kusyuk tawaduk
memanda PM Malaysia
menaksir Belanjawan Negara lewat sore hening.
Selonggok demi selonggok ringgit berjuta
disisih satu persatu
Merancang rencana bijaksana
cermat teliti mencongak kira
liputi segenap warga
mengambil endah perlu sebenar
daripada janin dikandungan hingga lanjut usia.
Terkedu menanggapi ketulusan perancang belanjawan
meski ekonomi ketara suram temaram
kesangsian dinafikan.
Helaian kertas meninta angka-angka
tidak sedikit jumlahnya.
Alhamdulillah!
Negara tercinta masih kaya raya
usirlah ragu menjauhi wasangka
justeru janji yang tertulis rapi
tidak dimungkiri
semata benar.
Insyaa-Allah.
PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
SELANGOR DE
Kita sokonglah dengan doa..kerana mendoakan yang baik-baik juga mendapat ganjaran luar biasa :)
ReplyDeleteTKSH PC..DOA2 YG BAIK DIRESTU ALLAH
ReplyDeletesemoga Malaysia sentiasa dirahmati oleh-Nya dari pelbagai aspek.. rezeki keselamatan dan semuanya. doakan yang baik2 saja..
ReplyDeleteTKSH SITI YA DOAKAN YANG BAIK2 UNTUK NEGARA TERCINTA
ReplyDeletegambar putrajaya dari atas ke tu kak?
ReplyDeleteDoakan yang baik2. Moga nagara kita bertambah makmur
ReplyDeleteya agaknya nadhie sbb anak kak ni krja dgn syarikat arkitek yg uruskn projek arkitek Putrajaya..tksh
ReplyDeletetksh fidah ya doakan kemakmuran negara tercinta
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteTKSH MKL
ReplyDeleteSalam kunjungan..kelihatan unik..
ReplyDeleteSalam kunjungan..kelihatan unik..
ReplyDeletetksh cikgu etuza kunjungan uniknya
ReplyDeleteSemoga Malaysia kekal makmur... aamiin.
ReplyDeletesaya bangga jadi rakyat malaysia...semoga malaysia terus aman sejahtera aminnn
ReplyDelete