Tuesday, 24 October 2017

SADISME...

ASSAIAMUALAIKUM....




SADISME

Mengoyak luka
merobek hiba
menghancurlumat seluruh rasa
lampaui jangkau selaru haru
bersimpang perenang
melorong simpang logik benar.
kezaliman fenomena geruh situasi gerun.
War-war ngeri
seolah isu semula jadi
tidak wajar dipeduli
mengurai sangsi kejadian.
Namun sadisme cerita duka
gemar diperkata di bilik berita
mengulang-ngulangnya
bagai kelam gerhana purnama
merunyam rencam rencah hidup
bergejala era semasa
bukan luar biasa.
Apakah maksud hendak diberi?
Sulit membongkar nawaitu.
Tertanyalah kita wajarkah?
ledakan heboh ceritera tarbiah jiwa muda.

PARIDAH ISHAK
ULU JEMPOL

PAHANG DM

6 comments:

  1. Penuh puitis..risau nampak miow tu hehehe..selamat berkarya

    ReplyDelete
  2. TKSH CIKGU ETUZA..HEH..HEH..MEOW PUN RISAU FIKIRKN SADISM YG BRLAKU SEKITAR KITA.

    ReplyDelete
  3. TKSH NOOR AZLAN INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  4. sangat puitis Kak PI.. yang pasti kucing-kucing tu semua memang senget hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist