LABUN TOK BATIN
TAMAN NEGERI ROYAL BELUM
19.5.2017
Siapa-siapa datang ke mari
untuk suruh kami undi
kami tidak mahu mengundi
mana-mana parti datang
kami tidak lagi mahu beri undi
nasib kami
kami orang asli
kami orang asal
Islam lagi
kami terpinggir dipinggir
tidak siapa peduli.
untuk suruh kami undi
kami tidak mahu mengundi
mana-mana parti datang
kami tidak lagi mahu beri undi
nasib kami
kami orang asli
kami orang asal
Islam lagi
kami terpinggir dipinggir
tidak siapa peduli.
Nun!
kampung sana
rumah batu lagi
mubaligh kristian bantu
kerajaan tolong.
kampung sana
rumah batu lagi
mubaligh kristian bantu
kerajaan tolong.
Kami Islam
masuk Islam tahun 1994
...aku sok-sek dengan kawanku
pastinya...
orang suratkhabar datang
pihak tv datang
kami masuk Islam
muka kami masuk tv
......gempak begitu
kebiasaannya begitu
berita di sana-sini
sensasi...satu kampung
orang asli masuk Islam
masuk Islam tahun 1994
...aku sok-sek dengan kawanku
pastinya...
orang suratkhabar datang
pihak tv datang
kami masuk Islam
muka kami masuk tv
......gempak begitu
kebiasaannya begitu
berita di sana-sini
sensasi...satu kampung
orang asli masuk Islam
nama kami ditukar
nama Islam
kami dikhatan
tapi selepas masuk Islam
kami langsung tidak dipeduli
kalau diambil pedulipun
hangat-hangat tahi ayam
satu apapun kami tidak mengerti.
nama Islam
kami dikhatan
tapi selepas masuk Islam
kami langsung tidak dipeduli
kalau diambil pedulipun
hangat-hangat tahi ayam
satu apapun kami tidak mengerti.
Bila ada yang mati
cari ustaz di pekan sana
ustaz ini cuti
ustaz itu ..."outstation "lagi
ustaz ini tidak dijumpai.
cari ustaz di pekan sana
ustaz ini cuti
ustaz itu ..."outstation "lagi
ustaz ini tidak dijumpai.
Lalu kami tanam
nun di sana
macam nenekmoyang kami.
nun di sana
macam nenekmoyang kami.
(Hakcipta©2017®AbidAddin@bib)
SHARE SAJAK N PIC ABID ABDIN
masih ada rupanya keadaan orang asli yang terpinggir.
ReplyDeleteTKSH SANIAH..YA PENGALAMAN PENULISNYA SENDIRI TU...BELIAU MENGONGSI KISAH SEBENARNYA...
DeleteSedihnya.
ReplyDeleteMasyarakat pribumi terpinggir.
Semoga nasib mereka akan terbela.
bestnya klu dpt p tpt diorg ni kak PI buat research n blaja cara hidup mereka...
ReplyDeletetp kesian la bila dh msk islam x dipedulikan... berdosa jg kita ni x btjwb... xde pembelajaran ttg islam dn segala bagai... smg terbela nasib mereka
ReplyDeleteYA TANGGUNGJAWAB PERLU DILAKSANA PIHAK BERKUASA...BILA ORG LAIN AMBIL KSMPATAN RAMAI PULA YG DISALAHKN.
DeleteMoga ada yang ambil kisah setelah sekian lama tidak ambil tahu...
ReplyDeleteTKSH WP...SEDIH KAN...RAKYAT MALAYSIA KONONNYA SGT PRIHATIN
ReplyDeleteTKSH SHIELA...CUBALH KE SANA HUTAN BELUM NI DI PERAK
ReplyDeleteTKSH PC...BENAR TU MRK JUGA BERHAK SBG MANUSIA APALAGI UMAT ISLAMDIBERI PEMBELAAN.
ReplyDeletepernah pergi rumah orang asli masa form 3 dulu. kadang fikir balik, tak sangka saya boleh pegi. hahah
ReplyDeletesedihnya baca..kasihan mereka
ReplyDeletedah 60 thn merdeka tapi mereka.... masih terpinggir...
ReplyDelete